Pagi yang bz.....menyiapkan bahan untuk rendang dan lain2 masakan menyambut raya.Selesai semuanya sempat la merayau lagi keJaya Jusco ngan anak2..beli kasut raya.Ramai jugak lagi yang masih membeli keperluan raya..kasut,baju dan barangan lain.Singgah di MPH dan membeli beberapa buah buku.Turun kepasar basah dan beli 2 eko ayam kampung,suami dan anak2 saya suka rendang ayam kampung..kaalu ayam biasa tu diaorng tak makan sangat.
Petang beramai2 berbuka dirumah mak saya, penuh la bermacam hidangan dan juadah..berbuka puasa untuk hari terakhir bulan Ramadan,dentuman mercun pun mula kedengaran disana sini.
Selepas berbuka dan berbual2 sekejap balik kerumah kami diIpoh di bekal kan rendang daging yang dimasak oleh mak .Jalan raya sesak dengan kenderaan,sampai dirumah rasa lega sangat....rasa malas nak keluar dan kemana2..
Malam, ank2 berkumpul dirumah dan merasmikan lemang yang dibakar oleh abah diaorang..habis la lemang sebatang dan rendang sepinggan.Esok, diaoarng bertugas pagi dan hanya akan berada dirumah selepas jam 2 petang.kesian sungguh...
Sebelum tido memasak rendang ayam yang dibeli di Jusco dan mengemas la apa yang patut..
RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN
JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....
Saturday, September 19, 2009
Friday, September 18, 2009
Lagi sehari nak raya...
Ni dia buluh lemang yang dijual berlori2 banyak nya kat pasar Batu Gajah...
Lagi satu kat KK ada lemang besar sedang dibakar kat depan pasar..tapi tak masak2...he..he...
Kalau ke Bandar Diraja KK jangan terkejut tengok ada jet TUDM tersalah landing..he..he
Jumaat-seawal 6.50 pagi saya dan suami dah berada dilebuhraya utara selatan.Kami ke Kuala Kangsar mengambil anak sedara diMCKK.Selepas keluar dari terowong Menora,cuaca redup dan berkabus,jarak pandangan pun terhad.Kabus lebeh tebal selepas keluar dari terowong.Setengah jam dah sampai ,kami terus kepasar pagi dilembah tepi sungai Perak,hajat hati nak cari buluh lemang,sayang nya tak ada yang jual buluh lemang,kemudian kepasar pulak,pusing2 tak ada pun nampak sesiapa yang jual buluh lemang..kenapa tak ada ya...orang KK semua ada pokok buluh sendiri ke...
Balik keIpoh semula dan kemudian menghantar mak saya ke pasar Batu Gajah untuk membeli daging dan ayam..kat pasar Batu Gajah ,ramai yang berjualan buluh lemang..nak 3 lori pun ada...
Balik kerumah mula memasak sebab anak2 akan balik petang ni...em..sesak nya jalan raya ..selalu dari rumah mak saya keIpoh hanya 20 minit je..tapi kesesakan jalan raya buat masa bertambah menjadi hampir sejam.Kat simpang masuk rumah saya iaitu jalan lapangan terbang paling sesak..ingatkan ada kemalangan tapi rupa nya orang berebut beli daging fresh...Kat Ipoh memang susah nak dapat daging fresh kena tunggu hari raya baru ada orang jual..bukan macam kat Kelantan hari2 ada orang jual....
Hujan turun waktu hampir berbuka puasa...doa saya mengiringi anak2 semoga selamat dalam perjalanan.
Hampir jam 10.30 baru Aiza dan Nain sampai,riuh rendah la dengan cerita2 terkini..
Labels:
Macam2
Thursday, September 17, 2009
Hari2 terakhir dibulan Ramadan
Bot ditasik Gunung Lang...menyusuri tasik sambil menikmati pemandangan indah
Selamat bercuti,selamat berhari raya....untuk semua students pos basik psikiatri 1/2009
Haa..ha..ha....tak puasa...
