RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, July 6, 2009

Sedapnya tempoyak

Rutin kehidupan harian bermula ...tapi hari ini saya bercuti sehari.penat balik bertugas dikem PLKN masih terasa..mungkin kerana lama tidak bertugas malam dan kena pulak on call..seawal 6 pagi memasak kue seri muka untuk dibawa balik Kelantan olih anak saya Nain yang datang Jumaat lepas.


DiIpoh dan diPerak sekarang musim durian dah bermusim..berlonggok2 durian dapat dilihat dijual ditepi jalan dan dipasar2 malam.Kalau pandai pilih dapat la durian yang elok,manis dan sedap . Kadang tengok gelagat orang membeli durian pun ada kelakar nya jugak..ada yang goncang2 buah durian tu,jentik2 dengan jari dan cium2 kulit nya ...
Saya rasa yang praktikal beli buah durian ialah belah dan rasa isi dia,,kalau keras dan tawar jangan beli.,atau bawa bekas ,belah buah durian tu dan yang elok je beli,nak senang masok je dalam nekas,tak susah nak buang kulit dia lagi.
Kalau beli sebiji2 bawak balik rumah nak buka buah durian ni bukan senang, tambah kalau tak ada parang yang sesuai...

DiIpoh,dipasar malam Rapat Setia paling ramai yang menjual durian,kalau nak buat tempoyak boleh beli banyak2 semasa pasar malam nak habis...bercakap pasal tempoyak,anak kedua saya paling suka,yang pelik nya dia tak mkan durian tapi suka sagat tempoyak..selalu nya tempoyak saya masak rampai sayuran stail Negeri Sembilan..anak2 saya suka sangat,selalu diaorang tak makan dengat nasi tapi sedap dimakan begitu saja....masakan ni tahan dua tiga hari,lagi dipanaskan lagi sedap....nak buat pun mudah je..

MASAK TEMPOYAK RAMPAI SAYURAN

Bahan;

1 cawan tempoyak

3 cawan santan dari sebijik kelapa

sedikit kunyit hidup

cili api ikut selera kepedasan nya-ditumbuk dengan kunyit

segenggam ikan bilis dibelah dan bersihkan

Sayur yang disukai dihiris halus saperti pucuk ubi.pucuk labu.daun kaduk.daun kunyit.serai dan

petai dibelah dua isi nya.

CARA MEMASAK

Semua bahan dimasukkan dalam kuali dan dikacau2 atas api sederhana hingga agak pekat kuah nya ,masuklah garam.kalau tempoyak lama dan masam ,masuk lah gula sikit.
Senang je kan....kalau banyak simpan dalam bekas,nak makan boleh panaskan.

Sunday, July 5, 2009

Gambar2 kenangan

Membawa pelatih keklinik diluar kem...sempat posing lagi
Suasana dalam klinik...pelatih PLKN sedang diperiksa olih PPP

Membetulkan bidai didepan klinik,ini baru la tanggungjawap bersama...

Friday, July 3, 2009

Hari terakhir dikem PLKN

Ayam pasuh....bersama pucuk ubi,besarnya besen....
Ayam pasuh dah masak,Flora sedang keluarkan ayam dari buluh...

Ayam pasuh dibakar dalam buluh...buluh pun dah hitam...oops terhangus sudah!!


Budu....budu...sedap nya....oops...terlebeh sudah!!...



Ikan hasil memancing dibakar dan dicicah budu....emm....sedaaaap




Jurulatih yang singgah tengok kami memacing...santai ditepi kolam





Ha...a...ini ikan yang saya dapat






Sempat berposing masa memancing....oops...

Sehari sebelum mengakhiri tugas dikem PLKN, kami merancang untuk mengadakan sedikit jamuan perpisahan hanya untuk kami 6 orang yg bertugas di klinik...Petang memancing didepan klinik,bercadang untuk membakar ikan, tapi sering terpaksa tinggalkan pancing kerana saya on call dan terpaksa menerima beberapa orang pelatih yang datang keklinik kerana tak sihat.

Memancing dengan umpan cacing dapat juga beberapa ekor ikan, ramai pulak para jurulatih dan pelatih yang baru habis senaman petang yang singgah dan seronok menengok kami memancing.
Dalam serba kekurangan dapat juga membakar ikan dan Flora Jururawat yang berasal dari Sarawak sempat juga memasak ayampasuh...ayam dibakar dalam buluh lemang dicampur pucuk ubi...sedap jugak dan semua nya pertama kali makan.

