RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, August 22, 2009

Puasa pertama

Bubur kacang..macamana la adik saya Ara teringat nak makan bubur kacang untuk berbuka?citer sikit..he..he...kat Jeddah tak ada ek...
Ayam wage2 yg digoreng khas untuk anak sedara saya Tengku Iman yang tak makan ikan...

Ni lauk utama untuk berbukapuasa pertama,lemak udang dgn terung pipit


Puasa pertama-bersahur jam 5 pagi dan mata tak boleh tido lagi.Mengemas baju dalam almari,membasuh tudung dan mengemas dapo.

Jam 9 dah keBatu Gajah memotong rambut dan balik singgah dirumah mak saya,berjumpa adik dan anak sedara yang balik dari KL.

Balik kerumah memasak puding untuk berbuka..tapai ubi masih ada dalam petiais..blender dan masak,ada santan kotak dan agar2..tambah gula sikit..em..m dah jadi puding tapai..he..he..

Ada tepung pulut dan gula melaka ,blender daun pandan..uli2 sikit,rebus sampai timbul,salut dgn kelapa parut..dah siap buah melaka..



Untuk lauk masak lemak udang dgn terung pipit,goreng ayam wage2..cukup la tu kan.

Jam 5 ptg anta kue sikit kat Shafeeq yang bertugas petang,nak hantar kue kat Alia sekali....cal dia..'adik tak nak,kat hotel pun banyak kue...'belagak la pulak...he...he..


Terus kerumah mak saya untuk berbuka disana.Disimpang keluar dari rumah saya sesak teruk,kenderaan banyak dari biasa,ramai yang keluar untuk membeli juadah dipasar Ramadan dan sekolah pulak mula bercuti,sesak la kat stesen bas Medan Gopeng.
Adik saya yang akan berangkat dan bertugas diJeddah Selasa ni masak banyak sekali juadah untuk berbuka...ada kueteow goreng,sagu merah,kue pau,bubur kacang dan rojak mamak yang dibeli..tu belum lagi lauk2 yang saya tengok siap ada rendang ayam,macam nak raya la pulak...tu belum lagi buah tembikai dan ada pulak buah rembutan..dan untuk anak sedara saya ada pulak burger..

Friday, August 21, 2009

Ramadan datang lagi

Jumaat -21 Ogos,kemeriahan menyambut Ramadhan terasa waktu berada dipasar...ramai sekali yang membeli keperluan ...tempat parking penuh.Waktu balik kerumah,...jalan raya sesak,lebeh2 lagi berhampiran Medan Gopeng dibelakang rumah saya,cuti sekolah bermula,kebetulan sabtu umat Islam mula berpuasa,ramai yang ambik kesempatan balik kampung memulakan puasa dirumah ibubapa...

Bulan Ramadhan memang selalu dinantikan,bulan yang banyak kenangan lebeh2 lagi semasa kecil..
Waktu kecil,dikampung, seronok nya dibulan Ramadhan,kemeriahan terasa diwaktu petang dimana ramai sekali orang kampung keluar kederetan kedai yang menjual barangan runcit dan yang istimewa nya di tempat orang menjual ais batu.Pada masa saya berumur 9 atau 10 tahun,memang masa tu sesiapa pun tak ada petiais, jadi semua penduduk kg keluar membeli ais batu, ais batu nya pulak besar dan panjang, bukan macam sekarang dimana aisbatu nya dah dibuat ketulan kecil, beli 10 sen dah cukup.sementara nak tunggu waktu berbuka,kalau beli ais batu awal (memang beli awal pun sebab takut habis),ais batu tu akan dilumuri serbuk papan yang akan melambatkan ia cair.
Lepas berbuka lagi lah meriah dimana jalan kecil dikampung saya akan terang dengan cahaya lampu picit yang dibawa oleh penduduk yg keluar beramai menuju kemesjid untuk berteraweh.Ada jugak penduduk yang menyalakan daun kelapa kering untuk dijadikan cahaya menyuluh jalan.
Suasana jadi meriah dan bising,kanak2 la yang paling seronok..pegi mesjid pun bukan nak berteraweh sangat tapi yang lebeh nya nak makan more..more adalah makanan yang dihidangkan selepas sembahyang teraweh.Dulu hidangan yang paling sedap dan biasa dikampung saya ialah bubur kacang hijau,kadang bihun goreng dan kuih muih.Dibulan puasa,
Kanak2 bebas bermain diwaktu malam,kawalan oleh ibubapa pun tak ketat sangat,tak tau
kenapa....mungkin sebab semua hantu syaitan kena ikat kut dibulan puasa...atau yang rasional nya ,seharian dah leteh berpuasa dan terperap dirumah apa salah nya bergerak bebas pulak diwaktu malam?atau ibubapa dah leteh....he...he...
Kepada semua diucapkan selamat berpuasa.....esok kita tengok pulak gerai2 pasar Ramadan yang dikunjungi oleh orang ramai,diIpoh pasar Ramadan terbesar ada lah diMedan Gopeng berhampiran rumah saya.

