RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, January 31, 2010

Rumah terbuka sepanjang tahun..


Kenangan di Taman Wetland Putrajaya...30 Januari 2010

1hb Februari..mengambil cuti menghabiskan baki cuti tahun lepas..
Selalu balikrumah kat Ipoh dari mana2 saya akan bercuti sehari..kat KL..pegi sana sini bersama anak2..sempat bawak Adam jalan2 kat Taman Wetland Putrajaya..leteh memang leteh...


Pagi mengemas rumah..membasuh langsir ..mengelap tingkap sambil dengar lagu2 dari klasik nasional....mengemas bilik tetamu jugak sebab raya cina mungkin ramai akan datang kerumah..anak sepupu kawin dan selalu nya sedara mara akan singgah dirumah..anak2 pun akan balik sebab cuti 4 hari...


Sorang2 kat rumah macam2 boleh buat ,cadang nak buat kek lapis petang ni tapi tengok la...bahan semua dah ada cuma kalau penyakit M menyerang memang tak boleh cakap apa dah....


Best sangat dengar lagu2 lama pagi ni...setiap lagu ada kenangan tersendiri..masa kecil memang tak berpeluang dengar lagu2 sebab masa tu tinggal kat kampung,tak ada radio pun..bila dah ada radio selalu dengan kakak2 saya dengar drama yang kalau tak salah dari radio Singapura..selalu drama seram ..cerita hantu...


duduk la dekat2 sebab takut..tapi dalam takut2 tu dengar jugak sampai habis,lepas tu nak kebilik air pun takut...lawak betul la...dengar drama radio pun boleh takut...he..he...kalau sekarang mau kena gelak dengan anak2..




Tengahari memasak yang ringkas2 je,sambal tumis udang dengan petai,goreng sayo campo dan goreng ikan..senang je...suami pulak akan makan apa je yang dimasak..kalau dia teringin nak makan apa2 selalu nya akan masak sendiri..selalu resipi pelik2...ialah masa tentera dulu,dalam hutan memang la kreatif habis cipta resipi...kalau tak tentu jemu makan makanan dalam tin yang dibekalkan untuk tentera...


Tapi sekarang dah banyak beza,makanan tentera dah tak dimasukan dalam tin lagi...kalau tak tentu berat ya..nak daki bukit ke dalam hutan...dan sekarang dah pelbagai makanan ...bubur pulut hitam pun ada...caya lah...


Nanti kalau jadi buat kek lapis prun petang ni, saya akan tempek gambar ...kalau nak rasa jemput la kerumah...rumah saya sentiasa terbuka tak kira raya ke tidak..terbuka bukan la tak tutup pintu..nanti pencuri masuk pulak..terbuka bermakna sedara mara,kawan2 dan kenalan boleh datang bila2 je kalau saya berada dirumah..he..he..


Jadi rumah saya sape2 nak datang bila2 pun boleh..terbuka sepanjang tahun...


Pernah la jumpa kawan yang kata macam ni kat saya 'Datang la rumah..raya ke...'pada hal masa dia cakap tu lama lagi nak raya,puasa pun belum...bermakna kalau tak raya dia tak bersedia untuk dikunjungi oleh kawan2..tapi tak pe,itu hak dia kan...

Selamat hari ulang tahun kelahiran..

31 Januari...oh sekejap je dah sebulan meninggalkan kita ditahun 2010...
Pagi2 mesej Shah , Mazuardi dan Sal..mereka bertiga berkongsi menyambut ulang tahun kelahiran...
Hari ini 31 Januari adalah hari ulang tahun kelahiran mereka.
entah kenapa setiap tahun saya tak pernah lupakan tarikh ulang tahun mereka bertiga,mungkin sebab tiga orang sekali sama tarikh...
semuga ketiga2 nya bahagia dan dipanjangkan usia..
Sal ada lah kawan masa saya berkursus bersama pada tahun 2002 dulu..
semuga bahagia dengan kehidupan baru..
Shah saya kenal masa berkursus bersama Sal jugak..Shah ni dah saya anggap macam adik sendiri walau pun kami tak la selalu berjumpa atau berhubung....doa restu semuga berjaya dalam apa saja yang diceburi dan akhir sekali Mazuardi ada lah student MA yang datang ketempat saya masa posting tahun 2007 dulu..semuga bahagia dalam debaran menanti cahaya mata pertama...
InsyaALLAH dan Alhamdulillah..Allah berikan saya daya ingatan yang baik dalam hal tarikh hari lahir orang2 yang istimewa dalam hidup saya..

Gelagat Adam ..

Tengok Adam...macam orang dewasa pilih seluar ...
Adam sedang memilih baju..pandai sungguh dia,belum pe2 lagi dah 'PAU' auntie Jaja..dapat la baju sehelai.

Adam bersama auntie Jaja dan auntie Chu...


Ha..ha..tengok gelagat pengantin baru ni...kelakar sungguh








Pagi2 Sabtu memasak bihun sup yag direquest oleh Aiza...



kuah bihun sup dibuat dari ikan kikik,tapi jenoh cari tak ada ikan kikik, jadi buat dari ikan bilis je..anak2 saya memang tak suka mee atau bihun sup dari daging atau ayam..



Saya dan suami kemudian ke Kampung Melayu Subang menghadiri majlis perkahwinan anak seorang kenalan...


Pegi berdua je sebab sape pun tak mau ikut..



Sempat la jumpa pengantin perempuan yang kelakar...bila saya nak ambik gambar je,dia akan angkat jari dan tunjuk 'peace'...he..he..kelakar sangat..Apa2 pun Selamat pengatin baru ya NurAiman...


Sedap sangat bubur kacang kat majlis kenduri tu...dan kami semua teruja la sambil makan berdesing bunyi kapal terbang kat atas kepala...ha..ha...



Petang membawa Adam berjalan2..kePutrajaya,singgah makan diAlamanda..seronok sungguh Adam dilayan auntie Jaja dan auntie Chu..sayang sekali uncle Nain tak dapat bersama,kena keja pagi petang....rindu sungguh pada anak saya tu..

Kat Alamanda,Adam terus je jalan kekedai baju,macam tau2 je kat situ jual baju budak2..dan kami tehibur sungguh tengok gelagat dia..pilih baju sendiri dan tarik auntie Jaja dia suruh bayar...

baju mahal la pulak...

Thursday, January 28, 2010

Hujung minggu di Bangi

Rindu nya kat Adam..eh..dah beli keta untuk Tokma ke?...
Shopping baju kat Bandar baru Bangi...beli jangan tak beli..

Hari ni pagi2 dengan kawan2 pejabat bertolak ke Taiping..

bertugas..balik pukul 2 lebeh sampai Ipoh..penat nya...sambung buat lapuran dan lain2..

hajat nak keKL petang ni tapi Aiza nak makan macam2 kena la kepaso(pasar) dulu pagi2 esok.

Masak2 dulu baru pegi..

cuaca gelap je kat Ipoh...hujan sekejap2 dari pagi..
Sementara menunggu suami balik bertugas di Sungai Petani, saya sempat la masak kue sikit untuk dibawa keKL esok. Sebenar nya rasa tak sabo nak keKL..rindu sangat kat Adam....jugak rindu kat anak2 diKL...

Kemas2 rumah apa yang patut...basuh baju,gosok unifom keja siap2,mop la lantai dapo dan kemas2 stor...


Pagi2 da kepaso besar kat Superkinta,beli la apa2 yang dipesan anak2.Selalu nya kalau nak keKL kereta kami akan penoh dengan bermacam2 pesanan anak2..petai,ikan bilis,sayo itik..(ni kegemaran Aiza,nama je sayo itik,sedap tau buat sup)buah2,kue itu ini..macam ni la saya dan suami tak sampai hati nak hampakan permintaan anak2...


Bertolak keKL dah hampir tengahari..sampai diBangi terus makan, lauk2 dah dimasak diIpoh, jadi sebelum sampai call Aidil mintak dia masak nasi...


