RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....
Showing posts with label Cerita anak2. Show all posts
Showing posts with label Cerita anak2. Show all posts

Saturday, April 10, 2010

Oshin bertudung...?




Anak sape ni...oh..Oshin dah bertudung...lawa jugak anak Jepun ni bertudung...


Saturday, July 11, 2009

Mohd Wira Adam

Mohd.Wira Adam....yang sentiasa dirindui oleh kami di Ipoh
Mohd.Wira Adam ..penghibur hati kami sekeluarga



Minggu ni semua nya berjalan saperti biasa ,cuti semester students saya dah habis, semua dah balik kekolej semula...students semester 5 dan 6 masing2 ditempatkan dihospital dan klinik seluruh Perak dan ada juga dihospital diKelantan.
Students sem 4 yang akan ketempat saya bermula minggu ini adalah batch pertama yang ada students perempuan...sebelum ni semua students saya lelaki..harap semua nya akan berjalan dengan baik...InsyaALLAH...
Petang Jumaat selepas sampai dari Cameron Hihgland, suami saya mengajak ke KualaLumpur ,kerana rindu pada permata hati kami sekeluarga Mohd. Wira Adam. Bertolak ke KL jam hampir 7 petang,dalam remang senja hujan turun renyai2...sampai diKajang hampir jam 10 malam.Terus kerumah kakak,sempat memasak sayur rampai tempoyak yang dibeli dipasar malam Simpang Pulai dan kemudian terus tidor kerana leteh .Pagi kerumah anak sulung saya Mohd. Aidil,disambut menantu saya Aida dengan mee goreng...dan puas lah bermain dengan Adam...tengahari mereka sekeluarga bertolak ke Ulu Langat untuk aktiviti reunion bersama teman2 seuniversiti.

Saya dan suami singgah di butik Ariani dibandarbaru Bangi dan kemudian berehat sebentar dirumah kakak sebelum bertolak balik ke Ipoh.Sampai diipoh jam 8 malam dan sempat pula ke karnival usahawan sempena pendaratan sulung FireFly di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
yang hanya beberapa meter dari rumah kami.sempat singgah kegerai2 yang ada ,sayang nya hujan pulak turun...hujan rahmat barangkali..kesian para peserta ,terpaksa tutup gerai awal,esok akan sambung lagi sebab karnival ni akan berakhir esok.

Thursday, June 25, 2009

Sambal membunuh mama

Petang ni macam tak cukup masa ...nak kemas barang2 untuk keKem PLKN, kebank, melawat ibu saya dikampung ,beli sikit barang makanan untuk ditinggalkan dalam peti ais dan macam2 lagi.
Alhamdulilah,bertolak pagi2 esok dihantar oleh kenderaan jabatan.Mungkin tak berkesempatan untuk mencatat catatan baru minggu ni.InsyaAllah, minggu depan akan ada catatan baru dan tentunya pengelaman dikem PLKN akan saya kongsikan bersama.

Masak tengahari pun simple2 je...Dua orang anak saya yang dirumah ni,ada sambal membunuh dah cukup...sambal membunuh?..mana tak membunuh kalau pedas macam nak mati,tapi sedaa...ppp.Kalau anak2 tak nak pedas sangat dia orang akan kata sambal pengsan je mama...atau hari ni jangan membunuh,cedera ja.....sambal ni tahan 2..3...hari..hari2 ada pun tak pe.Masak pun senang dan kejap je dah siap.Pendek kata semua anak2 saya suka malah kawan serumah kakak((anak kedua saya) pun selalu pesan kalau tau saya nak ke Kajang.Tak de nasi diaoarang makan ngan roti je.
Ni resepi sambal membunuh,cuba lah...

