Pagi Isnin keluar dari pejabat berjumpa Doktor untuk pemeriksaan rutin,
Berjumpa ramai kawan2 lama..rindu ...sempat berbual sekejap sebelum balik kepejabat
Sampai dipejabat kena hadir taklimat kaji selidik KKM...
Oh mengantuk sangat...tapi dengar la jugak taklimat tu sampai 1.30 ptg..
lepas taklimat,makan nasi lemak pulak ..eh..tengahari makan nasi lemak?...hentam je la...
Petang sampai rumah ,Shafeeq datang untuk mengambil moto dengan kawan tapi tak jadi pulak dan terus pergi bermain bola dengan janji akan datang lepas balik bermain bola nanti.
Kerumah mak dan menjemput dia untuk tido dirumah kami sebab esok pagi2 akan mengikut Ailia balik keKL..
Singgah digerai 'Bak Secewen' dan makan cucur udang kat situ sambil minum2 dan memerhati kenderaan disimpang ke Cameron Highland..
Leka memerhati kenderaan yang berhenti di lampu isyarat kat situ..bukan selalu dapat duduk2..santai macam ni..
Balik rumah hari dah gelap, masak la sikit2 untuk mak dan Ailia..
Nain call dari KL, rindu kat dia yang dah lama tak jumpa..
Malam jam 9 lebeh sikit dapat berita dari sepupu ibu sedara saya meninggal dunia di Sungai Aceh dekat Parit Buntar,cadang nak balik malam ni jugak,tapi mak dan Ailia akan balik keKL pagi2 esok..
Selepas Ailia bertolak keKL..dengan keta baru la...he..he..
saya menalipon sepupu dan berjanji akan balik kampung menziarahi ibu sedara yang meninggal semalam .Suami saya tak dapat balik sebab kena bertugas..sebenarnya saya ambik cuti kecemasan sehari.Nak balik sendirian..tak yakin sangat ...jadi tumpang la sepupu saya yang akan balik jugak.
Balik kekampung pukul 8 lebeh, sampai pukul 10 pagi dan jenazah sedang dimandikan..sempat lah menatap wajah ibu sedara buat kali terakhir..
Jumpa ramai la sedara mara..ayah sedara.mak sedara.sepupu2 dan ramai lagi..Berjumpa juga dua pupu yang lama sangat tak jumpa.beliau baru saja bersara ..dan sekarang tinggal dikampung.
Olih kerana sepupu yang saya tumpang terpaksa balik awal sebab anak2 dia ada yang masih bersekolah saya ambik keputusan untuk balik dengan bas ekspres..petang2 sikit..
Jadi menolong la apa yang patut kat rumah aruah mak sedara saya..tolong masak sikit2 untuk yang balik menghantar jenazah kekubur.
Bila selesai semua nya..kerumah kakak sepupu diSungai Udang..sembang2 dan petang dia menghantar saya ke stesyen bas Parit Buntar..tiket bas 6.45 petang..eh..sementara tunggu bas apa lagi aktiviti kami?ronda2 kat kedai2 baju dan rupa nya kat Parit Buntar banyak sekali butik..sempat la beli baju dan tudung sehelai dua..ada satu butik tu jual tudung je..nama butik tu BAWAL..Orang Parit Buntar mesti tau..rupa2 nya yang berniaga kat sini ramai orang Kemboja..
Masa bas meninggalkan Parit Buntar..hujan turun dengan lebat..terima kasih daun keladi ya Kak Yah dan makcik Jah yang sudi menemani saya meronda2 diParit Buntar sementara menunggu bas sampai...Nanti kita ronda2 lagi ya...
Sampai di Ipoh jam 9 malam...he..he..sebab kena tunggu saya kat stesyen bas ,suami saya tak dapat pegi stadium tengok bola..Perak lawan Kelantan..elok la tak pegi..takut ada rusuhan pulak..naya..
RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN
JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....
Monday, January 25, 2010
Sunday, January 24, 2010
Surat kabar lama...
Ni aktiviti jual surat kabar lama....aktiviti hari minggu
Comel nya dia....arnab2 yang dijual di Pasar pagi Batu Gajah

Ahad pagi2 menggoreng bihun untuk sarapan.Tapi tak sarapan pun,awal sangat...