Aiza dan kawan2 pejabat pun datang makan tengahari dan petang Ailia pulak sampai...Petang kepasar malam dekat rumah Aidil,beli la makanan lagi..malam tak masak pe2,makan apa yang ada...


Sempat kePKNS Bangi,beli sehelai dua baju yang rasa nya agak murah harga nya..banyak gerai menjual baju2 siap kat situ..Singgah jugak kat kedai2 diBandar Baru Bangi...em..m...cantik2 baju kat situ...
Em..m..Adam dah beso..nakal dan manja sangat..dilayan Wan dan dua orang mak sedara dia yang tak habis2 menyakat..saja nak tengok Adam menangis...seronok tengok Adam yang mula belajar bercakap,apa kita sebut dia akan ikut...
Kehadiran nya menceriakan lagi kehidupan kami...Bersyukur sangat dengan kurniaan ALLAH...

Monday, January 25, 2010

Sehari diParit Buntar

Pagi Isnin keluar dari pejabat berjumpa Doktor untuk pemeriksaan rutin,

Berjumpa ramai kawan2 lama..rindu ...sempat berbual sekejap sebelum balik kepejabat

Sampai dipejabat kena hadir taklimat kaji selidik KKM...

Oh mengantuk sangat...tapi dengar la jugak taklimat tu sampai 1.30 ptg..

lepas taklimat,makan nasi lemak pulak ..eh..tengahari makan nasi lemak?...hentam je la...

Petang sampai rumah ,Shafeeq datang untuk mengambil moto dengan kawan tapi tak jadi pulak dan terus pergi bermain bola dengan janji akan datang lepas balik bermain bola nanti.

Kerumah mak dan menjemput dia untuk tido dirumah kami sebab esok pagi2 akan mengikut Ailia balik keKL..

Singgah digerai 'Bak Secewen' dan makan cucur udang kat situ sambil minum2 dan memerhati kenderaan disimpang ke Cameron Highland..

Leka memerhati kenderaan yang berhenti di lampu isyarat kat situ..bukan selalu dapat duduk2..santai macam ni..

Balik rumah hari dah gelap, masak la sikit2 untuk mak dan Ailia..

Nain call dari KL, rindu kat dia yang dah lama tak jumpa..
Malam jam 9 lebeh sikit dapat berita dari sepupu ibu sedara saya meninggal dunia di Sungai Aceh dekat Parit Buntar,cadang nak balik malam ni jugak,tapi mak dan Ailia akan balik keKL pagi2 esok..
Selepas Ailia bertolak keKL..dengan keta baru la...he..he..
saya menalipon sepupu dan berjanji akan balik kampung menziarahi ibu sedara yang meninggal semalam .Suami saya tak dapat balik sebab kena bertugas..sebenarnya saya ambik cuti kecemasan sehari.Nak balik sendirian..tak yakin sangat ...jadi tumpang la sepupu saya yang akan balik jugak.
Balik kekampung pukul 8 lebeh, sampai pukul 10 pagi dan jenazah sedang dimandikan..sempat lah menatap wajah ibu sedara buat kali terakhir..
Jumpa ramai la sedara mara..ayah sedara.mak sedara.sepupu2 dan ramai lagi..Berjumpa juga dua pupu yang lama sangat tak jumpa.beliau baru saja bersara ..dan sekarang tinggal dikampung.
Olih kerana sepupu yang saya tumpang terpaksa balik awal sebab anak2 dia ada yang masih bersekolah saya ambik keputusan untuk balik dengan bas ekspres..petang2 sikit..
Jadi menolong la apa yang patut kat rumah aruah mak sedara saya..tolong masak sikit2 untuk yang balik menghantar jenazah kekubur.
Bila selesai semua nya..kerumah kakak sepupu diSungai Udang..sembang2 dan petang dia menghantar saya ke stesyen bas Parit Buntar..tiket bas 6.45 petang..eh..sementara tunggu bas apa lagi aktiviti kami?ronda2 kat kedai2 baju dan rupa nya kat Parit Buntar banyak sekali butik..sempat la beli baju dan tudung sehelai dua..ada satu butik tu jual tudung je..nama butik tu BAWAL..Orang Parit Buntar mesti tau..rupa2 nya yang berniaga kat sini ramai orang Kemboja..
Masa bas meninggalkan Parit Buntar..hujan turun dengan lebat..terima kasih daun keladi ya Kak Yah dan makcik Jah yang sudi menemani saya meronda2 diParit Buntar sementara menunggu bas sampai...Nanti kita ronda2 lagi ya...
Sampai di Ipoh jam 9 malam...he..he..sebab kena tunggu saya kat stesyen bas ,suami saya tak dapat pegi stadium tengok bola..Perak lawan Kelantan..elok la tak pegi..takut ada rusuhan pulak..naya..

Sunday, January 24, 2010

Surat kabar lama...

Ni aktiviti jual surat kabar lama....aktiviti hari minggu
Comel nya dia....arnab2 yang dijual di Pasar pagi Batu Gajah




Ahad pagi2 menggoreng bihun untuk sarapan.Tapi tak sarapan pun,awal sangat...

Kerumah mak saya bersama Ailia, membawa mak kepasar pagi Batu Gajah untuk membeli barang2 dapo

Jumpa ramai kawan2 lama...berjanji nak ada kan perjumpaan kat rumah saya bila2..saje seronok2 berkumpul kawan2 lama..makan2..sembang2..he.he..

Seronok kat pasar pagi ahad Batu Gajah,banyak jualan sayuran kampung dan macam2 lagi..

Eh..ada yang menjual arnab..comel2..arnab tu ada dalam sangkar tapi ada yang dilepaskan begitu saja...tengok ada yang menjual arnab teringat masa kat Sabah dulu, dipasar pagi Jalan Gaya Kota Kinabalu,macam2 jualan ada..

Katak jangan cakap la...macam2 jenis katak...anak anjing..anak lembu..ular pun ada...ha..ha..pedang pun ada jual..teruja sungguh...macam2 ada jual...pegi pasar tu jalan kaki je dekat dengan tempat tinggal saya Marina Court..yang best dekat pasar Filipina...macam2 ada...


Pegi pagi dan petang tak jemu2...rantai mutiara paling banyak dijual...ini la buahtangan yang dibeli pelancong kalau kepasar Filipina tu..


kalau petang kat kawasan tu ada macam pasar malam.makanan la yang paling banyak dijual..selain dari ikan masin dan telo ikan masin yang besar2..


Balik dari menghantar mak kerumah,saya terus sarapan pagi,lepas tu memasak untuk makan tengahari...dan selalu hari ahad datang la apek beli surat kabar lama..jual la semua surat kabar lama yang berlonggok dibawah garaj...banyak tu..tapi murah je...suami saya kata beli satu dah seringgit lebeh,ni bila jual kenapa sebeban banyak nya baru seringgit?Apek tu jawapan standard la...saya untung sikit saja ..pulak..kalau untung sikit kenapa susah2 datang dan siap jual suara lagi..surat kabar lama...surat kabar lama...surat kabar baru tak nak ke?
Kalau pegi Cameron Highland dan jual kat sana memang mahal,sebab pekebun buat pembalut kobis dan bunga...ha..ha...

Petang hujan renyai turun..langit pun mendung dan kelabu...


em..m..baring2..tertido..

Saturday, January 23, 2010

Sekali terkena

Pokok kesayangan suami..diberi oleh mak angkat kami dari Aloq Setaq
Masa tanam pokok2 ni dulu kecik je..sekarang dah besar...

Ni la antara tanaman kat rumah saya yang dah berserabut..kesian kat pokok2 ni...


Bangun pagi terus sambung aktiviti mengemas pokok2 bunga yang dah berserabut...cangkul2 kat belakang rumah dan tanam ubi kayu..batang ubi kayu yang dicabut raya lepas masih tak bertanam..