Selepas makan ada pelatih lelaki yang datang mengadu pening.Rupa nya pelatih ni pernah histeria masa malam jumaat minggu pertama dikem.kami berdoa semuga jangan la ada histeria atau ape2 malam ni.....takut sangat,mujur la selepas berbual beberapa minit,pelatih ini minta balik kebilik nya..dan sehingga pagi semua nya ok...Alhamdulillah...

Pagi, selapas menyerah tugas kepada staf yang baru datang,dengan perasaan yang agak sedeh saya mengucapkan selamat tinggal pada kem PLKN Kepimpinana Gemilang Gopeng dan jam 9 pagi saya sudah pun berada dirumah di Taman Maju Rapat ,Ipoh...
Leteh ,tapi sempat la ke dapo memasak serba sedikit dan kemudian tido...
Petang baru dapat membuka blog dan mencatat serba sedkit catatan ini.

Tuesday, June 30, 2009

Catatan dikem PLKN 30 Jun 09

Satu hasrat,satu semangat , satu tekad, tanggungjawap bersama
Posing depan klinik...

Wajah ceria anak2 Malaysia yang merdeka


Rileks2 depan klinik,bawah pokok kelapa sawit membelakangi tasik









Pagi Selasa, keadaan dikem macam biasa.Pagi ni Tuan Komandan kem merasmikan kursus siri ke 3 tahun 2009.Siri ni pelateh tak ramai,dua ratus orang lebeh je dan ada 3 kompeni.





Pagi sementara tunggu pekerja membersihkan klinik,kami duduk2 depan klinik ditepi tasik kecil yang cantik dikelilingi pokok2 kelapa sawit.










Pelateh yang datang untuk dapatkan rawatan tak begitu ramai...aduan pun yang ringan2 je...sakit perut,pening dan sakit kepala.





Petang dari pukul 5 hingga 8 esok pagi saya on call bersama seorang Pembantu Perubatan.Bermakna mesti berada diklinik atau dalam kawasan kem jika ada kes kecemasan.Harap2 semua wira dan wirawati akan berada dalam keadaan sihat.





Makanan yang disediakan untuk para pelateh ,Jurulateh dan kaki tangan memang memuaskan.sedap atau tidak itu mengikut citarasa masing2..kadang2 kawan kita kata tak sedap tapi kita makan sedap pulak....yang penting bersih ...










Jam 8 malam hujan turun dengan agak lebat,dalam hati berdoa supaya tidak blackout...tidak ada perkara yang tidak diingini..










Teringat anak dirumah,walau pun dah besar,tapi hati tetap teringat dan risau..harap semua nya ok.

Monday, June 29, 2009

Sunyi ditengah keriuhan


Pemandangan cantik didepan kem PLKN,Gopeng.Mendamaikan hati...



Pagi2 bertolak semula kekemPLKN,seawal 5 pagi terjaga dari tido dan menggoreng mihun untuk ditinggalkan dan memasak nasi serta menggoreng ayam.Penat tapi itu lah saya yang akan memasak dulu untuk anak2 kalau akan kemana2.


Sampai dikem jam 7.30 pagi,bersama rakan setugas bersarapan mihun didewan makan.Memulakan tugas dengan ramainya wira dan wirawati yang mengadu sakit hari ini.




Demam,batuk,selsema,sakit yang ringan2.....petang berehat dibilik sekejap dan balik semula keklinik.Bawa laptop keklinik dapat lah mencatat serba sedikit...terasa sepi,sunyi dan rindu...entah lah mungkin sebab perubahan usia membuatkan hati kadang2 tak tenang dan keliru...teringat pada semua yang dikasihi..suami,anak2..dalam sepi kadang2 air mata mengalir tanpa disedari..duduk ditepi kolam didepan klinik,angin bertiup kencang, daun2 buluh yang kering gugur kebumi...pemandangan cantik didepan klinik dan telatah para pelatih PLKN ini menceriakan sedikit hati yang sepi..


Adik menalipon dan mengusik saya ...babah demam rindu mama....sebenarnya suami saya memang dah selsema pagi tadi.Minggu ni asyik bertugas luar,kePerlis,Pulau Pinang,kena pulak cuaca panas sejuk,akhirnya dapat selsema.


Cuaca persekitaran panas,para pelatih PLKN yang beriadah dipadang nampak penat dan merah padam muka masing2 dek pancaran matahari.Tapi nama pun remaja..semua diaorang tak kisah,malah nampak enjoy dan seronok.sorak dan keriuhan menandakan kegembiraan mereka sebagai anak Malaysia yang merdeka.Gelak tawa dan gurau senda mereka menceriakan suasana tapi hati ini tetap sunyi...
Malam semua pelateh ada aktiviti di dewan,menyanyi lagu2 patriotik dan paling menyentuh hti bila mereka menyanyi ramai2 lagu Warisan Bangsa yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman.Sayu dan menaikkan semangat untuk lebeh mencintai bangsa dan negara.