Kerumah mak saya bersama Ailia, membawa mak kepasar pagi Batu Gajah untuk membeli barang2 dapo
Jumpa ramai kawan2 lama...berjanji nak ada kan perjumpaan kat rumah saya bila2..saje seronok2 berkumpul kawan2 lama..makan2..sembang2..he.he..
Seronok kat pasar pagi ahad Batu Gajah,banyak jualan sayuran kampung dan macam2 lagi..
Eh..ada yang menjual arnab..comel2..arnab tu ada dalam sangkar tapi ada yang dilepaskan begitu saja...tengok ada yang menjual arnab teringat masa kat Sabah dulu, dipasar pagi Jalan Gaya Kota Kinabalu,macam2 jualan ada..
Katak jangan cakap la...macam2 jenis katak...anak anjing..anak lembu..ular pun ada...ha..ha..pedang pun ada jual..teruja sungguh...macam2 ada jual...pegi pasar tu jalan kaki je dekat dengan tempat tinggal saya Marina Court..yang best dekat pasar Filipina...macam2 ada...
Pegi pagi dan petang tak jemu2...rantai mutiara paling banyak dijual...ini la buahtangan yang dibeli pelancong kalau kepasar Filipina tu..
kalau petang kat kawasan tu ada macam pasar malam.makanan la yang paling banyak dijual..selain dari ikan masin dan telo ikan masin yang besar2..
Balik dari menghantar mak kerumah,saya terus sarapan pagi,lepas tu memasak untuk makan tengahari...dan selalu hari ahad datang la apek beli surat kabar lama..jual la semua surat kabar lama yang berlonggok dibawah garaj...banyak tu..tapi murah je...suami saya kata beli satu dah seringgit lebeh,ni bila jual kenapa sebeban banyak nya baru seringgit?Apek tu jawapan standard la...saya untung sikit saja ..pulak..kalau untung sikit kenapa susah2 datang dan siap jual suara lagi..surat kabar lama...surat kabar lama...surat kabar baru tak nak ke?
Kalau pegi Cameron Highland dan jual kat sana memang mahal,sebab pekebun buat pembalut kobis dan bunga...ha..ha...
Petang hujan renyai turun..langit pun mendung dan kelabu...
em..m..baring2..tertido..
Labels:
Macam2
Saturday, January 23, 2010
Sekali terkena
Pokok kesayangan suami..diberi oleh mak angkat kami dari Aloq Setaq
Masa tanam pokok2 ni dulu kecik je..sekarang dah besar...
Ni la antara tanaman kat rumah saya yang dah berserabut..kesian kat pokok2 ni...
Bangun pagi terus sambung aktiviti mengemas pokok2 bunga yang dah berserabut...cangkul2 kat belakang rumah dan tanam ubi kayu..batang ubi kayu yang dicabut raya lepas masih tak bertanam..
Suami saya apa lagi kalau tak buat aktiviti paling dia suka..mesin rumput..
mula2 mesin rumput jiran..lepas tu baru halaman sendiri,saya kata mesin la rumput sendiri dulu baru rumput jiran...mana nak dapat pahala berkira macam tu kata suami saya...dah kena..lain kali diam je..he..he..
Oh..Ailia nak makan daging masak kicap pulak...dah sarapan,terus kepasar Gunung Rapat...
beli la daging..lampung dan sayo2 dua tiga jenis..
Balik terus je masak dan sementara tu tonton istiadat permakaman Sultan Johor...
Sejuk hati tengok anakanda dan cucuanda Al-Marhum mengangkat jenazah beramai2.. Cucuanda Baginda ramai lelaki...anakanda Raja Zarith Sofea(Sultanah Johor yang baru) saja ada 5 orang putera...Istana Bonda Raja Zarith Sofea iaitu Istana Riswin dekat je dengan rumah kami,tak sampai 1km..
Istana Riswin ada lah dari nama Almarhum Sultan Raja Idris dan isteri Raja Mazwin..
Kami rakyat Perak berbangga bila Raja Zarith ditabalkan sebagai Sultanah negeri Johor yang baru..
Baginda cantik dan lemahlembut orang nya,pandai melukis jugak..
Tengahari Shafeeq datang makan tenghari dan berjumpa adik nya Ailia yang dah lama tak jumpa..lepas dia balik saya terus tengok siaran langsung dari Johor dan tertido sampai dekat pukul 4..hari pulak hujan ,suhu sejuk,apa lagi tido la...