Suami saya apa lagi kalau tak buat aktiviti paling dia suka..mesin rumput..
mula2 mesin rumput jiran..lepas tu baru halaman sendiri,saya kata mesin la rumput sendiri dulu baru rumput jiran...mana nak dapat pahala berkira macam tu kata suami saya...dah kena..lain kali diam je..he..he..

Oh..Ailia nak makan daging masak kicap pulak...dah sarapan,terus kepasar Gunung Rapat...
beli la daging..lampung dan sayo2 dua tiga jenis..

Balik terus je masak dan sementara tu tonton istiadat permakaman Sultan Johor...

Sejuk hati tengok anakanda dan cucuanda Al-Marhum mengangkat jenazah beramai2.. Cucuanda Baginda ramai lelaki...anakanda Raja Zarith Sofea(Sultanah Johor yang baru) saja ada 5 orang putera...Istana Bonda Raja Zarith Sofea iaitu Istana Riswin dekat je dengan rumah kami,tak sampai 1km..

Istana Riswin ada lah dari nama Almarhum Sultan Raja Idris dan isteri Raja Mazwin..
Kami rakyat Perak berbangga bila Raja Zarith ditabalkan sebagai Sultanah negeri Johor yang baru..
Baginda cantik dan lemahlembut orang nya,pandai melukis jugak..


Tengahari Shafeeq datang makan tenghari dan berjumpa adik nya Ailia yang dah lama tak jumpa..lepas dia balik saya terus tengok siaran langsung dari Johor dan tertido sampai dekat pukul 4..hari pulak hujan ,suhu sejuk,apa lagi tido la...

Bangun terus masak kek gula hangus untuk dibawak kerumah mak saya..lama tak jumpa mak yang tinggal diKL sekarang menemani cucu nya yang tinggal keseorangan kerana mama nya tinggal diJeddah..

Balik dari rumah mak,singgah kat Billion depan rumah kami dan beli barang2 dapo..masa ni la ada seorang perempuan cina menghampiri saya dan suami..menjual handphone yang beharga rm seribu lebeh dipasaran dengan harga rm 8 ratus je..

ha..ha..teringat Shafeeq dan kawan serumah yang kena tipu dua minggu lepas..saya kata kat perempuan cina tu..ni bukan ori kan..dari cina kan..?

Dia mengikut kami sampai kepintu masuk Billion ..ini ori la ,Malaysia punya..3 ratus boleh?

Saya kata kalau 50 ringgit saya ambik...dan cepat2 melangkah kedalam Billion..dia tak putus asa dan ikut kami lagi..satu ratus la..kata dia perlahan..tengok ..dari 8 ratus dah turun seratus..ha..ha...tak beli pun ..buat apa telepon sampai dua tiga,bukan mustahak sangat pun,,yang ada dapat cal mak saya,atau mesej anak2 atau kawan2 dah cukup..
membazir je...
Kalau la saya beli hp tu,mesti kena kata dengan Shafeeq...hari tu masa dia kena tipu,saya pot pet pot pet kat dia...
Sekali terkena jangan sampai dua kali...

Friday, January 22, 2010

Senyuman menjadi kenangan

Aruah tersenyum manis bersama kawan2 mengabdi kenangan bersama saya

Aktiviti berkebun bersama Aruah dan kawan2 serta pesakit kami




Aruah (bercermin mata)dan seorang kawan menolong saya mengangkat baja...






Malam ni sambil mendengar lagu2 lama saya membuka blog dan membaca kembali catatan lama2 yang pernah saya catat dulu...


Catatan saya yang bertarikh 26 Mei 2009 ,saya baca berulang kali..sebenarnya banyak lagi yang ingin saya catatkan disitu..tapi hati saya sebak...


Tengok gambar aruah Mohd Nor Sharul Nizam,segala kenangan menjadi segar dalam ingatan...kalau lah aruah masih ada...sekarang dia akan berada dalam semester 6 dan akan mula bekerja bulan September atau Oktober ini..tapi semua nya tinggal kenangan...

Dulu saya tak sanggup nak cerita apa yang terjadi pada hari2 sebelum dan hari kematian aruah..tak sanggup nak ingat kerana sedeh sangat,tapi biar lah saya cerita serba sedikit kenangan saya bersama aruah..

Aruah dan kawan2 seramai 7 orang datang ketempat saya bertugas pada.... hb April 2009. Penempatan students Pembantu Perubatan dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta ditempat saya bertugas ialah setiap hari Rabu..dan saya adalah Local Precepter mereka.

Pagi,kami melakukan aktiviti berkebun...menanam pokok2 terung dan cili.
Aruah jadi cameraman,menggunakan kamera saya...mengambil gambar2 kawan2 dan pesakit kami.Tapi saya sempat juga merakam gambar2 aruah...Saya jugak sibuk buat presentation masa tu tapi tak pandai sangat nak buat power point,kawan2 aruah suruh aruah ajar dan buatkan untuk saya sebab aruah pernah belajar komputer kat kolej sebelum masuk kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta...

Masa aktiviti memasak,aruah berdiri disebelah saya dan menyalin resipi kek coklat yang kami masak. saya perasan ,apa yang aruah salin banyak yang salah, dipotong2 dan digaris2 nya berulang kali. bila dia mintak nak masak lagi kek sebab dapat 2 biji sorang je,saya suruh dia yang bancuh adunan dan kukus kek tu...memang la aruah yang masak bancuhan ke2 tu,sementara menunggu masak,aruah duduk disebelah saya dan kami main sahibba sambil sesekali aruah bangun menengok kek yang sedang dikukus..
Tengahari lepas makan aruah baring kat sofa,dia kata leteh,dan tertido..masa ni la kawan2 aruah pegi ambik mempelam muda dibelakang klinik dan saya buat sambal untuk dia orang colek mangga tu. Bangun dari tido,aruah mengadu pada saya diaorg tak ajak pun dia makan mangga tu , 3 kali aruah cakap ngan saya .Saya ketawa je dan kata lain kali datang mama buat lagi sambal pencicah mangga tu..

Masa dekat pukul 5 dan dia orang bersiap nak balik ,dekat pintu, aruah meminta no hp saya,ada la kawan2 aruah yang ketawakan dia...tak pe la..no hp mama ..apa salah nya...jawab aruah sambil mendail no hp saya...dan dia buat miss call kat hp saya .jadi no telepon aruah ada dalam hp saya.

Malam tu aruah ada mesej saya dan mengucapkan terima kasih sebab melayan dia orang macam anak2 sendiri dan mengajar diaorang memasak kek coklat.

Minggu terakhir bulan April 2009 mereka menghadapi peperiksaan sem, tapi pada Rabu,4 hari sebelum tragedi, sebab power point saya tak siap lagi saya msj aruah bertanya boleh tak datang tolong saya, aruah balas mesej dan kata habis exam dia akan datang. saya mesej suh dia beli air batu kat7 E, sebab saya nk buat air apple untuk diminum nanti.

Lebeh kurang pukul 1 lebeh aruah datang bersama kawan dgn motosikal. Aruah menghulurkan air batu kat saya. Saya suruh dia makan bersama kawan sementara saya blend apple untuk diminum.
Nampak aruah berselera sungguh makan tengahari tu, lepas makan aruah menolong saya membuat kerja komputer sambil berbual.Masa ni la aruah kata nak sangat makan puding, saya kata tak pe,lain kali datang mama buatkan.
Kebetulan ptg tu kawan sekerja saya masak kek tapai, aruah makan dan lepas tu saya jamu pulak buah mangga...semasa membantu saya memasukan gambar2 aktiviti ,ada gambar saya dan persakit di Tapak perkelahan Lubuk Timah..aruah bertanya bila mama pergi berkelah kesitu ..saya jawap tu ada tarikh kat gambar...(LUBUK TIMAH LA TEMPAT ARUAH MANDI..LEMAS DAN MENINGGAL DUNIA)

Sebelum balik petang tu aruah kata nak datang lagi dan lepak2 kat tempat saya dan bertanya samada boleh tak pinjam broadband saya Sabtu ni..saya kata InsyaALLAH boleh dan saya andaikan bahawa aruah dan kawan2 akan kerumah saya Sabtu ni untuk meminjam broadband saya.

