RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, January 23, 2010

Sekali terkena

Pokok kesayangan suami..diberi oleh mak angkat kami dari Aloq Setaq
Masa tanam pokok2 ni dulu kecik je..sekarang dah besar...

Ni la antara tanaman kat rumah saya yang dah berserabut..kesian kat pokok2 ni...


Bangun pagi terus sambung aktiviti mengemas pokok2 bunga yang dah berserabut...cangkul2 kat belakang rumah dan tanam ubi kayu..batang ubi kayu yang dicabut raya lepas masih tak bertanam..

Suami saya apa lagi kalau tak buat aktiviti paling dia suka..mesin rumput..
mula2 mesin rumput jiran..lepas tu baru halaman sendiri,saya kata mesin la rumput sendiri dulu baru rumput jiran...mana nak dapat pahala berkira macam tu kata suami saya...dah kena..lain kali diam je..he..he..

Oh..Ailia nak makan daging masak kicap pulak...dah sarapan,terus kepasar Gunung Rapat...
beli la daging..lampung dan sayo2 dua tiga jenis..

Balik terus je masak dan sementara tu tonton istiadat permakaman Sultan Johor...

Sejuk hati tengok anakanda dan cucuanda Al-Marhum mengangkat jenazah beramai2.. Cucuanda Baginda ramai lelaki...anakanda Raja Zarith Sofea(Sultanah Johor yang baru) saja ada 5 orang putera...Istana Bonda Raja Zarith Sofea iaitu Istana Riswin dekat je dengan rumah kami,tak sampai 1km..

Istana Riswin ada lah dari nama Almarhum Sultan Raja Idris dan isteri Raja Mazwin..
Kami rakyat Perak berbangga bila Raja Zarith ditabalkan sebagai Sultanah negeri Johor yang baru..
Baginda cantik dan lemahlembut orang nya,pandai melukis jugak..


Tengahari Shafeeq datang makan tenghari dan berjumpa adik nya Ailia yang dah lama tak jumpa..lepas dia balik saya terus tengok siaran langsung dari Johor dan tertido sampai dekat pukul 4..hari pulak hujan ,suhu sejuk,apa lagi tido la...

Bangun terus masak kek gula hangus untuk dibawak kerumah mak saya..lama tak jumpa mak yang tinggal diKL sekarang menemani cucu nya yang tinggal keseorangan kerana mama nya tinggal diJeddah..

Balik dari rumah mak,singgah kat Billion depan rumah kami dan beli barang2 dapo..masa ni la ada seorang perempuan cina menghampiri saya dan suami..menjual handphone yang beharga rm seribu lebeh dipasaran dengan harga rm 8 ratus je..

ha..ha..teringat Shafeeq dan kawan serumah yang kena tipu dua minggu lepas..saya kata kat perempuan cina tu..ni bukan ori kan..dari cina kan..?

Dia mengikut kami sampai kepintu masuk Billion ..ini ori la ,Malaysia punya..3 ratus boleh?

Saya kata kalau 50 ringgit saya ambik...dan cepat2 melangkah kedalam Billion..dia tak putus asa dan ikut kami lagi..satu ratus la..kata dia perlahan..tengok ..dari 8 ratus dah turun seratus..ha..ha...tak beli pun ..buat apa telepon sampai dua tiga,bukan mustahak sangat pun,,yang ada dapat cal mak saya,atau mesej anak2 atau kawan2 dah cukup..
membazir je...
Kalau la saya beli hp tu,mesti kena kata dengan Shafeeq...hari tu masa dia kena tipu,saya pot pet pot pet kat dia...
Sekali terkena jangan sampai dua kali...

No comments:

Post a Comment