Bangun terus masak kek gula hangus untuk dibawak kerumah mak saya..lama tak jumpa mak yang tinggal diKL sekarang menemani cucu nya yang tinggal keseorangan kerana mama nya tinggal diJeddah..
Balik dari rumah mak,singgah kat Billion depan rumah kami dan beli barang2 dapo..masa ni la ada seorang perempuan cina menghampiri saya dan suami..menjual handphone yang beharga rm seribu lebeh dipasaran dengan harga rm 8 ratus je..
ha..ha..teringat Shafeeq dan kawan serumah yang kena tipu dua minggu lepas..saya kata kat perempuan cina tu..ni bukan ori kan..dari cina kan..?
Dia mengikut kami sampai kepintu masuk Billion ..ini ori la ,Malaysia punya..3 ratus boleh?
Saya kata kalau 50 ringgit saya ambik...dan cepat2 melangkah kedalam Billion..dia tak putus asa dan ikut kami lagi..satu ratus la..kata dia perlahan..tengok ..dari 8 ratus dah turun seratus..ha..ha...tak beli pun ..buat apa telepon sampai dua tiga,bukan mustahak sangat pun,,yang ada dapat cal mak saya,atau mesej anak2 atau kawan2 dah cukup..
membazir je...
Kalau la saya beli hp tu,mesti kena kata dengan Shafeeq...hari tu masa dia kena tipu,saya pot pet pot pet kat dia...
Sekali terkena jangan sampai dua kali...
Labels:
Macam2
Friday, January 22, 2010
Senyuman menjadi kenangan
Aruah tersenyum manis bersama kawan2 mengabdi kenangan bersama saya
Aktiviti berkebun bersama Aruah dan kawan2 serta pesakit kami

Aruah (bercermin mata)dan seorang kawan menolong saya mengangkat baja...

Aruah (bercermin mata)dan seorang kawan menolong saya mengangkat baja...
Malam ni sambil mendengar lagu2 lama saya membuka blog dan membaca kembali catatan lama2 yang pernah saya catat dulu...
Catatan saya yang bertarikh 26 Mei 2009 ,saya baca berulang kali..sebenarnya banyak lagi yang ingin saya catatkan disitu..tapi hati saya sebak...
Tengok gambar aruah Mohd Nor Sharul Nizam,segala kenangan menjadi segar dalam ingatan...kalau lah aruah masih ada...sekarang dia akan berada dalam semester 6 dan akan mula bekerja bulan September atau Oktober ini..tapi semua nya tinggal kenangan...
Dulu saya tak sanggup nak cerita apa yang terjadi pada hari2 sebelum dan hari kematian aruah..tak sanggup nak ingat kerana sedeh sangat,tapi biar lah saya cerita serba sedikit kenangan saya bersama aruah..
Aruah dan kawan2 seramai 7 orang datang ketempat saya bertugas pada.... hb April 2009. Penempatan students Pembantu Perubatan dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta ditempat saya bertugas ialah setiap hari Rabu..dan saya adalah Local Precepter mereka.
Pagi,kami melakukan aktiviti berkebun...menanam pokok2 terung dan cili.
Aruah jadi cameraman,menggunakan kamera saya...mengambil gambar2 kawan2 dan pesakit kami.Tapi saya sempat juga merakam gambar2 aruah...Saya jugak sibuk buat presentation masa tu tapi tak pandai sangat nak buat power point,kawan2 aruah suruh aruah ajar dan buatkan untuk saya sebab aruah pernah belajar komputer kat kolej sebelum masuk kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta...
Masa aktiviti memasak,aruah berdiri disebelah saya dan menyalin resipi kek coklat yang kami masak. saya perasan ,apa yang aruah salin banyak yang salah, dipotong2 dan digaris2 nya berulang kali. bila dia mintak nak masak lagi kek sebab dapat 2 biji sorang je,saya suruh dia yang bancuh adunan dan kukus kek tu...memang la aruah yang masak bancuhan ke2 tu,sementara menunggu masak,aruah duduk disebelah saya dan kami main sahibba sambil sesekali aruah bangun menengok kek yang sedang dikukus..
Tengahari lepas makan aruah baring kat sofa,dia kata leteh,dan tertido..masa ni la kawan2 aruah pegi ambik mempelam muda dibelakang klinik dan saya buat sambal untuk dia orang colek mangga tu. Bangun dari tido,aruah mengadu pada saya diaorg tak ajak pun dia makan mangga tu , 3 kali aruah cakap ngan saya .Saya ketawa je dan kata lain kali datang mama buat lagi sambal pencicah mangga tu..