Masa nak balik ,selepas keluar aruah masuk sekali lagi sebab tertinggal jeket dan topi keledar,sebelum beredar aruah melambai tangan dan tersenyum kat saya...manis sungguh senyuman aruah yang menjadi kenangan sehingga kini..dan itu lah lambaian terakhir aruah..

Yang menjadikan saya sedeh sangat ialah pada pagi berita kematian aruah keluar dalam akhbar,saya memang membaca nama aruah dalam akhbar tu..tapi entah kenapa saya macam tak perasan,dan saya terus menalipon aruah kerana hanya n0.hp aruah ada dlm hp saya masa aruah buat miscal hari tu..

Bila cal saya dijawap saya terus cakap..Nizam..Nizam ,ni mama, budak grup mana yang meninggal tu?dan suara dalam telepon tu jawap..Nizam ni la..rupa2 nya ayah aruah yang jawap cal saya ..ni kat kubur....kata ayah aruah....saya terdiam..terkejut dan menggeletar seluruh badan ..YaALLAH.. dan...apa yang boleh saya buat selain dari menangis dan medoakan semuga roh aruah ditempatkan bersama mereka yang soleh..

Esok nya sampai ditempat kerja saya menangis bila tengok ais batu yang dibeli aruah masih berbaki dalam peti ais...menangis tengok presentation saya yang dibantu aruah..dan sampai hari ini gambar2 aruah tetap saya simpan...

Ibu aruah ada menalipon saya dan kami berbual panjang..rupa2 nya aruah anak harapan keluarga,adik2 nya masih kecil dan bersekolah..janji saya pada Ibu aruah InsyaAllah satu hari nanti saya akan sampai dirumah aruah diJB..

Harapan aruah tinggal kenangan..aruah ingin menghantar ayah nya menjalani rawatan penyakit jantung bila bekerja nanti,tapi semua nya tak kesampaian..
Aruah juga ada bagitahu,mama kat Ipoh ada ajar buat kek coklat dan aruah akan buat untuk mak dan adik2 bila balik JB nanti...

Sesungguhnya senyuman aruah menjadi kenangan...
Untuk semua kawan2 aruah GRUP 21, KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA MAMA DOAKAN SELAMAT MENEMPUHI FINAL EXAM TAK LAMA LAGI ,SEMUGA SEMUA NYA BERJAYA...











Impian Keemasan

Sampai je kat pejabat telepon berdering
eh...awal nya kan baru 7.27 pagi..
suara pembantu khas bos kedengaran dihujung talian..
meeting pukul 10, diawalkan ..8.15 pagi..
ramai yang dah ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sebab ada CME disana...
hantar mesej kat kawan2 yang dah kesana..
Masuk bilik meeting dah ada sepinggan nasi lemak seorang, air teh o limau jugak..
Makan2 ..sembang2..dan baru mula meeting..
Meeting kali ni sebenarnya banyak taklimat berkenaan perbelanjaan tahun 2010 yang sangat berkurangan sampai 40% dari tahun lepas..
jadi semua terpaksa berjimat
api dan air...ini mesti lah yang pertama..
selepas pukul 9 pagi baru boleh on aircond..
4 petang dah digalakkan off aircond...
diikuti panggilan telepon keluar..kami digalakkan ber e-mail je...
meeting pun tak digalakkan ada jamuan yang membazir....
kenderaan jabatan kena kongsi2 kalau kemana2..
kertas2 kena guna depan belakang..
dan banyak lagi
meeting ni ada lah meeting terakhir bersama bos kami yang dikasihi Doktor Nordin.
Lepas ni kami dapat bos perempuan pulak...
memang bagus la ...sebab ada yang membazir selama ni,mungkin ingat kerajaan punya..
biar semua rasa dan bertanggung jawap...
Tengahari sementara suami ke mesjid,saya sempat la memejamkan mata sekejap...
Petang dipejabat pulak ada CME...
Ramai yang hadir,ada dari hospital dan klinik luar Ipoh..
Topik pun tak boring...enjoy dengar sebab pakar yang bagi ceramah tu kelakar..
Kejap je masa berlalu,tau2 dah 4.30 petang..
Balik terus keHillCity untuk bayar deposit majlis untuk bos kami akan yang bertukar kePerlis..
dan hampir senja bersama suami mengemas halaman dan pokok2 bunga yang dah lama tak ada masa dibersihkan..mencurah la peluh...banyak pokok2 yang ditanam dulu kecik je,sekarang dah besar...
esok kena pegi beli pasu kat nurseri,banyak pokok yang kena ubah kepasu lain,dah besar2,tak muat dah pasu lama..
niat hati nak tanam macam2 tapi masa tak mengizinkan...tunggu la anak saya yang rajin tu balik..sape lagi kalau bukan Nain..rindu sungguh mama dan babah kat Nain..
Malam ni Ailia balik dari KL bersama tok..balik nak tengok dan ambik keta baru dia la tu..
tapi bertolak lewat dari KL sebab sesak kerana hujan...mama doakan Ailia selamat sampai..
Oh..ya..hari ni dah Jumaat..
cepat nya masa berlalu..tahun 2010 dah hampir sebulan kita lalui...
nasib baik tak ada azam pe2..kalau tak azam akan tinggal azam je..he..he..
tapi,saya teringat kata2 Dr Nordin masa meeting tadi...capai la apa saja yang ingin kita capai tanpa mengira usia..dan yang pasti kita kena berusaha untuk mencapai nya..
Masing2 tersipu2 la bila ditanya impian masing2 yang belum tercapai..
Impian saya banyak sebenarnya..malu dan tersipu2 jugak nak bagitau..tapi satu impian saya sedang saya usahakan ..ha..ha...nak tulis novel..mustahil ke? tak la..entah2 saya jadi novelis masa umo 60 tahun..mana tau..

Thursday, January 21, 2010

Hari yang mendebarkan

Teruja sungguh hari ni...
Ada tugas mencabar menanti...
Menjalankan tugas diKampar,tak la jauh sangat dari Bandaraya Ipoh..
dalam sejam pejalanan..
tapi ada peristiwa yang berlaku di lampu isyarat Simpang Pulai-Cameron Highland
Fortuner kami hampir menghentam belakang sebuah van yang sarat penumpang gara2 ada kenderaan yang brek mengejut
apa yang dapat dibuat hanya pejamkan mata...
oh...hanya 1/2 inci lagi...
menggeletar rasa nya badan..
Maha besar kuasa Mu ya Allah...
kalau la brek Fortuner kami tak di tekan habis pasti van didepan akan dapat kesan impak yang teruk ..
dan kami jugak..entah2 tinggal nama..
masa tu bukan laju sangat sebab lampu baru hijau dan kenderaan berbaris panjang..
terkejut sungguh...
Berdebar2 ...

Petang balik kepejabat siapkan lapuran..

Balik keja,Shafeeq dan kawan2 ada bersembang depan rumah,dia membawak kawan yang ingin melihat moto yang nak dijual...ada 3 moto kat rumah ,sape nak gunakan.. dari jadi besi buruk ,lebeh baik jual je..garaj pun dah penuh dengan keta saya Naza Ria yang besar macam bas..keta suami ...moto lagi...
jamu air oren dan kue yang dibawa balik oleh suami dari Pahang. tergesa2 je budak2 tu balik,nak main futsal pulak.
Saya terus kedapo,memasak dalam kelaparan,hanya sarapan pagi sebelum ke Kampar..
goreng ayam...masak sayo sikit,pindang ikan tongkol dimasak oleh suami saya.

