Ahad ,walau pun leteh tapi sempat la memasak untuk anak2 yang balik kerumah.Nain balik sebab bercuti selepas bertugas malam,Ailia balik sebab singgah sekejap sebelum keKelantan.Adik saya Ara balik keKL,tapi tak sempat la berjumpa sempat suntuk sangat,petang Isnin dia dah terbang balik keJeddah.
Hanya sempat bersama anak Tengku Iman 2 hari sahaja..semuga hilang rindu berjauhan dengan anak....
Petang adik saya Azhar sekeluarga datang,selepas mengambil anak sedara saya diMCKK, beli la serba sedikit makanan kat pasar malam.Kat pasar malam durian dah banyak dijual,rasa nya baru je habis musim durian tapi dah ada balik....cuaca redup je,lepas tu hujan sekejap2..kadang2 lebat beserta angin.
Hilmie pun datang dan makan nasi bersama.....hujan pulak lebat mencurah dari petang,jadi sementara menunggu hujan reda ,kami duduk bersembang sambil menonton Astro yang kejap ada kejap tak ada.
Hari ni terbaca berita pemuda ditembak polis kerana dikatakan mengamuk kerana ditinggalkan kawan dan kena berjalan balik sejauh 50km...Simpati dan sedeh sangat....faham perasaan ibu Allahyarham....21 tahun membesarkan anak kesayangan.
Ni..tragedi sedeh...saya pun kalau ditinggal kawan dan kena balik berjalan walau sejauh 1km pasti akan mengamuk...Sebagai manusia biasa itu la rasional nya..
Yang tak seronok kenapa polis tak tahan pemuda tu masa dia kebalai dan bagitau nak bunuh kawan?..Kenapa polis ikut je,tapi tak tahan dia sampai la dia mengamuk..dan kenapa tak tembak kat kaki je..kenapa tembak kat dada,macam la dia penjenayah besar...peristiwa ni akan jadi kontroversi..tengok la..kita hanya baca cerita diakhbar kita tak tahu apa sebenar nya berlaku,tapi ikut rasional nya..kenapa polis tembak dia didada?
Hari ni hari ulang tahun kelahiran Aiza...sekejap je masa berlalu..anak2 dah semakin dewasa.
Semuga sihat selalu dan berjaya dalam apa saja yang diceburi. HAPPY BIRTHDAY AIZA..
Malam Shafeeq datang selepas balik berkursus diPangkor(HAPPY BIRTHDAY SHAFEEQ -12 NOV LALU), 3 hari berkursus nampak gelap sangat kulit dia...panas dan air laut yang dibawa angin kedaratan membawa sekali kekotoran yang ada.
No comments:
Post a Comment