Leteh berpuasa bersantai dengan students saya yang nakal2...oops...yang sebelah saya tu tak puasa,tak caya ?Kat atas tu dia la makan nasi goreng...
Sedang menunggu bot dijeti Gunung Lang
Ingat iklan filem SEPET?..kat sini la jeti tempat hero dan heroin nya duk...JADI MODEL LA PULAK....
Minggu terakhir sebelum raya ,keja macam biasa.Mood beraya dimana2..lagu raya berkumandang memeriahkan suasana.AKtiviti bersama students dan pesakit,ada aktiviti diluar jugak..kami ke Gunung Lang.Saya menunggu dijeti saja sementara students dan pesakit menaiki bot MBI menyusuri tasik Gunung Lang yang cantik.Sempat la bergambar dijeti yang pernah dijadikan lokasi shooting filem SEPET arahan Allahyarham Jasmin Ahmad.
Bz nya dua tiga hari ni,mengemas rumah tak habis2,membuat biskut raya sejenis dua,buat itu ini,barang2 dapo belum beli lagi..terasa masa tak cukup sebab balik keja dah pukul 5 lebeh..Minggu ni semua students akan mula bercuti raya seminggu bermula Sabtu.Pagi Jumaat akan ambik ank sedara diMCKK..lepas tu nak beli barang dapo pulak,daging,ayam..semua belum beli.Takut terlupa kena la buat check list..
-beli daging,ayam,kelapa,kerisik,cili,bawang dan bahan2 untuk masak rendang(untuk raya pertama)
-ambik daun pisang untuk buat ketupat-beras pulut dah dibawa oleh Nain dari Kelantan.
-beli ikan untuk buat kuah laksa,beli laksa kering dan bahan 2 lain.(untuk raya kedua)
-beli fishcake,fish ball,mee dan bahan untuk buat mee kari (untuk raya ketiga)
-beli ikan jugak untuk makan tnghari dan malam.
-buat airbatu ,takut kat 7 eleven habis..(air minuman dah beli)
Penuh la peti ais dengan segala macam barang mentah untuk dimasak..he..he..ini belum lagi kupang yang akan dibawa balik oleh abang ipar saya dari JB..
Hari ini juga sebelum balik keja ,terima satu berita dari pejabat...bermula 5 Oktober 2009,saya akan ditukarkan ketempat keja yang tak pasti dimana ,tapi maseh dalam negeri Perak...Insya ALLAH,dimana pun kerja tetap kerja,amanah dan tanggungjawap akan dilaksanakan sebaik mungkin..terima kasih pada pehak atasan yang memberi kepercayaan untuk saya memikul tanggungjawap baru...hu..hu..kena tempah unifom baru dan beli kasut baru..
Balik keja petang Khamis,jalan raya dah mula sesak,ramai ibubapa dah mula jemput anak2 dari asrama.Kat jejantas traficlight Jalan Dr Raja Nazrin Shah kesesakan nampak teruk..banyak sekali kereta diMedan Gopeng berhampiran stesyan bas ekpress,kat situ ada pasar Ramadan jugak...jadi kesesakan tak dapat dielak.Saya mengambil jalan Pasir pinji dan masuk kejalan lapangan terbang untuk balik kerumah.Lega sampai dirumah...
Labels:
Macam2
Monday, September 14, 2009
Iklan sebelum raya
Saje je tempek gambar2 ni semua...iklan sebelum raya ..he..he...
Bunga dan buah unik-pertama kali tengok diTaman Herba , Papan
Bunga dan buah unik-pertama kali tengok diTaman Herba , Papan
Mabuk tak tau nak beli kacang pe...ni kat kilang kacang putih ,Kg,Kacang Putih,Ipoh.
Kek gula hangus ni pun boleh dibuat untuk tetamu masa hari raya...tak semesti nya jamu lemang je...
Almond London yang dah siap dicelup coklat...em..m..sedap nya..secukup rasa !
Ini buah anggur hitam tanpa biji yang dibeli oleh ank saya Shafeeq...manis dan sedap sangat...tapi sedap lagi buah jambu ,betik,belimbing dan lain2 buah tempatan...