Hilmie datang menghantar kasut kerja saya yang masih dihantar ke tempat kerja lama..
Sementara menunggu lauk2 masak, gelisah je anak saya tu...berkali2 menjawap telepon dari girlfriend dan menjauhkan diri dari dapo,takut saya dan abah nya dengar perbualan dia la agak nya...ya la orang tengah bercinta...
Saya cakap,tak payah la macam tu..mama ok je ...tak dengar pun apa yang diaorang bualkan.
Banyak benda lain yang mama pikirkan...Pikiran ketempat lain, orang cakap kat sebelah pun tak dengar..
Kadang2 orang cakap dengan kita pun tak perasan...
rasa nya lama sangat tak tengok anak2 diKL...Rindu kat Adam dan anak saya Nain...
Kesian anak saya ni yang terpaksa bertugas bersambung2 pagi kepetang dan agak2 dah kurus la..... tak cukup rihat..
Bimbang jugak...badan leteh, prestasi keja akan menurun dan daya tumpuan pun jadi lemah..
jangan tersilap bagi rawatan kat pesakit sudah la..tengok injection lain,baca injection lain...
Manusia biasa keja pun ada had nya,badan dan otak perlu rihat..
lebeh2 lagi kalau selalu bertugas malam,fitrah nya ALLAH jadikan siang untuk mencari rezeki dan malam untuk berihat..
Mungkin hujung bulan akan keKL...ambik la cuti sehari dua,cuti tahun saya ada 35 hari.

Tuesday, January 19, 2010

Bila keseorangan

Jom tengok bola...tiket free..TM sponsor..jom...


Oh...boring....handphone pulak terjatuh dan rosak kut...tak pe la....bukan ada sape2 nak call atau mesej pun...cuba dulu sehari tanpa handphone...?boleh?..


Boleh tak ada handphone,kalau tengah bercinta tu lain la,ada buahati nak mesej,nak call...


Tapi tiba2 teringat kalau mak saya call dan ada hal apa2 macamana?


Cepat2 cari balik handphone yang dah saya simpan dalam laci...sebenar nya ada satu dua hp lama zaman kuno dulu yang tersimpan,tapi cari2 tak jumpa pun...


Jadi buat la pe2 yang patut...cuba mesej Nain diAmpang..boleh la guna hp lama tu..sebenarnya was2 ni nak mesej Nain sebab lama dia tak mesej dan call saya..marah kat saya kut atau tak tau la, saya ni selalu takut mengganggu anak2 kalau call atau mesej diaorang, entah diaorang suka atau tidak, masing2 ada komitmen sendiri...yang dapat saya buat hanya lah mendoakan kesejahteraan anak2 yang saya sayang....


Boring...sunyi..keseorangan...ni la yang saya belajar masa ambik postbasik psikiatri dulu...BIRDS NEST SYNDROM....yang dah merasa akan tahu....dan saya sedang merasai nya..


Pe2 pun yang kat stadium seronok tengok bola...Perak lawan Perlis...dapat tiket free lagi...Telekom sponsor...
Ada yang nak join sama ..tapi batalkan niat disaat akhir...tau pun Perak nak kalah


Kenduri dulu2

Sebungkus nasi lemak berkongsi 3 beranak..em.m.sedap..sebungkus lagi...!
Balik dari keja,terus keBatu Gajah, kerumah sewa,tengok pe2 yang patut,ambik surat2 penting..kemudian kekedai gunting rambut..

Balik ,dalam perjalanan suami dapat call dari Hilmie yang menghantar beras dipesan abah nya dari Kelantan..dan kami buat temu janji direstoran dekat rumah saya,malas nak masak....dan abah nak belanja anak dia makan..oh..Isnin...banyak kedai makan tutup..pusing2 bandaraya Ipoh,akhir nya makan kat restoren Sabar Menanti sebelah stadium Perak..lapo dan bulo kata orang Perak...ialah makan akhir sekali pukul 12 tengahari,sampai kat restoren tu pukul 8 lebeh..sementara tunggu makanan sampai, kami makan la nasi lemak yang ada atas meja tu..bukak sebungkus,kongsi 3 beranak...em..m..boleh tahan sedap..bukak sebungkus lagi, bila nak kurus nya..ha..ha...
Anak saya Hilmie dah bertambah ebol2 sejak bekerja ni..ialah hati senang,lagi pun dah ada buahati sekarang...tak ada masalah pe2 tentu hati senang..semuga gembira dan bahagia..tak lama lagi naik pelamin la tu..berseri2 muka mama tengok...Cerita pasal kawen ni,sampai hari ni saya dah ada 6 jemputan kenduri kawen pada tarikh yang sama iaitu hari raya cina ni...banyak la ayam yang akan jadi korban...he..he..
Kenduri kawen sekarang banyak yang dibuat didewan dan pakai khidmat catering..Lepas makan dan tengok pengantin kejap dah kena beredar sebab nak bagi laluan kat tetamu lain pulak untuk duduk dan makan...dulu2 selalu nya masak sendiri,bergotong royong jiran2 dan sedara mara...seronok sangat berkumpul sedara mara.Masa ni la dapat jumpa sedara mara...boleh duduk2 bersembang sampai malam...
Masa saya kecil dulu ,masa umo dalam 9..10 tahun,kalau ada sedara yang buat kenduri kawen,rasa seronok sangat..dapat makan sedap2,jumpa sepupu2 dan yang seronok tengok pengantin bersanding.
Dikampong saya dulu2..tahun 60an...pengantin bersanding tengah malam...jenoh la tunggu depan pelamin sampai tetido,lebeh2 lagi kami budak2..mana tahan mengantuk..tak tau la apa motif diaorang bersanding tengahmalam tu....tak praktikal langsung...
Yang seronok,malam kenduri tu,ayah2 sedara dan abang2 sedara bersembang sambil memasak dan buat keja sampai kepagi...sembang , gelak2, buat lawak, tak mengantuk ke?
Apa yang saya tahu,untuk buatkan diaorang tak mengantuk ialah air kopi yang dia orang minum tu dicampur air akar pokok pinang.Kat kampung memang banyak pokok pinang,bila dah dewasa,baru saya tau kenapa diaorang tak tido..kalau tido takut pencuri datang curi barang2..curi pe2 la...betul ke...
Anak2 dara pulak tak la berkeliaran sana sini masa kenduri tu,kebanyakan mereka duduk atas para atau loteng bersama pengantin perempuan...selalu para ni dibuat didapo...kalau nak tengok teruna pujaan hati boleh la intai dari atas para tu...kelakar kan...sekarang dah tak ada,itu cerita kenduri zaman dinosour...kah...kah...
Paling best dikampong,kalau siang ada orang mengaji,malam pulak ada sambut Ghazal parti....kumpulan muzik yang main lagu2 irama Arab...paling popular Ghazal parti dari Kepala Batas..ramai la orang kampong yang datang tengok..istimewa ada pulak penari gelek...punya la gelek betul2 macam penari arab....dan jangan tak tau penari gelek tu lelaki...kah..kah..kat kampong saya masa tu dipanggil pondan...
Dah tua2 ni rindu dan teringin sangat nak makan daging masak putih kenduri kawen..kat kampong saya ini lah lauk utama kalau kenduri kawen...masakan nya macam daging korma lebeh kurang...

Monday, January 18, 2010

AHA...



Akhirnya tercapai la hajat anak bungsu saya nak memiliki Satria neo....

Eh...apa la yang dikeja kan dek abang2 dan abah Ailia ni....macam mekanik pulak..


Tahniah la pada Ailia...hajat dah dapat..he..he... AHA tu..Ailia anak Hasnah Ahmad...



Pagi ahad abah dan abang2 Ailia ramai2 pegi ambik keta yang dibeli...orang pertama memandu keta tu ialah abang Shafeeq...penghormatan..he..he...

