RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Friday, January 22, 2010

Impian Keemasan

Sampai je kat pejabat telepon berdering
eh...awal nya kan baru 7.27 pagi..
suara pembantu khas bos kedengaran dihujung talian..
meeting pukul 10, diawalkan ..8.15 pagi..
ramai yang dah ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sebab ada CME disana...
hantar mesej kat kawan2 yang dah kesana..
Masuk bilik meeting dah ada sepinggan nasi lemak seorang, air teh o limau jugak..
Makan2 ..sembang2..dan baru mula meeting..
Meeting kali ni sebenarnya banyak taklimat berkenaan perbelanjaan tahun 2010 yang sangat berkurangan sampai 40% dari tahun lepas..
jadi semua terpaksa berjimat
api dan air...ini mesti lah yang pertama..
selepas pukul 9 pagi baru boleh on aircond..
4 petang dah digalakkan off aircond...
diikuti panggilan telepon keluar..kami digalakkan ber e-mail je...
meeting pun tak digalakkan ada jamuan yang membazir....
kenderaan jabatan kena kongsi2 kalau kemana2..
kertas2 kena guna depan belakang..
dan banyak lagi
meeting ni ada lah meeting terakhir bersama bos kami yang dikasihi Doktor Nordin.
Lepas ni kami dapat bos perempuan pulak...
memang bagus la ...sebab ada yang membazir selama ni,mungkin ingat kerajaan punya..
biar semua rasa dan bertanggung jawap...
Tengahari sementara suami ke mesjid,saya sempat la memejamkan mata sekejap...
Petang dipejabat pulak ada CME...
Ramai yang hadir,ada dari hospital dan klinik luar Ipoh..
Topik pun tak boring...enjoy dengar sebab pakar yang bagi ceramah tu kelakar..
Kejap je masa berlalu,tau2 dah 4.30 petang..
Balik terus keHillCity untuk bayar deposit majlis untuk bos kami akan yang bertukar kePerlis..
dan hampir senja bersama suami mengemas halaman dan pokok2 bunga yang dah lama tak ada masa dibersihkan..mencurah la peluh...banyak pokok2 yang ditanam dulu kecik je,sekarang dah besar...
esok kena pegi beli pasu kat nurseri,banyak pokok yang kena ubah kepasu lain,dah besar2,tak muat dah pasu lama..
niat hati nak tanam macam2 tapi masa tak mengizinkan...tunggu la anak saya yang rajin tu balik..sape lagi kalau bukan Nain..rindu sungguh mama dan babah kat Nain..
Malam ni Ailia balik dari KL bersama tok..balik nak tengok dan ambik keta baru dia la tu..
tapi bertolak lewat dari KL sebab sesak kerana hujan...mama doakan Ailia selamat sampai..
Oh..ya..hari ni dah Jumaat..
cepat nya masa berlalu..tahun 2010 dah hampir sebulan kita lalui...
nasib baik tak ada azam pe2..kalau tak azam akan tinggal azam je..he..he..
tapi,saya teringat kata2 Dr Nordin masa meeting tadi...capai la apa saja yang ingin kita capai tanpa mengira usia..dan yang pasti kita kena berusaha untuk mencapai nya..
Masing2 tersipu2 la bila ditanya impian masing2 yang belum tercapai..
Impian saya banyak sebenarnya..malu dan tersipu2 jugak nak bagitau..tapi satu impian saya sedang saya usahakan ..ha..ha...nak tulis novel..mustahil ke? tak la..entah2 saya jadi novelis masa umo 60 tahun..mana tau..

No comments:

Post a Comment