RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, December 2, 2009

3/4 Nyawa ku pergi..

3 Disember....saya kena bertugas malam..on call

Setelah 7 tahun meninggalkan hospital,teruja sangat nak bertugas malam..tapi tentu lah berbeza....dulu bertugas dalam wad,memberi rawatan pada pesakit,tapi sekarang memantau staf dan wad2 dan unit2 yang ada dalam Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh..

Pagi keklinik gigi..ada temujanji dengan Doktor..dapat jugak bertemu kawan2 lama.Balik memasak yang ringkas2 sebab ada student saya akan singgah dalam perjalanan balik kePerlis dari KL..students saya ni balik untuk majlis perkahwinan nya..
Semuga berbahagia hingga keakhir hayat...maaf ya..mama tak dapat meraikan kerana kena bertugas....dari jauh mama iringi doa semuga selamat semua nya.

Malam pertama bertugas ...teruja tapi penat nya membuat rondaan kewad2...selepas mengambil report, bermula 9.20 malam rondaan dibuat hampir jam 12tengah malam masih belum habis lagi...
Balik kecall room ,menerima lapuran dari wad2 pulak,menyemak lapuran sampai jam 2 pagi,kemudian memasukkan data2 kedalam komputer,susah rupanya kalau ada yang tak padan dengan data yang terakhir..kena cari dan sama kan....kemudian tulis lapuran kalau ada staf yang sakit,masuk wad atau yang mengambil cuti kecemasan.Akhir sekali kena siapkan lapuran H1N1 dan kes2 Denggi..habis semua tengok jam dah 6 pagi..oh...tak rihat langsung semalaman dan hu..hu...tak minum pun..patut la haus nya..dan mengantuk nya...he...he...
Jam 6.50 pagi staf on call pagi pulak sampai dan kena pass report pulak...
Balik kerumah (Saya menumpang Shafeeq yang bertugas malam jugak) memang dah separuh pengsan...bak kata Anang Hermanshah...separuh nyawa ku pergi..(Anang bekas suami Kris Dayanti)
Cuba tido tapi tak boleh pulak...pening nya kepala..saya pernah bertugas diHospital Seremban semasa wabak JE tahun 2001 dulu...masa tu kalau bertugas malam memang tak rehat walau satu saat...balik kehostel (Kami tinggal dihostel sebab kena tarik bertugas dari Perak) terus pengsan sampai kesenja,bangun makan ,solat dan pegi keja balik...leteh nya Tuhan yang tahu...
Masa tu mungkin 3/4 nyawa ku pergi...(masa tu Kris Dayanti baru kawin kut...tengah hangat bercinta...belum bercerai macam sekarang, jadi Anang tak dapat ilham lagi nak cipta lagu 3/4 nyawa ku pergi....)
Hu..hu....malam ni bertugas lagi.. 2 malam lagi la kena keja...

No comments:

Post a Comment