Thursday, August 20, 2009

Marah...masih ada lagi lagi


Anak sape la yang rajin sangat ni...

Panas terik...em..m..sejuk nya tekak dapat minum air kelapa muda...pemetik kelapa siap pakai nametag lagi....he..he...


Selasa -hati rasa nak marah je..semalam punya hal....masak banyak2 tapi tak ada yang nak makan ,nak keluar dgn makwe pun tapi tak gtau suh mama jangan masak banyak2..buang je nasi seperiuk ngan ikan siakap 3 rasa...merajuk sehari tak masak pe2,pandai2 la cari makan kalau lapar.Duk dalam bilik,dengar radio..baca majalah ,kosmo dan kelakar jugak,makan pun dalam bilik...Lagi marah sebab hipokrit sungguh...malas nak cakap nanti menambah dosa..he..he..rileks la...lagi pun entah2 terbatal puasa asyik nak marah je..lain kali jgn cakap tak serupa bikin..

Rabu -pagi2 lagi students saya dah kena berleter,( Ni sebab marah semalam tak habis lagi,jadi budak2 ni jadi mangsa, he..he...) kita duk bagi taklimat, depa rileks je, buku nota entah kemana, nak kena budak2 ni....... dah la datang pun ada yang lambat..tapi saya ni marah kat mulut je,lepas marah dah ok..saje je nak usik budak2 tu...
Seharian bersama students ,aktiviti indoor games menceriakan hati yang marah..seronok main scrable..dan tengahari yang panas sempat memetik kelapa muda untuk diminum beramai2.. petang memasak roti jala untuk dimakan bersama pengat durian,pandai sungguh students saya..ajar sekali je dah pandai buat roti jala walau pun tak boleh la ambik tempahan lagi.
Petang balik terus je rileks2 atas katil,nak buat pe pun malas..leteh sangat.Shafeeq bancuh teh untuk saya..entah la ,nak ambik hati mama kut..mungkin tahu saya marah dan merajuk semalam..tapi saya tak minum pun,leteh dan tak berselera nak makan.Marah masih ada lagi..Malam,masak serba sikit dan rileks lagi..
Khamis -sepagi dimakmal lagi membantu PPP mengambil darah.pesakit ramai dan hampir pukul 10 baru selesai.
Lapar sangat,ada yg keluar minum dan mengirim beli bihun goreng.Tengahari sempat tido sekejap dan petang menghantar pesakit saya dan terus kepejabat.
Balik sempat membaca surat kabar dan menanam pokok bunga Aiza sebelum memasak untuk makan malam.Hilmie msj dah sampai kelantan,balik untuk berpuasa bersama mak ayah dan adik2..

Monday, August 17, 2009

Maafkan mama

Khusuk mendengar ceramah,gambar dari belakang,malas nak bangun,segan kat Ustaz..he..
Isnin....hari paling malas nak keja kan..selepas cuti 2 hari,tanya la sape2 pun...tapi ada jugak yang suka dan bersemangat pegi keja hari Isnin.

