RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, January 31, 2010

Rumah terbuka sepanjang tahun..


Kenangan di Taman Wetland Putrajaya...30 Januari 2010

1hb Februari..mengambil cuti menghabiskan baki cuti tahun lepas..
Selalu balikrumah kat Ipoh dari mana2 saya akan bercuti sehari..kat KL..pegi sana sini bersama anak2..sempat bawak Adam jalan2 kat Taman Wetland Putrajaya..leteh memang leteh...


Pagi mengemas rumah..membasuh langsir ..mengelap tingkap sambil dengar lagu2 dari klasik nasional....mengemas bilik tetamu jugak sebab raya cina mungkin ramai akan datang kerumah..anak sepupu kawin dan selalu nya sedara mara akan singgah dirumah..anak2 pun akan balik sebab cuti 4 hari...


Sorang2 kat rumah macam2 boleh buat ,cadang nak buat kek lapis petang ni tapi tengok la...bahan semua dah ada cuma kalau penyakit M menyerang memang tak boleh cakap apa dah....


Best sangat dengar lagu2 lama pagi ni...setiap lagu ada kenangan tersendiri..masa kecil memang tak berpeluang dengar lagu2 sebab masa tu tinggal kat kampung,tak ada radio pun..bila dah ada radio selalu dengan kakak2 saya dengar drama yang kalau tak salah dari radio Singapura..selalu drama seram ..cerita hantu...


duduk la dekat2 sebab takut..tapi dalam takut2 tu dengar jugak sampai habis,lepas tu nak kebilik air pun takut...lawak betul la...dengar drama radio pun boleh takut...he..he...kalau sekarang mau kena gelak dengan anak2..




Tengahari memasak yang ringkas2 je,sambal tumis udang dengan petai,goreng sayo campo dan goreng ikan..senang je...suami pulak akan makan apa je yang dimasak..kalau dia teringin nak makan apa2 selalu nya akan masak sendiri..selalu resipi pelik2...ialah masa tentera dulu,dalam hutan memang la kreatif habis cipta resipi...kalau tak tentu jemu makan makanan dalam tin yang dibekalkan untuk tentera...


Tapi sekarang dah banyak beza,makanan tentera dah tak dimasukan dalam tin lagi...kalau tak tentu berat ya..nak daki bukit ke dalam hutan...dan sekarang dah pelbagai makanan ...bubur pulut hitam pun ada...caya lah...


Nanti kalau jadi buat kek lapis prun petang ni, saya akan tempek gambar ...kalau nak rasa jemput la kerumah...rumah saya sentiasa terbuka tak kira raya ke tidak..terbuka bukan la tak tutup pintu..nanti pencuri masuk pulak..terbuka bermakna sedara mara,kawan2 dan kenalan boleh datang bila2 je kalau saya berada dirumah..he..he..


Jadi rumah saya sape2 nak datang bila2 pun boleh..terbuka sepanjang tahun...


Pernah la jumpa kawan yang kata macam ni kat saya 'Datang la rumah..raya ke...'pada hal masa dia cakap tu lama lagi nak raya,puasa pun belum...bermakna kalau tak raya dia tak bersedia untuk dikunjungi oleh kawan2..tapi tak pe,itu hak dia kan...

No comments:

Post a Comment