RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Friday, January 22, 2010

Senyuman menjadi kenangan

Aruah tersenyum manis bersama kawan2 mengabdi kenangan bersama saya

Aktiviti berkebun bersama Aruah dan kawan2 serta pesakit kami




Aruah (bercermin mata)dan seorang kawan menolong saya mengangkat baja...






Malam ni sambil mendengar lagu2 lama saya membuka blog dan membaca kembali catatan lama2 yang pernah saya catat dulu...


Catatan saya yang bertarikh 26 Mei 2009 ,saya baca berulang kali..sebenarnya banyak lagi yang ingin saya catatkan disitu..tapi hati saya sebak...


Tengok gambar aruah Mohd Nor Sharul Nizam,segala kenangan menjadi segar dalam ingatan...kalau lah aruah masih ada...sekarang dia akan berada dalam semester 6 dan akan mula bekerja bulan September atau Oktober ini..tapi semua nya tinggal kenangan...

Dulu saya tak sanggup nak cerita apa yang terjadi pada hari2 sebelum dan hari kematian aruah..tak sanggup nak ingat kerana sedeh sangat,tapi biar lah saya cerita serba sedikit kenangan saya bersama aruah..

Aruah dan kawan2 seramai 7 orang datang ketempat saya bertugas pada.... hb April 2009. Penempatan students Pembantu Perubatan dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta ditempat saya bertugas ialah setiap hari Rabu..dan saya adalah Local Precepter mereka.

Pagi,kami melakukan aktiviti berkebun...menanam pokok2 terung dan cili.
Aruah jadi cameraman,menggunakan kamera saya...mengambil gambar2 kawan2 dan pesakit kami.Tapi saya sempat juga merakam gambar2 aruah...Saya jugak sibuk buat presentation masa tu tapi tak pandai sangat nak buat power point,kawan2 aruah suruh aruah ajar dan buatkan untuk saya sebab aruah pernah belajar komputer kat kolej sebelum masuk kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta...

Masa aktiviti memasak,aruah berdiri disebelah saya dan menyalin resipi kek coklat yang kami masak. saya perasan ,apa yang aruah salin banyak yang salah, dipotong2 dan digaris2 nya berulang kali. bila dia mintak nak masak lagi kek sebab dapat 2 biji sorang je,saya suruh dia yang bancuh adunan dan kukus kek tu...memang la aruah yang masak bancuhan ke2 tu,sementara menunggu masak,aruah duduk disebelah saya dan kami main sahibba sambil sesekali aruah bangun menengok kek yang sedang dikukus..
Tengahari lepas makan aruah baring kat sofa,dia kata leteh,dan tertido..masa ni la kawan2 aruah pegi ambik mempelam muda dibelakang klinik dan saya buat sambal untuk dia orang colek mangga tu. Bangun dari tido,aruah mengadu pada saya diaorg tak ajak pun dia makan mangga tu , 3 kali aruah cakap ngan saya .Saya ketawa je dan kata lain kali datang mama buat lagi sambal pencicah mangga tu..

Masa dekat pukul 5 dan dia orang bersiap nak balik ,dekat pintu, aruah meminta no hp saya,ada la kawan2 aruah yang ketawakan dia...tak pe la..no hp mama ..apa salah nya...jawab aruah sambil mendail no hp saya...dan dia buat miss call kat hp saya .jadi no telepon aruah ada dalam hp saya.

Malam tu aruah ada mesej saya dan mengucapkan terima kasih sebab melayan dia orang macam anak2 sendiri dan mengajar diaorang memasak kek coklat.

Minggu terakhir bulan April 2009 mereka menghadapi peperiksaan sem, tapi pada Rabu,4 hari sebelum tragedi, sebab power point saya tak siap lagi saya msj aruah bertanya boleh tak datang tolong saya, aruah balas mesej dan kata habis exam dia akan datang. saya mesej suh dia beli air batu kat7 E, sebab saya nk buat air apple untuk diminum nanti.