Suasana raya makin terasa...biskut raya dah siap tersusun dalam balang...rumah dah dibersihkan.Rumah2 jiran dah terang dengan lampu liplap beranika warna..ni pulak lampu liplap rumah saya...macam orang dulu2 punya..dipasang oleh suami saya..he...he..masa saya budak2 dulu kalau ada orang kawin,lampu ni dipasang dipelamin...lampu ni boleh dibeli di semua pasaraya dan pasar malam diIpoh terutama diGerbang Malam,Ipoh...harga pun murah je..Yang beraya diIpoh tahun ni,jalan2 la kat Gerbang Malam..macam2 adaaaaaaaaa....ni tolong MBI promosi......kut2 dapat diskaun cukai pintu tahun depan...

Raya
Ucapan Raya
Raya dah dekat..suasana raya dah terasa disana sini...Jadi saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 5 hari lagi...kepada yang mengenali dan yang membaca blog ni....terutama
1.Anak2..cucu..anak2 angkat ,Adik beradik,Iparduai, anak2 sedara ,sepupu,semua sedara mara dimana saje berada...-datang la kerumah teman raya ni..rame ni weh...nanti teman masakkan pe2 ya..
2.Kawan2,sahabat handai,kenalan jauh dan dekat-jemput la beraya dirumah..teman cuti 9 hari..
3.Adik saya Saadiah yang blog nya tak boleh2 bukak diJeddah,Arab Saudi-he...he...ape ke hal nya blog mike tu...btoi ke idak alamat nya,cua tengok betoi2..nanti gtau keme..
4.Adik saya Faridah sekeluarga diSydney ,New south Wales.Australia-rindu sangat....pada Arman dan Juliana..
5.Anak sedara saya Shafiq, diUniversitas Trisakti ,Jakarta-risau sangat tentang keselamatan dia disana ,semoga selamat kembali keMalaysia secepat mungkin.
6.Semua Pengajar dan students KPP UluKinta..dan KOLEJ KEJURURAWATAN IPOH(Basik dan pos basik)-cikgu Shah,bawak la Damia kerumah raya ni..
7.Semua jiran2 diTaman Maju Rapat,Ipoh-bako lemang lagi ke tahun ni..datang le beraya dirumah keme..
8.Semua yang mengenali....
MAAFKAN JIKA ADA KESALAHAN ..AMPUN KAN JIKA ADA DOSA DAN TERKASAR BAHASA..HALALKAN HUTANG KALAU ADA YANG TERLUPA BAYOR..HE...HE...
Ini antara students saya (Posbasik Kesihatan Primer dan Posbasik Psikiatri....diseluruh Malaysia..SELAMAT HARI RAYA..HATI2 DIJALAN RAYA..DATANG LA RUMAH SAYA..(PANTUN 3 KERAT)

Isnin 14 Sept 2009-mula2 nak ucapkan selamat memulakan tugas sebagai Pembantu Perubatan kepada semua students saya dari grup 19 Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta yang melapurkan diri diseluruh Malaysia hari ini.Jangan nangis tau...raya 5 hari lagi...hu..hu...kecian nya anak2 mama semua.Yang dapat Sabah dan Sarawak tu sabo je la...nak buat macamana?tugas lebeh utama,raya bila2 pun boleh..he..he...nak kena mama ni kan,saje je nak usik...antara yang akan mula bertugas hari ini ialah yang mama tempekkan 2 keping gambar kat sini..
Bertugas baik2 ya...utama kan pesakit dan sentiasa bertugas dangan penuh tanggungjawap.
Labels:
Raya
Sunday, September 13, 2009
Seminggu menjelang raya
Saje je nak tayang gambar kek gula hangus ni(memang hangus pun)...dimasak untuk hari jadi student saya Baharin..he...he...
Ahad,seminggu menjelang raya terasa begitu cepat masa berlalu...kat radio dah meriah dengan lagu2 raya..lagu nyanyian M.Nasir dan lagu Dendang Perantau nyanyian Allahyarham P.Ramlie paling kerap berkumandang.Dengar lagu2 ni terasa tak sabar nak beraya..macam budak2 pulak....