SAMBAL MEMBUNUH MAMA

Bahan ditumbuk kasar:

1 cawan ikan bilis dibersihkan-buang kepala dan isi perut dan dibelah2
1 cawan cili api kampong yang kecik2 tu...
2 bawang besar

Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk ni,kacau2 sampai garing sikit.Masukkan sikit serbuk kunyit,air asam jawa,garam dan gula.Kacau2 kejap dah boleh angkat dan makan.Serbuk kunyit untuk cantikkan sambal ni.kalau tak nak membunuh dan nak pengsan atau cedera je, kurangkan la cili api tu..Nanti ada gambar saya tempekkan ya...
Aduh...sedapnya makan ngan nasi panas2.....
Untuk Mija diKajang yang suka sangat sambal membunuh ni,bersabar lah dengan dugaan ALLAH ,InsayaAllah,ada rezeki akan ada lah cahaya mata nanti.....

Thursday, June 4, 2009

Sepi dan rindu

Satu pemandangan indah dipinggir Bandaraya Ipoh tempat tinggal kami
Balik dari kerja rasa leteh yang amat sangat,sebenarnya kerja tak la teruk mana tapi cuaca panas buat kan badan leteh.Sampai dirumah terasa sepi dan sunyi..teringat pada anak yang kembali kepangkuan keluarga tercinta diKelantan..ingatkan anak,airmata mengalir perlahan...walaupun anak bukan saya yang lahirkan tapi kasih sayang tak berbeza dengan anak sendiri.

Walau pun 3 orang anak kandung dan seorang menantu telah membahagiakan saya dan suami tapi kehadiran anak2 angkat saya telah menceriakan lagi rumah kami.Saya bersyukur kerana anak2 angkat saya semua nya anak2 yang baik dan rajin,menghormati saya dan suami saperti ibubapa sendiri.Ibubapa kandung mereka kami kenal dengan baik jadi tak ada masalah mereka berada dirumah saya bila2 pun .

Sunyi sangat...leteh dan rasa tak ada mood nak buat apa pun..pegi dapur lagi teringat kat anak yang rajin menolong saya memasak..buat apa la dia kat kelantan tu...Teringat jugak pada anak diKajang yang rajin sangat bekerja,dan yang jarang sangat dapat berjumpa..kalau sunyi begini memang terasa rindu sangat pada anak2.. Terasa sepi dan rindu...

Hampir pukul 6 petang keBatu Gajah dgn suami,pegi tengok rumah kami dan lepas tu masukkan gas tayar kereta..balik melalui jalan Taman Botani dipinggir BandarayaIpoh yg dalam pembangunan,suasana senja terasa nyaman dgn angin yang bertiup perlahan.Ramai yg melepak2 sambil tengok kapal terbang kecil yang terbang laju digerakkan oleh remote control..pokok2 kelapa sawit yang sengaja ditanam sepanjang jalan menambah indah lagi suasana senja yang semakin kelam.

Thursday, May 28, 2009

Sambal tumis 6 ekor udang

Pagi yang kelabu dalam perjalanan ketempat kerja,bukan jerebu tapi rasa nya asap entah dari mana..ramai yg datang kerja dgn wajah lesu...tengok bola sampai subuh ...yg sokong MU nampak tak ceria..adat lah kalau dua2 menang siapa pulak yang nak kalah.
Balik kerumah petang hujan renyai2 sepanjang jalan...ke Batu Gajah bersama anak2 yg teringat nak makan ayam goreng cikgu (Yg jual ayam tu cikgu sekolah) balik sampai kerumah dah kul 8 malam,keluar 7 pg,balik 8 malam, leteh sgt...tapi sempat lagi memasak sambal tumis udang untuk anak yg baru habis exam induksi pagi tadi..sebab yang nak makan sorang saja saya hanya keluarkan beberapa ekor udang saja dari peti ais..masa masak baru kira udang tu,ha..a..6 ekor..jadi la sambal tumis udang 6 ekor..mama bukan kedekut tapi masak banyak takut tak habis sebab yang lain dah kenyang makan ayam goreng cikgu..berselera sgt ank mkn nasi ngan sambal tumisudang..em...m..rindu mama masak la tu..hari2 mkn nasi beli tentu dah jemu..semua anak2 saya ada makanan kegemaran masing2.Tapi saya bersyukur kerana anak2 tak memilih apa yang saya masak.makanan kegemaran mereka pun yang simple2 je,sambal tumis,sambal kuini,mihun goreng,sup sayur,ikan rebus goreng dan yang senang2 je untuk saya masak.