Sampai diumah,masing2 dah nampak macam mekanik,bukak tu,tutup ni,usik tu,usik ni....masing2 dah ada keta,tapi teruja jugak tengok keta baru adik bungsu diaorang...


Saya sibuk memasak,selalu hari sabtu ahad kalau tak kemana ,saya akan berada didapo


Memasak la pe2 yang patut makan ramai2 dengan sape2 yang datang kerumah,selalu anak2 angkat yang berada diIpoh, akan datang...

Petang kerumah mak saya,hajat hati nak jalan2 cari makan keutara,tapi ubah fikiran disaat akhir...sempat keGiant Sunway City beli barang2 dapo...

Balik kerumah dah leteh,esok dah nak keja...oh..tak ada mood nak keja..Isnin hari yang membosankan bagi saya.. ..macam2 keja yang menunggu...

Sebenarnya bukan keja yang membebankan dan membuatkan kita stress..tapi persekitaran juga boleh menjadikan kita merasa stress..

Pejabat saya ..terbahagi kepada beberapa unit..tapi semua nya dibawah satu jabatan..

Kalau kita kebilik air ke,ke kafetaria ke, pergi punchcard ke kita akan berselisih dengan staf dari unit lain tapi apa yang saya cerita kan ni ialah perasan sombong atau tak tau la kalau nak dikata apa..bayangkan berselisih bahu ada yang tak tau nak senyum, jauh sekali bertegur sapa..siap palingkan muka lagi..oh...sombong nya ..bukan jawatan tinggi pun...

Kadang2 kita heran ya dengan mereka2 yang fikir dah cantik dan bangga diri...
Apa la salah nya memberi senyuman sesama kita,bukan kena bayar pun..lebeh2 lagi bekerja dibawah satu bumbung...sama bangsa ,seagama pulak..kalau bangsa lain pandai hormati satu dengan lain..tapi..kadang2 sedeh dan tertanya2...
Sebenar nya kalau beri senyuman secara ikhlas itu dah kira sedekah...dan kalau kita memberi senyuman dibalas jugak dengan senyuman,hati terasa lapang ...indah hidup ini..tak percaya cuba lah..
Kat unit pergigian dijabatan saya pun ada slogan mereka sendiri berbunyi..lebehkan manis dalam senyuman,kurangkan gula dalam minuman...



Friday, January 15, 2010

Bina blog resipi

Lepas punch card,sempat lagi tengok gerhana matahari...
Mungkin sebab faktor usia...saya sekarang jadi agak pelupa dan kalau bagitau sesuatu akan bagitau lagi pada orang yang sama..


Kadang2 memang perasan dah cerita ..tapi mulut terus je cerita pada hal dah pasti pernah cerita pada orang yang sama..


macamana tu ya...


Pagi ini waktu Aiza menalipon saya, saya dengan teruja nya memberitau dia yang Ailia dah tau dari mana dia dapat gatal2 seluruh badan sejak 2..3..minggu ni..ada kesan gigitan serangga jugak.rupa2 nya dapat gatal2 tu dari pejabat dia,kawan2 pejabat pun dapat termasuk bos..dah pegi klinik 2..3..kali,dah banyak ubat gatal yang dibawa balik oleh abang2 dia yang keja kat hospital dan klinik..


mama ni macam ikan dori lah..cepat sangat lupa,kan mama dah bagitau kakak? tanya Aiza...


Ya ke mama dah citer..he..he...


mama ni macam ikan dori la,ikan dori tu pernah ajak kawan dia ikut dia jalan2.. sebab lupa tiba2 dia tanya ..eh..kenapa engkau ikut aku?pada hal dia yang ajak..pelupa betul..


itu citer lawak antarabangsa yang diciterkan oleh Aiza...Tu la ramai sangat anak..dah lupa sape dah citer,sape belum..rasa nya saya belum citer kat Nain je..anak saya kat Ampang tu dah lama tak jumpa dan tak mesej..keja malam...leteh la tu...


Hari ni banyak jugak keja...mood bagus kalau hari Jumaat..demam pun dah elok sikit,telan panadol dan urut seluruh badan ngan minyak panas..salah sendiri,lain kali jangan redah hujan lagi..jangan bermain api..asyik berbabekue je...


Tengahari walau pun waktu rihat panjang tapi saya hanya rihat dalam pejabat,sebelum tu pegi makan kat kafetaria polis depan pejabat,jumpa Dr. Norisah yang pernah bertugas dengan saya di Hospital Batu Gajah dulu...dan makan bersama dia...belanja dia jugak


Petang sebelum balik,sempat la tengok gerhana matahari ...betul2 nampak macam bulan sabit..mesej anak2 dan suami suruh diaorang tengok..rupa2 nya kat Kajang dan Pahang hujan..apa nak ditengokkan..suami saya kePahang,bertugas dua hari.


Malam ni boring dan sunyi sorang2 kat rumah,jadi saya bina satu lagi blog baru khas untuk berkongsi resipi ..ramai kawan2 nak saya khas kan blog resipi saje....nak singgah boleh la...www.hasnahy .blogspot .com dan tajuk nya jommasak ngan mama....

Blog ni saya bina khas,InsyaALLAH saya akan kongsi pe2 resipi kat situ...senang sikit,tak perlu campur ngan catatan saya ni... untuk kawan2 yang selalu mintak resipi boleh la bukak blog tu

Thursday, January 14, 2010

Best nya makan free

Ni bukan sain pe2..tapi order makan...yang belanja kena order dulu...

Muhasabah diri...


Semua nya tentulah ada hikmah tersembunyi....


Seawal 8 pagi dah ada klien dipejabat...


Tengahari hanya berihat dalam pejabat


tak larat untuk kemana2


tak ada mood untuk keluar..ditambah cuaca panas ...


Petang balik terasa lapar...baru teringat tak makan apa2 lagi kecuali biskut dipejabat..


kedapo,tengok apa2 untuk dimasak,tapi suami mengajak makan diluar


Suami cal Shafeeq menagih janji untuk belanja mama dan babah makan di Old Town


Shafeeq datang mengambil saya dan suami pukul 8 lebeh..baru balik lawan futsal, leteh sangat ..tapi,menang 6-2 tak lah monyok muka tu...
datang bersama housemate Am...
Makan free ni best...order je...yang belanja pulak anak manja saya yang berjaya menjual balik handphone ciplak yang dia terkena tipu hari tu..best order je..tapi banyak mana nak makan....


Makan nasi ayam dan roti bawang putih..abah pesan mee kari dan Shafeeq makan nasi lemak...Am order pe ya...mee pe ntah..sembang2..balik terus ke THE STORE..shopping kejap..dah nak tutup pun.....

Balik kerumah,sempat la berintenet kejap,mata macam tak boleh dibuka lagi.....kekenyangan la...


Wednesday, January 13, 2010

Hari yang tak bermaya..

Semalaman tak dapat tido..

jadi pegi keja dengan mata berpinar2..kepala pening dan berat..

badan pun leteh...

banyak keja tapi buat la mana yang termampu...

tengahari tak berdaya walau pun untuk pegi makan..

Demam.... itu lah kesudahan nya...

perut kosong tambahkan badan menjadi lesu...

oh...begini kah jadinya...hari yang sungguh tak bermaya

langsung tak ada mood untuk buat apa pun...

Kalau ditanya apa sebenarnya...

jawapan nya...semua nya salah sendiri...

Petang...selepas mandi demam menjadi2...

hanya yang dapat dilakukan ialah terbaring atas katil..

menangis ?...tak menangis ...bukan budak2 lagi tapi sebak didada buatkan airmata mengalir

mengalir dan terus mengalir...

sempat cari lagu nyanyian Black Dog Bone dalam 4 Shared...

dengar lah lagu Dulu dan Sekarang........dengar berulang kali...lepas tu tetido sampai pagi..