Bila dengar lagu balik kampung,terasa tak sabo(kata orang Perak)nak balik kampong.Tapi sebenarnya kampong saya di Parit Buntar tu dah jadi kenangan sebab yang tinggal hanya bekas tapak rumah lama kami.Rumah kami dah tak ada,cuma tinggal kenangan saje.Sedara mara maseh ramai,kalau balik pun singgah rumah diaorang la.
Masa hari raya la dapat jumpa sepupu2 dan sedara mara yang lain.Kebanyakan yang masih tinggal dikampong hanya sedara mara yang dah berumur,yang muda2 ramai yang bekerja dibandar.
Keadaan diBandaraya Ipoh pun bukan main meriah lebih2 lagi dishopping mall,ramai nya orang keluar membeli belah,sesak sangat dengan kenderaan..
Pagi ni sambil dengar lagu raya,sempat la mengemas rumah ,membasuh sarung2 kusyen dan membersihkan apa yang patut.
Suami saya ke KL,rindu sangat kat Adam dan menghantar Nain melapur diri diHospital Serdang.Sedeh jugak tengok Nain masa nak bertolak ke KL...Lepas ni Hilmie pulak akan tinggalkan Ipoh dan bertugas ditempat lain.Terasa sunyi sangat kalau anak2 dh tak ada dirumah.Aidil.Aida dan Aiza pun sesekali je balik..tinggal adik je sekarang ni.
Tengahari,dah rasa leteh,maklum,la mengemas rumah ,memanjat sana sini,menyapu dan mengemop.Jadi,dalam duk baring2 tu terlelap jugak ..Berbuka ala kadar je petang ni,tak masak kueh apa2 pun ...makan nasi je...
Labels:
Macam2
Saturday, September 12, 2009
Puasa ke 22
Cuti ujung minggu,bz siapkan biskut raya kawan2.Pagi sempat kekedai bahan buat kueh,tapi tak boleh masuk sebab ramai sangat yang berebut membeli bahan untuk buat kueh.Sebenar nya saya kesitu untuk beli cooking coklat yang dah habis,ada lagi biskut yang tak siap.Dah siap,baru lega dan nak mulakan buat biskut sendiri pulak.Cuaca panas,terasa leteh sangat,tapi sebab dah masuk hari ke22 berpuasa semua nya ok je. Anak dan suami mengajak saya kepasar Ramadan,tapi bila kenangkan ramai sangat orang,lagi pun hari ni hari sabtu dan dah tentu parking kereta pun susah,saya tak jadi pegi ikut diaorang.
Nain balik dari Kelantan,akan melapur diri di Hospital Serdang Isnin ni,macam2 la barang yang diangkut nya dari Kelantan...Timun,bunga kantan,ikan kering,keladi ,terung pipit,budu dan macam2 lagi,ni baru betul2 balik dari kampung..Istimewa sangat saya dapat hadiah sepasang telekung yang cantik ,bunga merah jambu yang disulam cantik sangat..terima kasih ya mama Nain di Pasir Mas..
Petang baru la selesai dan habis menyiapkan biskut kawan2.Lega sangat...dah masuk dalam bekas,dan masuk dalam kotak,hari Isnin akan hantar pulak..
Malam masa mengemas rumah sempat la tengok majalah 3,dan tengok macamana umat islam berpuasa di Cina dan Kemboja,kesian tengok dia orang berpuasa dalam keadaan yang tak macam kita.Semua nya buat kita insaf dan bersyukur dengan apa yang ada.Pukul sepuluh malam ,Shafeeq datang menemankan abahnya menonton perlawanan bola Liga Inggeris..dan yang kelakar nya sempat la dia kedapo tengok saya masak apa...ha..ha..sambal tumis ikan bilis dengan terung pipit..apa lagi...makan la sampai dua pinggan...sambal tumis hari2 pun tak pe....

Subscribe to:
Posts (Atom)