Masa dekat pukul 5 dan dia orang bersiap nak balik ,dekat pintu, aruah meminta no hp saya,ada la kawan2 aruah yang ketawakan dia...tak pe la..no hp mama ..apa salah nya...jawab aruah sambil mendail no hp saya...dan dia buat miss call kat hp saya .jadi no telepon aruah ada dalam hp saya.
Malam tu aruah ada mesej saya dan mengucapkan terima kasih sebab melayan dia orang macam anak2 sendiri dan mengajar diaorang memasak kek coklat.
Minggu terakhir bulan April 2009 mereka menghadapi peperiksaan sem, tapi pada Rabu,4 hari sebelum tragedi, sebab power point saya tak siap lagi saya msj aruah bertanya boleh tak datang tolong saya, aruah balas mesej dan kata habis exam dia akan datang. saya mesej suh dia beli air batu kat7 E, sebab saya nk buat air apple untuk diminum nanti.
Lebeh kurang pukul 1 lebeh aruah datang bersama kawan dgn motosikal. Aruah menghulurkan air batu kat saya. Saya suruh dia makan bersama kawan sementara saya blend apple untuk diminum.
Nampak aruah berselera sungguh makan tengahari tu, lepas makan aruah menolong saya membuat kerja komputer sambil berbual.Masa ni la aruah kata nak sangat makan puding, saya kata tak pe,lain kali datang mama buatkan.
Kebetulan ptg tu kawan sekerja saya masak kek tapai, aruah makan dan lepas tu saya jamu pulak buah mangga...semasa membantu saya memasukan gambar2 aktiviti ,ada gambar saya dan persakit di Tapak perkelahan Lubuk Timah..aruah bertanya bila mama pergi berkelah kesitu ..saya jawap tu ada tarikh kat gambar...(LUBUK TIMAH LA TEMPAT ARUAH MANDI..LEMAS DAN MENINGGAL DUNIA)
Sebelum balik petang tu aruah kata nak datang lagi dan lepak2 kat tempat saya dan bertanya samada boleh tak pinjam broadband saya Sabtu ni..saya kata InsyaALLAH boleh dan saya andaikan bahawa aruah dan kawan2 akan kerumah saya Sabtu ni untuk meminjam broadband saya.
Masa nak balik ,selepas keluar aruah masuk sekali lagi sebab tertinggal jeket dan topi keledar,sebelum beredar aruah melambai tangan dan tersenyum kat saya...manis sungguh senyuman aruah yang menjadi kenangan sehingga kini..dan itu lah lambaian terakhir aruah..
Yang menjadikan saya sedeh sangat ialah pada pagi berita kematian aruah keluar dalam akhbar,saya memang membaca nama aruah dalam akhbar tu..tapi entah kenapa saya macam tak perasan,dan saya terus menalipon aruah kerana hanya n0.hp aruah ada dlm hp saya masa aruah buat miscal hari tu..
Bila cal saya dijawap saya terus cakap..Nizam..Nizam ,ni mama, budak grup mana yang meninggal tu?dan suara dalam telepon tu jawap..Nizam ni la..rupa2 nya ayah aruah yang jawap cal saya ..ni kat kubur....kata ayah aruah....saya terdiam..terkejut dan menggeletar seluruh badan ..YaALLAH.. dan...apa yang boleh saya buat selain dari menangis dan medoakan semuga roh aruah ditempatkan bersama mereka yang soleh..
Esok nya sampai ditempat kerja saya menangis bila tengok ais batu yang dibeli aruah masih berbaki dalam peti ais...menangis tengok presentation saya yang dibantu aruah..dan sampai hari ini gambar2 aruah tetap saya simpan...
Ibu aruah ada menalipon saya dan kami berbual panjang..rupa2 nya aruah anak harapan keluarga,adik2 nya masih kecil dan bersekolah..janji saya pada Ibu aruah InsyaAllah satu hari nanti saya akan sampai dirumah aruah diJB..
Harapan aruah tinggal kenangan..aruah ingin menghantar ayah nya menjalani rawatan penyakit jantung bila bekerja nanti,tapi semua nya tak kesampaian..
Aruah juga ada bagitahu,mama kat Ipoh ada ajar buat kek coklat dan aruah akan buat untuk mak dan adik2 bila balik JB nanti...
