Berpeluh2 la sepupu2 Adam mengikut dia kehulu kehilir...
Adam nak ikut maklong balik keKL....tapi nak Wan ikut sekali... pandai nya dia....
Sabtu,Ahad...meriah nya rumah saya kerana dua hari ni ramai tetamu yang datang..
Paklong Adam sekeluarga datang kerana nak tengok Adam..
Baru balik mengerjakan haji,rindu pada Adam...dua kali la singgah dirumah ..Adam apa lagi berlari kesana sini..seronok sungguh berjumpa sepupu2 dia yang semua perempuan..
Kemudian adik saya sekeluarga datang..riuh rendah..ada yang memancing dikolam ikan keli kami,ada yang kemall bershopping.. dan malam sempat berbabekue kat belakang rumah ditemani angin malam Sungai Pinji...
Bakar ayam..udang,ketam dan hotdog...makan2 sampai lewat malam..
Pagi ahad sebab kepanasan duk kat api semalam membakar ayam dan leteh memasak itu ini badan pun panas dan demam...
Suami saya dan staf JKN Perak ramai yang ke rumah seorang staf yang meninggal kerana kemalangan jalanraya...dengar cerita Aruah dalam perjalanan balik membeli cincin untuk majlis pertunangan ...tak sempat bertunang ..salam takziah untuk keluarga aruah..
No comments:
Post a Comment