7.40 pagi dah ramai pesakit berbaris dikaunter..lepas punchcard,terus pakai mask...

buat keja serba sikit,pemandu pulak bercuti,tak dapat keluar melawat rumah pesakit.


Petang kena pegi dengar ceramah Israk Mikraj,sebelum tu dalam perjalanan balik singgah diMaxis GreenTown tapi tak de parking,pusing 3..4..kali..semua parking penuh je..hampeh..!

Terus balik dan sempat tido kejap..

Petang ke PKD Kinta,dengar ceramah dari Ustaz yang kelakar habis..yang tersengguk2 mengantuk pun boleh terjaga dan mengilai ketawa..pandai sungguh ustaz tu buat lawak sambil berceramah.Memang kadang2 kita nampak seseorang tu serius dan garang je,tapi kelakar se benar nya.Sebab tu perpatah Melayu ada berkata TAK KENAL MAKA TAK CINTA...Kadang ada staf baru datang nampak sombong je,tapi bila dah kenal lama,jadi kawan baik kita pulak,jadi sebelum kenal seseorang,jangan la kita pandai2 menilai yang negatif..
Manusia ni tak sama,kita kena lah menerima orang2 dikeliling kita seada nya.Bersyukur lah dengan apa yang ada..jadikan kekurangan orng2 yang kita sayang sebagai satu keunikan .
Petang memasak siakap 3 rasa..untuk berbuka puasa.Sempat call anak saya Hilmie tanya maseh sakit kepala ke, oh..rupa2 nya dia demam,tak boleh makan dan sakit tekak.Saya mintak dia makan ubat dan berehat sebab malam kena keja shif malam.Kesian anak manje saya ni..
Shafeeq keluar ..tak gtau kemana ,tapi dari gaya dan renungan mata nya saya dapat meneka mesti keluar dgn mak we..lagi pun dia ada tanya saya 'Macamana baju Shafeeq, ok tak?' Ok je tapi nampak sempit sikit, jawap saya...Selalu dia gtau nak kemana dan keluar dgn sape,tapi ni keluar diam je..mama tak marah dan tak ada hak nak marah pun, cuma..nasihat mama...hati2 dan kesetiaan penting dalam percintaan...kalau Shafeeq baca catatan mama ni..jangan marah...mama memang tak ada hak nak tegur pun...Maafkan mama...

Sunday, August 16, 2009

Durian lagi...

Masa makan2 kat belakang rumah kucing yang besar ni nak tumpang sekaki...tapi muka dia garang sangat...tengok bulu dia cantik kan?


Pemandangan dibelakang rumah kami,air surut jadi sungai Pinji tak nampak,tapi ada yang sedang memancing..berbaju hijau..gambar kelabu sikit....malas nk fokus betul2..


Makan durian dibelakang rumah...em..m..sedap nya...



Pagi mengemas dapo,takut puasa nanti tak larat nak kemas...penuh la tong sampah dengan benda2 yang perlu dibuang dan makanan yang dah expired...kadang2 beli tepung nak buat kue atau ape2 masakan tapi bertangguh2 sampai expired tepung tu...begitu jugak la dgn benda2 lain..Azam bulan kemerdekaan...tak nak beli lagi ape2 sampai betul2 nak guna..he..he..jangan ingat tahun baru je ada azam..

Tengahari ada jemputan kenduri diTanjung Rambutan,seorang pun students saya tak msj atau call,janji nak pegi sama,saya tak dpt call atau msj sebab tak simpan no. hp diaorang.No hp students semua ada dalam buku kedatangan disimpan dipejabat..msj2 lama dah didelete sebab hp saya tak leh smpan banyak msj..hp murah la katakan.,...orang semekin...makan pun semekut je,he..gurau je..

Bertemu dgn kawan2 diPetronas TR.Kemudian berkonvoi keTaman Tanjong Jaya.

Makan nasi beriani yang sedap dirumah kenduri,tuan rumah,toke katering sebenarnya...


Tahniah la En. Gazi sebab dapat cucu pertama perempuan pulak..comel sungguh Amanda...tak sempat rakam gambar,mama dia dah cepat2 bawak naik atas sebab Amanda dah nak tido...