Sesungguhnya senyuman aruah menjadi kenangan...
Untuk semua kawan2 aruah GRUP 21, KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA MAMA DOAKAN SELAMAT MENEMPUHI FINAL EXAM TAK LAMA LAGI ,SEMUGA SEMUA NYA BERJAYA...
Labels:
Macam2
Impian Keemasan
Sampai je kat pejabat telepon berdering
eh...awal nya kan baru 7.27 pagi..
suara pembantu khas bos kedengaran dihujung talian..
meeting pukul 10, diawalkan ..8.15 pagi..
ramai yang dah ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sebab ada CME disana...
hantar mesej kat kawan2 yang dah kesana..
Masuk bilik meeting dah ada sepinggan nasi lemak seorang, air teh o limau jugak..
Makan2 ..sembang2..dan baru mula meeting..
Meeting kali ni sebenarnya banyak taklimat berkenaan perbelanjaan tahun 2010 yang sangat berkurangan sampai 40% dari tahun lepas..
jadi semua terpaksa berjimat
api dan air...ini mesti lah yang pertama..
selepas pukul 9 pagi baru boleh on aircond..
4 petang dah digalakkan off aircond...
diikuti panggilan telepon keluar..kami digalakkan ber e-mail je...
meeting pun tak digalakkan ada jamuan yang membazir....
kenderaan jabatan kena kongsi2 kalau kemana2..
kertas2 kena guna depan belakang..
dan banyak lagi
meeting ni ada lah meeting terakhir bersama bos kami yang dikasihi Doktor Nordin.
Lepas ni kami dapat bos perempuan pulak...
memang bagus la ...sebab ada yang membazir selama ni,mungkin ingat kerajaan punya..
biar semua rasa dan bertanggung jawap...
Tengahari sementara suami ke mesjid,saya sempat la memejamkan mata sekejap...
Petang dipejabat pulak ada CME...
Ramai yang hadir,ada dari hospital dan klinik luar Ipoh..
Topik pun tak boring...enjoy dengar sebab pakar yang bagi ceramah tu kelakar..
Kejap je masa berlalu,tau2 dah 4.30 petang..
Balik terus keHillCity untuk bayar deposit majlis untuk bos kami akan yang bertukar kePerlis..
dan hampir senja bersama suami mengemas halaman dan pokok2 bunga yang dah lama tak ada masa dibersihkan..mencurah la peluh...banyak pokok2 yang ditanam dulu kecik je,sekarang dah besar...
esok kena pegi beli pasu kat nurseri,banyak pokok yang kena ubah kepasu lain,dah besar2,tak muat dah pasu lama..
niat hati nak tanam macam2 tapi masa tak mengizinkan...tunggu la anak saya yang rajin tu balik..sape lagi kalau bukan Nain..rindu sungguh mama dan babah kat Nain..
Malam ni Ailia balik dari KL bersama tok..balik nak tengok dan ambik keta baru dia la tu..
tapi bertolak lewat dari KL sebab sesak kerana hujan...mama doakan Ailia selamat sampai..
Oh..ya..hari ni dah Jumaat..
cepat nya masa berlalu..tahun 2010 dah hampir sebulan kita lalui...
nasib baik tak ada azam pe2..kalau tak azam akan tinggal azam je..he..he..
tapi,saya teringat kata2 Dr Nordin masa meeting tadi...capai la apa saja yang ingin kita capai tanpa mengira usia..dan yang pasti kita kena berusaha untuk mencapai nya..
Masing2 tersipu2 la bila ditanya impian masing2 yang belum tercapai..
Impian saya banyak sebenarnya..malu dan tersipu2 jugak nak bagitau..tapi satu impian saya sedang saya usahakan ..ha..ha...nak tulis novel..mustahil ke? tak la..entah2 saya jadi novelis masa umo 60 tahun..mana tau..

Thursday, January 21, 2010
Hari yang mendebarkan
Teruja sungguh hari ni...
Ada tugas mencabar menanti...
Menjalankan tugas diKampar,tak la jauh sangat dari Bandaraya Ipoh..
dalam sejam pejalanan..
tapi ada peristiwa yang berlaku di lampu isyarat Simpang Pulai-Cameron Highland
Fortuner kami hampir menghentam belakang sebuah van yang sarat penumpang gara2 ada kenderaan yang brek mengejut
apa yang dapat dibuat hanya pejamkan mata...
oh...hanya 1/2 inci lagi...
menggeletar rasa nya badan..