Tuesday, January 12, 2010

Asal kapas jadi benang...

Kerja...
Tak sarapan pagi dan jam 11 macam tu lapar sangat...
Petang balik terus kedapo,memasak serba sikit...
Hilmie datang ,makan bersama, goreng ikan ngan budu...sardin ngan pucuk ubi...pelik resipi ni...resipi suami masa dalam tentera dulu...
Malam suami dan anak2 jiran kestadium tengok bola...he..he..lawan bola Perak ngan Terengganu...dapat tiket free
Hilmie pun ikut...
Duk rumah sorang2 mengadap komputer...
mendengar lagu2 jugak....
Lembut mendayu suara Uji Rashid menyanyikan lagu yang menusuk kalbu

Asal kapas jadi benang

dari benang menjadi kain

barang lepas jangan dikenang

sudah jadi hak orng lain..mengapa dirindu

patah kan tumbuh

hilang berganti

akan sembuh

kalau diubati



Benar lah barang yang lepas kenapa perlu dikenang lagi....
yang kita sayang dan cintai kalau dah jadi milik orang lain?
hati yang luka...hati yang merana ...dapatkah diubati?
Hanya yang pernah merasai yang tahu.betapa sakit nya hati kecewa.......
Ape pun kerana sayang, yang dapat kita buat hanya lah mendoakan kebahagiaan orang yang kita cintai.....
Hidup perlu diteruskan....
simpan saje lah kenangan,kerana manusia biasa tak dapat menghapuskan kenangan...
air mata jugak dapatkah membasuh luka...

Monday, January 11, 2010

Dulu lain ,sekarang lain..

Jumpa bekas students saya...hilang rindu...
Ni klinik 1 malaysia yang dirasmikan pagi ni...semuga ramai yang dapat menikmati kemudahan ini ..dibuka dari 10 pagi sampai 10 malam, 365 hari setahun....

Sampai je kat tempat keja..saya dapat locker baru dan cantik..


untuk isi barang peribadi dan fail pejabat jugak..


Tengah berkemas cc call suruh pegi ke Bercham,majlis perasmian klinik 1 Malaysia..dari JKN ramai yang pegi,kami pegi dengan bas jabatan..


Suami saya pun pegi...

Jumpa ramai kawan2 .....juga pesakit2 yang mengenali saya masa bertugas di Klinik Simee dulu...ada yang menegur..


Eh..bekas students saya pun ada ...nampak ramai students dari Kolej Pembantu perubatan Ulu Kinta,ada yang bertugas dan ada yang datang memeriahkan majlis...jumpa cikgu Khairudin jugak...budak2 students tu senyum2 kat saya...tapi ramai yang menegur...


ada yang bersalam mencium tangan ...hilang rindu kat budak2 tu...


Petang ada meeting...bincang jugak majlis perpisahan dengan Ketua Jabatan kami yang akan bertukar kePerlis..


sedeh la...Ketua Jabatan kami baik orang nya,bersifat penyayang saperti ayah sendiri pulak..orang nya lembut dalam berkata2 dan suka bergurau...dalam bergurau banyak nasihat berguna diberikan..


Petang balik kerja singgah di pasar malam Ipoh Jaya..beli sayo dan balik terus masak2 dengan suami dan makan malam diluar studio saya...nyaman angin petang Sungai Pinji...
rindu kat anak2 dan menantu...juga Adam...
anak saya Nain pun lama tak balik...tak cuti,kalau cuti sehari pun tak dapat balik...tak berbaloi..kejap je dapat kat rumah...
Anak2 saya yang kat Ipoh pun walau dekat ,kalau sibuk cuma datang sesekali je....kadang2 tak dengar berita,senyap je...tak hantar mesej,tak call...tak pe la,masing2 ada hal sendiri...terima je la realiti....pandai2 la pujuk dan bawak diri..dulu lain,sekarang lain...


Malam rileks2 je....tapi ops...s....terlupa esok ada tempahan puding keladi..hu..hu...kena masak pulak....nasib baik suami saya tolong parut kelapa...cepat la keja saya...kejap je dah siap masak

Sunday, January 10, 2010

Barbekue lagi......

Hujung minggu....
Sabtu pagi gotong royong kat pejabat..house keeping...kemas pe yang patut..semua staf datang.Saya goreng la mihun dan masak seri muka...lepas kemas2 makan...
Tengahari kepejabat Proton kat jalan Mengglembu..tengok tengok keta idaman Ailia...fikir la 100 x...kalau dah ok baru sain...Jumaat ni baru ambik...
Petang kalau hujan perut pun lapa...goreng cendawan bertepung ngan Ailia buat minum petang...
Malam hujan renyai2, jemput anak2 saya yang ada diIpoh untuk makan malam dan Ailia cadangkan buat barbekue lagi...tak pe,budak2 tu rajin2 jadi saya cuma beli pe yang patut...diaorang la yang bakar itu ini...suami saya goreng nasi...makan2 ...sembang2...sampai 12 tengahmalam...
Pagi Ahad rileks2 je...makan pe yang ada ,tengahari kekenduri kawen di Bota..ramai sungguh jemputan..makan pun sedap sebab ada sambal tumis sotong....laju je makan...Memang ada kelainan..kalau musim kenduri memang tengok ayam tak selera je...ni sambal tumis sotong,memang best....Ape2 pun Selamat Pengantin Baru untuk Reza dan Fiza ....
Tengok beg sandang ayah pengantin ...hati2...takut ada peragut pulak kat majlis kenduri pun.. Ramai sungguh jemputan...hidangan pun sedap2....ada sambal tumis sotong lagi...



Sama cantik sama padan...Selamat Pengantin Baru....




Tengok pipi...macam nak cubit2...ni anak ebol2 saya....


Ailia dan abang nya Shafeeq...rajin macam ni boleh buat barbekue selalu







Udang ...ketam... sotong...ayam...sedap nya




Cendawan goreng bertepung...rangup nya ,..yummy...



Dari sisi....pada yang berkenan memang lawa la.....beli satu kut...he..he...

Dari depan..segak je...










Friday, January 8, 2010

Yang ingin saya lakukan...

Ni pulak cd karaoke..lagu2 lama la...
Ha..ha...cd Jepun dan Korea ,ada yang belum di tengok lagi...dah lama beli ni...

Koleksi novel2 kesayangan saya....ada yang dah dibaca 3...4..kali


Kad2 jempuatan kawen yang saya simpan...

Hari Jumaat.....
hari paling best dan seronok
sebab esok sabtu dan ahad cuti 2 hari..he..he..
banyak benda yang nak dibuat...
banyak tempat yang nak pegi
antara benda yang saya teringin sekali nak buat kalau cuti ialah...rileks2 depan tv dan pasang cd filem2 Jepun dan Korea yang masih banyak saya belum berkesempatan menonton..
beli je..simpan dalam almari..
saya juga teringin nak buka cd karaoke dan berkaraoke lagu2 kegemaran...

oh...satu lagi yang nak sangat saya buat tapi masa tak mengizinkan iaitu membaca novel2 yang masih ada belum dibaca...tersusun cantik dalam almari..novel2 ni paling saya sayang...

Sebenarnya hobi utama saya ialah membaca..tak kira la novel ke,majalah atau apa saja bahan bacaan..

Saya mula membaca novel seawal umo saya 8 tahun,,masa tu antara novel dan buku cerita awal yang saya baca ialah SI PITAK....buku cerita ni kepunyaan ayah sedara saya,,,punya la minat nak baca... ..kena curi2 baca sebab ayah sedara saya tu kedekut tahap gaban...masa dia pegi kedai ke, saya selongkar la beg sekolah dia dan baca cepat2...sampai sekarang dia tak tahu...kalau dia tau mahu dikejar nya saya keliling kampong,,,,,sekarang dia kat Taiping, dah bersara pun...kalau dia tau sekarang tak kan dia nak kejar saya kut...

