23 Nov....hari ini bertugas petang.Sehari dalam sebulan kena bertugas petang untuk memantau staf,wad dan apa saja disebelah petang selepas pukul 5 hingga 9 malam.Selepas 6 tahun ini la kali pertama saya bertugas shif petang pulak,seronok jugak...pegi kerja terang balik kerja dah gelap (malam..)
Jadi,banyak masa pagi ni dirumah..kedapo,tengok apa yang ada dan memasak kue kosui nyonya ,boleh la dibawak kewad dan bagi kat staf saya nanti..kesian diaorang keja,tentu penat dan entah sempat makan atau tidak.
Lepas tu masak untuk tengahari seringkas yang bolih,suami saya bertugas diGrik jadi tengahari tak sape yang nak makan.
Kemungkinan saya akan mintak Shafeeq hantar saya kerja ptg ni,sebab dia bercuti dan masalah parking kereta di Hospital RPB sangat teruk kalau bertugas petang...ialah, staf pagi belum balik masa kita sampai...
oh...pusing2 sampai berpeluh belum tentu dapat parking kereta lagi.
Shafeeq menghantar saya dan kemudian terus balik sebab rupa2 nya dia kena panggil untuk bertugas malam..kesian mengantuk...
Bertugas petang...seronok jugak..kejap je dah gelap.Tugas saya meronda kesemua wad dan melihat samada ape2 masalah yang dihadapi olih Jururawat disana. Leteh nya kaki...habis meronda sampai kebilik call,rasa macam nak pengsan...dahaga dan lapar sangat..tulis lapuran dan aturkan Jururawat bertugas malam yang perlu pergi membantu diwad paling sibuk.Wad paling sibuk...wad baby yang ada jaundis...48 orang baby dirawat disitu ..meriah dengan suara tangisan baby yang tentu tak selesa dirawat disitu..dan balik pukul 9 diambil suami saya.Hujan turun renyai2...kat Kelantan banjir lagi...ramai yang berpindah..
No comments:
Post a Comment