Pagi Isnin keluar dari pejabat berjumpa Doktor untuk pemeriksaan rutin,
Berjumpa ramai kawan2 lama..rindu ...sempat berbual sekejap sebelum balik kepejabat
Sampai dipejabat kena hadir taklimat kaji selidik KKM...
Oh mengantuk sangat...tapi dengar la jugak taklimat tu sampai 1.30 ptg..
lepas taklimat,makan nasi lemak pulak ..eh..tengahari makan nasi lemak?...hentam je la...
Petang sampai rumah ,Shafeeq datang untuk mengambil moto dengan kawan tapi tak jadi pulak dan terus pergi bermain bola dengan janji akan datang lepas balik bermain bola nanti.
Kerumah mak dan menjemput dia untuk tido dirumah kami sebab esok pagi2 akan mengikut Ailia balik keKL..
Singgah digerai 'Bak Secewen' dan makan cucur udang kat situ sambil minum2 dan memerhati kenderaan disimpang ke Cameron Highland..
Leka memerhati kenderaan yang berhenti di lampu isyarat kat situ..bukan selalu dapat duduk2..santai macam ni..
Balik rumah hari dah gelap, masak la sikit2 untuk mak dan Ailia..
Nain call dari KL, rindu kat dia yang dah lama tak jumpa..
Malam jam 9 lebeh sikit dapat berita dari sepupu ibu sedara saya meninggal dunia di Sungai Aceh dekat Parit Buntar,cadang nak balik malam ni jugak,tapi mak dan Ailia akan balik keKL pagi2 esok..
Selepas Ailia bertolak keKL..dengan keta baru la...he..he..
saya menalipon sepupu dan berjanji akan balik kampung menziarahi ibu sedara yang meninggal semalam .Suami saya tak dapat balik sebab kena bertugas..sebenarnya saya ambik cuti kecemasan sehari.Nak balik sendirian..tak yakin sangat ...jadi tumpang la sepupu saya yang akan balik jugak.
Balik kekampung pukul 8 lebeh, sampai pukul 10 pagi dan jenazah sedang dimandikan..sempat lah menatap wajah ibu sedara buat kali terakhir..
Jumpa ramai la sedara mara..ayah sedara.mak sedara.sepupu2 dan ramai lagi..Berjumpa juga dua pupu yang lama sangat tak jumpa.beliau baru saja bersara ..dan sekarang tinggal dikampung.
Olih kerana sepupu yang saya tumpang terpaksa balik awal sebab anak2 dia ada yang masih bersekolah saya ambik keputusan untuk balik dengan bas ekspres..petang2 sikit..
Jadi menolong la apa yang patut kat rumah aruah mak sedara saya..tolong masak sikit2 untuk yang balik menghantar jenazah kekubur.
Bila selesai semua nya..kerumah kakak sepupu diSungai Udang..sembang2 dan petang dia menghantar saya ke stesyen bas Parit Buntar..tiket bas 6.45 petang..eh..sementara tunggu bas apa lagi aktiviti kami?ronda2 kat kedai2 baju dan rupa nya kat Parit Buntar banyak sekali butik..sempat la beli baju dan tudung sehelai dua..ada satu butik tu jual tudung je..nama butik tu BAWAL..Orang Parit Buntar mesti tau..rupa2 nya yang berniaga kat sini ramai orang Kemboja..
Masa bas meninggalkan Parit Buntar..hujan turun dengan lebat..terima kasih daun keladi ya Kak Yah dan makcik Jah yang sudi menemani saya meronda2 diParit Buntar sementara menunggu bas sampai...Nanti kita ronda2 lagi ya...
Sampai di Ipoh jam 9 malam...he..he..sebab kena tunggu saya kat stesyen bas ,suami saya tak dapat pegi stadium tengok bola..Perak lawan Kelantan..elok la tak pegi..takut ada rusuhan pulak..naya..
No comments:
Post a Comment