Novel lain yang saya baca ialah IA KAH SALMAH....DESA PINGITAN..SUNGAI MENGALIR LESU..SALINA, dan lain2...waktu tu saya sekeluarga tinggal dikampong di Parit Buntar...kakak sulung saya yang masa tu dalam tingkatan 1 yang meminjam novel2 tu dari perpustakaan sekolah..ingat lagi masa tu perpustakaan dipanggil kutub khanah..kelakar kan?....
Best nya dapat baca novel Tuhan je yang tahu...

Dah besar sikit dalam umo 10 ...11..tahun lagi la banyak novel yang saya baca..ingat lagi buku TULANG2 BERSERAKAN dan BADAI SEMALAM saya baca berulang kali...bukan beli pun sebab mana ada duit nak beli novel masa tu...novel ni jadi buku bacaan wajib kakak saya yang bersekolah menengah masa tu...mungkin sebab suka membaca saya jadi pandai dalam Bahasa Malaysia...(bukan puji diri sendiri) dalam SPM saya dapat A1 kepujian cemerlang dalam mata pelajaran BM..

Sekarang saya paling suka baca novel Indonesia yang ditulis oleh Penulis terkenal Indonesia NH. DINI...Best sangat...kalau novel Malaysia saya hanya beli dan baca novel2 terbitan Kreatif Enterprise....hasil karya penulis Kreatif Enterprise bermutu dan bukan picisan...antara penulis yang best ialah Shamsiah Mat Nor dan Abdul Talib Hasan.
Novel2 tulisan NH. DINI saya simpan elok2 dan sebenarnya masih ada novel dia yang belum dapat saya beli dan baca.
Masa kat Jakarta dulu saya pergi la ke gedung buku terbesar disana iaitu GUNUNG AGUNG nak cari novel NH. DINI ni..tapi dah masuk situ tengok buku resipi best2 saya borong la sampai habis duit berjuta ..rupiah la..he..he..sampai terlupa nak beli novel ...best nya dapat pegi gedung buku tu..saya pegi jugak keGedung buku GRAMEDIA..borong buku resipi lagi........terlupa nak borong novel...


Antara novel NH. DINI yang best ialah..PADANG ILALANG.....LANGIT DAN BUMI SAHABAT KAMI, SEKAYU, KEBERANGKATAN, JALAN BANDUNGAN, PENGERAN DARI SEBERANG, NAMA KU HIROKO dan banyak lagi...
Lain2 yang ingin saya laku kan ialah memasak macam2 kue dan kek dari koleksi resipi saya...bahan dah beli,masa saje tak mengizinkan...bila la agak nya dapat buat perkara2 ni ya..selalu cuti ada saje benda lain yang nak dibuat...

Thursday, January 7, 2010

Pesanan buat pengantin

Oh..ingatkan dah bukak sekolah ni tak ada lagi orang buat kenduri kawen tapi tiap2 ujung minggu ada jemputan...
Bermula sabtu 2 Januari...kenduri diBandar Lahat Baru...anak kawan sekerja..
Lepas tu ahad 10 Januari di Gelung Puyu,Bota... anak staf kat tempat keja..
16 hb pulak kat dewan Bankuet Carsem,kat lapangan terbang..anak kawan jugak dan last sekali kat Dewan Bandaran Ipoh anak kawan lama masa keja kat Batu Gajah....
Semua kad jemputan kawen saya simpan buat kenangan...macam2 bentuk dan warna ..ada hampir 100 keping saya simpan...
ada satu kad tu siap bertulis kata2 yang indah pesanan untuk pengantin...ada jugak kad yang lain dari yang lain...tak bertulis pe2 cuma gambar je....ada gambar pengantin untuk bagitau sape yang kawin......gambar cincin, gambar kompang, gambar ayam panggang pulak untuk masa jamuan...gambar kalender untuk tarikh kawen gambar rumah...semua nya bergambar...unik sekali....tulisan nya sikit je....

Dibawah ni saya catitkan kata2 pada salah satu kad jemputan kawen yang saya simpan....

Tak perlu mencari teman secantik Balqis

andai diri tak sehebat Sulaiman..

mengapa mengharapkan teman setampan Yusof

jika kasih tak setulus Zulaikha..

tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim

kalau diri tak sekuat Siti Hajar

dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah

kalau diri tak sesempurna Rasullulah...

Bimbinglah diri nya

dan terima lah kekurangan itu sebagai keunikan...

carilah kebaikan pada diri nya..
Bersyukur lah kerana dipertemukan dengan nya
dan
berdoa lah dia akan terus menjadi milik mu....

Benarkah......

Senja di PD......kenangan Hari Keluarga Dr.Jalal...
Benarkah.....
Kasih sayang dapat mengubah debu beralih emas...


keruh menjadi bening....


sakit menjadi sembuh...


derita menjadi nikmat dan


kemarahan menjadi rahmat...

Nasib mu bunga...

Chalet2 cantik dipuncak Gunung Jerai....disini boleh lah mencari damai dihati..... Saje tempek gambar2 bunga yang cantik dipuncak Jerai..bunga2 ni tumbuh liar dirumput yang hijau...bunga hutan tak dipedulikan tapi cantik memikat hati......dipijak dan tak diperhatikan...
Warna jingga dan kuning......dan dibawah ni warna ungu kebiruan...


Bunga cantik,buah nya lagi menarik..cute je....

Bunga ni bewarna biru.....eh..jarang jumpa bunga bewarna biru kan..ungu selalu la nampak










Keluar dari kereta...hampir terpijak bunga cantik ni...


















Wednesday, January 6, 2010

Pot pet...pot pet....


Atas meja,atas kerusi,bawah meja...banyak nya fail..

Isnin..Selasa ...Rabu...


3 hari yang leteh..


Banyak keja dan banyak yang dipelajari..


bertimbun fail,atas kerusi dan bawah meja pun penuh fail..




Hujan setiap petang diBandaraya Ipoh..


petang masa nak punch card langit gelap dan mendung..




Adam balik KL bersama papa dan mama pagi Isnin...


Sunyi dan sepi...




Hati pun merindu..yang dirindu tak ambik peduli...


sebak terasa dada...hati menangis sape yang tahu?


Ke bank keluarkan duit,road tax dan insuran kereta kena bayar 10 Januari ni..Hilmie yang datang antar keropok leko pun ikut sama..tapi tergesa2 balik sebab kawan datang kerumah...


begitu lah..lain dulu lain sekarang ...




Malam Shafeeq dan Am datang..makan nasi goreng yang pedas giler, digoreng oleh suami saya.....tau la cili api free...berlambak kat belakang rumah..


naik panas perut...saje nak panaskan lagi,saya jamu budak2 tu apple hijau colek kuah rojak..boleh tahan la pedas kuah rojak tu..laju je dia orang makan.....biar panas lagi perut


Shafeeq berkenan kasut Adidas perempuan dalam almari kasut saya...layannn... je..kasut Aiza yang dibeli diLondon zaman student dulu..he..he...


bayar kat mama rm 50 untuk kasut tu, Am kata bagi la sekeping lagi..tapi kedekut nya anak manja saya ni..senyum2 kambing je...tak pe..


Petang esok mengadu kena tipu rm 250 ..terbeli handphone ciplak...mana ada orang jual handphone harga rm 1,000 lebeh ngan harga rm 250...


saya pun mula berleter...menyampah betul mama ni, macam la dia yang kena tipu...pot pet pot pet...tak beringat la,mudah terpengaruh la,hari2 baca surat kabar, banyak berita orang kena tipu,tapi tak ambik iktibar....bla..bla...sampai Shafeeq tak jawap mesej saya...tu marah kat mama la tu...last2 saya mesej dia..bagi mama pun tak pe duit tu..dapat pahala..mama kan anak yatim...he..he..he...


Shafeeq..lain kali hati2 ya, jangan mudah percaya dengan sesiapa pun..