Maha besar kuasa Mu ya Allah...
kalau la brek Fortuner kami tak di tekan habis pasti van didepan akan dapat kesan impak yang teruk ..
dan kami jugak..entah2 tinggal nama..
masa tu bukan laju sangat sebab lampu baru hijau dan kenderaan berbaris panjang..
terkejut sungguh...
Berdebar2 ...
Petang balik kepejabat siapkan lapuran..
Balik keja,Shafeeq dan kawan2 ada bersembang depan rumah,dia membawak kawan yang ingin melihat moto yang nak dijual...ada 3 moto kat rumah ,sape nak gunakan.. dari jadi besi buruk ,lebeh baik jual je..garaj pun dah penuh dengan keta saya Naza Ria yang besar macam bas..keta suami ...moto lagi...
jamu air oren dan kue yang dibawa balik oleh suami dari Pahang. tergesa2 je budak2 tu balik,nak main futsal pulak.
Saya terus kedapo,memasak dalam kelaparan,hanya sarapan pagi sebelum ke Kampar..
goreng ayam...masak sayo sikit,pindang ikan tongkol dimasak oleh suami saya.
Hilmie datang menghantar kasut kerja saya yang masih dihantar ke tempat kerja lama..
Sementara menunggu lauk2 masak, gelisah je anak saya tu...berkali2 menjawap telepon dari girlfriend dan menjauhkan diri dari dapo,takut saya dan abah nya dengar perbualan dia la agak nya...ya la orang tengah bercinta...
Saya cakap,tak payah la macam tu..mama ok je ...tak dengar pun apa yang diaorang bualkan.
Banyak benda lain yang mama pikirkan...Pikiran ketempat lain, orang cakap kat sebelah pun tak dengar..
Kadang2 orang cakap dengan kita pun tak perasan...
rasa nya lama sangat tak tengok anak2 diKL...Rindu kat Adam dan anak saya Nain...
Kesian anak saya ni yang terpaksa bertugas bersambung2 pagi kepetang dan agak2 dah kurus la..... tak cukup rihat..
Bimbang jugak...badan leteh, prestasi keja akan menurun dan daya tumpuan pun jadi lemah..
jangan tersilap bagi rawatan kat pesakit sudah la..tengok injection lain,baca injection lain...
Manusia biasa keja pun ada had nya,badan dan otak perlu rihat..
lebeh2 lagi kalau selalu bertugas malam,fitrah nya ALLAH jadikan siang untuk mencari rezeki dan malam untuk berihat..
Mungkin hujung bulan akan keKL...ambik la cuti sehari dua,cuti tahun saya ada 35 hari.

Tuesday, January 19, 2010
Bila keseorangan
Jom tengok bola...tiket free..TM sponsor..jom...
Oh...boring....handphone pulak terjatuh dan rosak kut...tak pe la....bukan ada sape2 nak call atau mesej pun...cuba dulu sehari tanpa handphone...?boleh?..
Boleh tak ada handphone,kalau tengah bercinta tu lain la,ada buahati nak mesej,nak call...
Tapi tiba2 teringat kalau mak saya call dan ada hal apa2 macamana?
Cepat2 cari balik handphone yang dah saya simpan dalam laci...sebenar nya ada satu dua hp lama zaman kuno dulu yang tersimpan,tapi cari2 tak jumpa pun...
Jadi buat la pe2 yang patut...cuba mesej Nain diAmpang..boleh la guna hp lama tu..sebenarnya was2 ni nak mesej Nain sebab lama dia tak mesej dan call saya..marah kat saya kut atau tak tau la, saya ni selalu takut mengganggu anak2 kalau call atau mesej diaorang, entah diaorang suka atau tidak, masing2 ada komitmen sendiri...yang dapat saya buat hanya lah mendoakan kesejahteraan anak2 yang saya sayang....
Boring...sunyi..keseorangan...ni la yang saya belajar masa ambik postbasik psikiatri dulu...BIRDS NEST SYNDROM....yang dah merasa akan tahu....dan saya sedang merasai nya..
Pe2 pun yang kat stadium seronok tengok bola...Perak lawan Perlis...dapat tiket free lagi...Telekom sponsor...
Ada yang nak join sama ..tapi batalkan niat disaat akhir...tau pun Perak nak kalah
Labels:
Macam2
Subscribe to:
Posts (Atom)