RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, December 7, 2009

Rindu ku tiada berteman...

Ops..s...dah jadi jus strawberi....blender ngan gula dan ais kiub ...sedap nya...
Cantik...comel dan indah sekali buah strawberi yang merah begini....

Salam Isnin....

em..m...maseh mengantuk lagi?

pagi ni, kemas2 rumah dan kedapo tengok apa yang ada.....
leteh dah berkurang,teringin pulak nak memasak apa2 ....

Mula2 buat jus strawberi...banyak strawberi dalam peti ais dibeli suami saya yang kena keja kat Cameron Highland semalam...

mak oi...sedap nya ,sejuk je tekak...kalau tak buat jus,alamat lebam dan lembek
la buah tu dalam peti ais tak ada sape nak makan...

Kalau rajin sikit boleh la buat muffin strawberi atau puding strawberi,tapi kalau penyakit M menyerang,apa pun tak boleh buat...

Masa menaip ni,dengar lagu nyanyian JELMOL dari radio...best sangat suara penyanyi ni...sedeh dan kecewa...rasa2 kita ada kat dia....kat mana ya....tentu lah kat perkampungan orang asli kat mana2.....

JELMOL ni kumpulan orang asli...lagu ni namanya RINDU KU TIADA BERTEMAN..dengar sekali..dua kali..mahu mengalir air mata...sedeh sangat suara penyanyi ni...



Tidak pernah ku rasa
sepi sebegini
rindu pada mu kasih
bila ditinggal pergi



mana sumpah dan janjimu
setia pada ku
manis cuma dibibir
mainan kata2 mu



terpaksa terima
walau kering airmata
tak sanggup ku bercinta
manis hanya kata kata



terpaksa kutelan

kata indah sipujangga

merindu tak kesampaian

saperti pungguk dan bulan




pada angin sampaikan

kasih ku pada mu

hanya dapat kau rasakan

rindu ku tiada berteman

tiada harta berjuta
dapat ku berikan

hanya hati dan kesetiaan
mampu ku pertahankan






he...he...dengar lagu frust la pulak...tapi penyanyi yang sampaikan lagu ni memang menghayati 100% senikata dan cerita yang ingin di sampaikan...buatkan kita rasa bersama dia menanggung kecewa...tak percaya? Cari kaset atau CD kumpulan ni....



No comments:

Post a Comment