Petang,student saya yang bertugas diLambo kiri datang bersama tunang nya Umi,bawak durian 3 biji dan sempat la saya goreng keropok untuk makan2 dibelakang rumah saya ditemani angin petang...Besar betul durian yang dibawak,sebiji tak habis 4 orang makan,dua tiga ulas dimasak pengat lagi dan dimakan dengan pulut...

Malam anak saya Hilmie datang dan sempat juga makan durian,yang masih ada.Hilmie mengadu sakit kepala,dan saya suruh dia balik dan berehat.Ni anak manje saya...

Menunggu Ailia balik,dan menonton TV hingga jam 12 tghmalam..sebenar nya seronok menonton filem sekali sekala tapi mata mintak ampun..tak boleh nak bukak lagi..mengantuk sungguh...sebab makan nasi beriani kut..





Saturday, August 15, 2009

INI LAH BARISAN KITA ...




Eh..ingat hotel je ke ada bintang?keta pun ada tau,tak caya? ha..a..tengok ni...sebenar nya ini kenderaan resmi pegawai tinggi Tentera.






Kiri...kanan..kiri...o..oo...bersemangat sungguh Perajurit Muda TUDM ni berkawad..Lagu INI LAH BARISAN KITA sungguh menaikkan semangat semua yang hadir.




Ini kereta vw yang lama...Aiza ada model kereta ni dalam simpanan dia,cute sangat...gambar dirakam diInst. Tentera Udara Ipoh.



























Sabtu....banyak jemputan kenduri dari kawan2 ,pagi sempat la memasak nasi goreng dan cucur bawang-yang wajib setiap pagi sabtu.






KeITU, yang terletak hanya beberapa meter dari rumah kami..saje2 tengok upacara tamat latihan 3oo orang Perajurit muda Tentera Udara...








Ini antara gambar perbarisan yang sempat dirakam....Perajurit muda nampak bersemangat dan segak...Tahniah untuk mereka yang telah berjaya menamatkan latihan.

Friday, August 14, 2009

Boring...

Ini la kek durian saya yang berbau wangi satu taman masa membakar nya....


Pokok kaduk ditanam dalam botol minuman yg dah dicat merah..kreativiti murid2 SMK Pengkalan,Ipoh.


Pokok Pitaya atau Dragon fruit yang cantik juga sebagai pokok hiasan taman...bunga dia pun cantik dan unik...dari taman SMK,Pengkalan.

























Agak2 apa yang diaorang tengah tengok dan buat ni ya...tengok UFO ke?
























Ni antara bunga2 cantik yang sempat di rakam diPutra Jaya...
Pagi yang boring...hari yang tak bervariasi...tengok staf klinik ber'mask' pesakit yang datang klinik jugak ber'mask'....taktau nak buat apa...awal pagi msj stdt saya untuk ingatkan jemputan kenduri ahad ini.


KeSMK Pengkalan,tengok landskap mereka yang menang peringkat kebangsaan.

Balik kerumah memasak dan sempat tido sekejap..
Petang cikgu Bakri datang untuk bincang projek bumi hijau dan landskap untuk PSR.

Balik kerumah lepas keja masak kek durian,sayang ada isi durian yang masih tersimpan dalam petiais..wangi la satu taman...

Hujan renyai2...em..m..tak tau nak taip pe2 lagi.

Nak cerita pasal ape ya...rasa nak tempek gambar2 bunga yang cantik kat pesta floria Putrajaya minggu lepas...gambar2 lain pun banyak,boring2 ni buat je apa yang terlintas dipikiran...
Masa ni sempat jugak menonton Nur Kasih kat TV 3, hero nya bernama Aidil dan Adam....he...he...

Esok sabtu banyak jemputan kenduri kawin dan kenduri sambut bulan Ramadhan...tido awal? o..o..nanti dulu..dengar lagu2 dulu....suara serak2 Salim dan Iklim sayup2 je...Bukan nya aku tak cinta ..bukan nya aku tak sayang ....tapi orang tua tak merestui cinta kita....