Lebeh kurang pukul 1 lebeh aruah datang bersama kawan dgn motosikal. Aruah menghulurkan air batu kat saya. Saya suruh dia makan bersama kawan sementara saya blend apple untuk diminum.
Nampak aruah berselera sungguh makan tengahari tu, lepas makan aruah menolong saya membuat kerja komputer sambil berbual.Masa ni la aruah kata nak sangat makan puding, saya kata tak pe,lain kali datang mama buatkan.
Kebetulan ptg tu kawan sekerja saya masak kek tapai, aruah makan dan lepas tu saya jamu pulak buah mangga...semasa membantu saya memasukan gambar2 aktiviti ,ada gambar saya dan persakit di Tapak perkelahan Lubuk Timah..aruah bertanya bila mama pergi berkelah kesitu ..saya jawap tu ada tarikh kat gambar...(LUBUK TIMAH LA TEMPAT ARUAH MANDI..LEMAS DAN MENINGGAL DUNIA)

Sebelum balik petang tu aruah kata nak datang lagi dan lepak2 kat tempat saya dan bertanya samada boleh tak pinjam broadband saya Sabtu ni..saya kata InsyaALLAH boleh dan saya andaikan bahawa aruah dan kawan2 akan kerumah saya Sabtu ni untuk meminjam broadband saya.

Masa nak balik ,selepas keluar aruah masuk sekali lagi sebab tertinggal jeket dan topi keledar,sebelum beredar aruah melambai tangan dan tersenyum kat saya...manis sungguh senyuman aruah yang menjadi kenangan sehingga kini..dan itu lah lambaian terakhir aruah..

Yang menjadikan saya sedeh sangat ialah pada pagi berita kematian aruah keluar dalam akhbar,saya memang membaca nama aruah dalam akhbar tu..tapi entah kenapa saya macam tak perasan,dan saya terus menalipon aruah kerana hanya n0.hp aruah ada dlm hp saya masa aruah buat miscal hari tu..

Bila cal saya dijawap saya terus cakap..Nizam..Nizam ,ni mama, budak grup mana yang meninggal tu?dan suara dalam telepon tu jawap..Nizam ni la..rupa2 nya ayah aruah yang jawap cal saya ..ni kat kubur....kata ayah aruah....saya terdiam..terkejut dan menggeletar seluruh badan ..YaALLAH.. dan...apa yang boleh saya buat selain dari menangis dan medoakan semuga roh aruah ditempatkan bersama mereka yang soleh..

Esok nya sampai ditempat kerja saya menangis bila tengok ais batu yang dibeli aruah masih berbaki dalam peti ais...menangis tengok presentation saya yang dibantu aruah..dan sampai hari ini gambar2 aruah tetap saya simpan...

Ibu aruah ada menalipon saya dan kami berbual panjang..rupa2 nya aruah anak harapan keluarga,adik2 nya masih kecil dan bersekolah..janji saya pada Ibu aruah InsyaAllah satu hari nanti saya akan sampai dirumah aruah diJB..

Harapan aruah tinggal kenangan..aruah ingin menghantar ayah nya menjalani rawatan penyakit jantung bila bekerja nanti,tapi semua nya tak kesampaian..
Aruah juga ada bagitahu,mama kat Ipoh ada ajar buat kek coklat dan aruah akan buat untuk mak dan adik2 bila balik JB nanti...

Sesungguhnya senyuman aruah menjadi kenangan...
Untuk semua kawan2 aruah GRUP 21, KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA MAMA DOAKAN SELAMAT MENEMPUHI FINAL EXAM TAK LAMA LAGI ,SEMUGA SEMUA NYA BERJAYA...











1 comment:

  1. mama...
    sgguh, int rindu dia....hmpir setahun dia pergi...int msih xmmpu utk lupakan setiap kenangan dgn dia...~dia terlalu istimewa utk int.......

    senyuman...ye, int pun rindukan ssenyuman tu...

    too much story utk d kOngsikan klo sbut pasal arwah...sgt bertuah dpt kenal dia...

    ReplyDelete