Balik dari keja,terus keBatu Gajah, kerumah sewa,tengok pe2 yang patut,ambik surat2 penting..kemudian kekedai gunting rambut..
Balik ,dalam perjalanan suami dapat call dari Hilmie yang menghantar beras dipesan abah nya dari Kelantan..dan kami buat temu janji direstoran dekat rumah saya,malas nak masak....dan abah nak belanja anak dia makan..oh..Isnin...banyak kedai makan tutup..pusing2 bandaraya Ipoh,akhir nya makan kat restoren Sabar Menanti sebelah stadium Perak..lapo dan bulo kata orang Perak...ialah makan akhir sekali pukul 12 tengahari,sampai kat restoren tu pukul 8 lebeh..sementara tunggu makanan sampai, kami makan la nasi lemak yang ada atas meja tu..bukak sebungkus,kongsi 3 beranak...em..m..boleh tahan sedap..bukak sebungkus lagi, bila nak kurus nya..ha..ha...
Anak saya Hilmie dah bertambah ebol2 sejak bekerja ni..ialah hati senang,lagi pun dah ada buahati sekarang...tak ada masalah pe2 tentu hati senang..semuga gembira dan bahagia..tak lama lagi naik pelamin la tu..berseri2 muka mama tengok...Cerita pasal kawen ni,sampai hari ni saya dah ada 6 jemputan kenduri kawen pada tarikh yang sama iaitu hari raya cina ni...banyak la ayam yang akan jadi korban...he..he..
Kenduri kawen sekarang banyak yang dibuat didewan dan pakai khidmat catering..Lepas makan dan tengok pengantin kejap dah kena beredar sebab nak bagi laluan kat tetamu lain pulak untuk duduk dan makan...dulu2 selalu nya masak sendiri,bergotong royong jiran2 dan sedara mara...seronok sangat berkumpul sedara mara.Masa ni la dapat jumpa sedara mara...boleh duduk2 bersembang sampai malam...
Masa saya kecil dulu ,masa umo dalam 9..10 tahun,kalau ada sedara yang buat kenduri kawen,rasa seronok sangat..dapat makan sedap2,jumpa sepupu2 dan yang seronok tengok pengantin bersanding.
Dikampong saya dulu2..tahun 60an...pengantin bersanding tengah malam...jenoh la tunggu depan pelamin sampai tetido,lebeh2 lagi kami budak2..mana tahan mengantuk..tak tau la apa motif diaorang bersanding tengahmalam tu....tak praktikal langsung...
Yang seronok,malam kenduri tu,ayah2 sedara dan abang2 sedara bersembang sambil memasak dan buat keja sampai kepagi...sembang , gelak2, buat lawak, tak mengantuk ke?
Apa yang saya tahu,untuk buatkan diaorang tak mengantuk ialah air kopi yang dia orang minum tu dicampur air akar pokok pinang.Kat kampung memang banyak pokok pinang,bila dah dewasa,baru saya tau kenapa diaorang tak tido..kalau tido takut pencuri datang curi barang2..curi pe2 la...betul ke...
Anak2 dara pulak tak la berkeliaran sana sini masa kenduri tu,kebanyakan mereka duduk atas para atau loteng bersama pengantin perempuan...selalu para ni dibuat didapo...kalau nak tengok teruna pujaan hati boleh la intai dari atas para tu...kelakar kan...sekarang dah tak ada,itu cerita kenduri zaman dinosour...kah...kah...
Paling best dikampong,kalau siang ada orang mengaji,malam pulak ada sambut Ghazal parti....kumpulan muzik yang main lagu2 irama Arab...paling popular Ghazal parti dari Kepala Batas..ramai la orang kampong yang datang tengok..istimewa ada pulak penari gelek...punya la gelek betul2 macam penari arab....dan jangan tak tau penari gelek tu lelaki...kah..kah..kat kampong saya masa tu dipanggil pondan...
Dah tua2 ni rindu dan teringin sangat nak makan daging masak putih kenduri kawen..kat kampong saya ini lah lauk utama kalau kenduri kawen...masakan nya macam daging korma lebeh kurang...
No comments:
Post a Comment