Sunday, June 28, 2009

Catatan dikem PLKN

Time solat, semua kesurau...bawak bendera kumpulan lagi....
Petang sabtu bebas pakai pakaian biasa..macam nak pegi tengok konsert...

Membasuh tray selepas makan,kat rumah mungkin tak pernah buat


Diklinik ni saya bertugas dikem PLKN






Jumaat....mula bertugas dikem PLKN,pengelaman baru,kawan2 baru.Sampai seawal 7.30 pagi diiringi hujan renyai2 dari Ipoh.Selepas serah menyerah tugas oleh rakan setugas terdahulu dan berkenalan dengan staf diklinik termasuk petugas dari angkatan tentera,saya menghantar dua orang wirawati PLKN ke klinik Kampar untuk berjumpa Doktor.




Sepanjang jalan banyak gerai menjual durian,wangi bau durian menusuk hidung....balik semula kekem jam 12.30 tghari dan terus kedewan makan ...seronoktengok wira dan wirawati membasuh pinggan dan kemudian kena periksa pulak samada bersih atau tidak....memang ramai yang menentang masa program ni mula diperkenalka dulu,tapi memang banyak kebaikan dan faedah dari program ini yang dapat kita saksikan.




Sabtu dan Ahad saya kena on call ,bermakna tak boleh tinggalkan klinik kerana takut ada kes kecemasan...tapi semua yang datang kes biasa je,saperti demam,pening,batuk dan selsema.Terhibur tengok telatah wira dan wirawati PLKN ni,ya lah budak2...nakal2 dan kelakar...

Bertugas bersama Pembantu Perubatan yang on call jugak dan tak ada masaalah yang dihadapi.
Selepas on call cuti sehari dan dapat balik kerumah.macam biasa, pagi memasak untuk suami dan anak2..lepas tu cuba tido sebab mengantuk sangat tapi,tak boleh tido...mungkin dah dua malam tak berapa nak tido,mata pun jadi keliru...

Esok pagi2 akan bertolak ke kem semula,mungkin Jumaat baru dapat mencatat semula catatan rindu mama ni..

Thursday, June 25, 2009

Sambal membunuh mama

Petang ni macam tak cukup masa ...nak kemas barang2 untuk keKem PLKN, kebank, melawat ibu saya dikampung ,beli sikit barang makanan untuk ditinggalkan dalam peti ais dan macam2 lagi.
Alhamdulilah,bertolak pagi2 esok dihantar oleh kenderaan jabatan.Mungkin tak berkesempatan untuk mencatat catatan baru minggu ni.InsyaAllah, minggu depan akan ada catatan baru dan tentunya pengelaman dikem PLKN akan saya kongsikan bersama.

Masak tengahari pun simple2 je...Dua orang anak saya yang dirumah ni,ada sambal membunuh dah cukup...sambal membunuh?..mana tak membunuh kalau pedas macam nak mati,tapi sedaa...ppp.Kalau anak2 tak nak pedas sangat dia orang akan kata sambal pengsan je mama...atau hari ni jangan membunuh,cedera ja.....sambal ni tahan 2..3...hari..hari2 ada pun tak pe.Masak pun senang dan kejap je dah siap.Pendek kata semua anak2 saya suka malah kawan serumah kakak((anak kedua saya) pun selalu pesan kalau tau saya nak ke Kajang.Tak de nasi diaoarang makan ngan roti je.
Ni resepi sambal membunuh,cuba lah...

SAMBAL MEMBUNUH MAMA

Bahan ditumbuk kasar:

1 cawan ikan bilis dibersihkan-buang kepala dan isi perut dan dibelah2
1 cawan cili api kampong yang kecik2 tu...
2 bawang besar

Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk ni,kacau2 sampai garing sikit.Masukkan sikit serbuk kunyit,air asam jawa,garam dan gula.Kacau2 kejap dah boleh angkat dan makan.Serbuk kunyit untuk cantikkan sambal ni.kalau tak nak membunuh dan nak pengsan atau cedera je, kurangkan la cili api tu..Nanti ada gambar saya tempekkan ya...
Aduh...sedapnya makan ngan nasi panas2.....
Untuk Mija diKajang yang suka sangat sambal membunuh ni,bersabar lah dengan dugaan ALLAH ,InsayaAllah,ada rezeki akan ada lah cahaya mata nanti.....