RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, November 1, 2009

Talam ubi kayu

Talam ubi kayu-kepala dia yang lemak2 masin tu yang best...
Ahad 1 nov 2009

Relek2 je tapi dah tau semalam masak lemak cili api ikan ngan kobis jeruk jadi pagi ni kena lah masak cucur bawang yang dicampur ikan bilis...ini la cucur kegemaran suami saya..suka giler...nanti dah panaskan lemak cili api tu dan boleh la colek dengan cucur bilis tadi...

semua dalam rumah dah tau ...jangan sesekali buang lebehan gulai lemak cili api..mesti simpan dan panaskan..

Mengemas rumah..lap itu ini.kat dapo paling berabuk sebab kerja2 ubahsuai dapo dan pembinaan studio mini saya..

Habis kerja mengemas baru releks2 baca akhbar..mula2 Kosmo, Metro dan Berita Minggu..Pukul 11 pagi perut terasa lapar,malas sungguh nak kepasar atau pasar pagi depan rumah saya..jadi masak pe yang ada.Goreng ikan,sambal tumis ikan bilis dan sambal kuini kegemaran Ailia.Makan ngan nasi panas2...mak ai..sedap nya..Hilmie balik Kelantan,Shafeeq balik Perlis..kalau tak tentu dah muncul kat umah mama untuk makan bersama..sunyi je bila budak2 bucuk tu tak ada.....Aiza pulak call kena keja kat Kuantan.

Untuk yang mintak resipi Talam Ubi Kayu,ni resipi nya.Selamat mencuba..



TALAM UBI KAYU



BAHAN BAWAH ATAU BADAN NYA(A):



700 gm ubi kayu parut-yang warna kuning lebeh sedap

250 gm gula pasir

300 ml air

sedikit pewarna kuning




BAHAN ATAS ATAU KEPALA NYA (B) :


1250 ml santan dari sebiji kelapa

95 gm tepung beras

75 gm tepung ubi

2 sudu kecil garam


CARA:


Panaskan kukusan


Masak bahan A atas api sederhana hingga pekat sedikit dan masuk dalam tray.

Kukus 20 minit.

Satukan bahan B dan masukkan dalam periuk.Kacau atas api sekejap (jangan sampai pekat,tutup api bila nampak wap naik)dan tuang atas ubi yang telah dikukus tadi.terus mengukus 10-15 lagi.

Gunakan loyang 10x10x1.Sapu minyak atau lapik plastik dalam loyang.Talam ubi ni kena betul2 sejuk baru boleh potong-lebeh kurang 4 jam selepas angkat dari pengukus.Jadi kalau nak makan pagi ,kukus la maam sebelum tido.Nak makan petang kena kukus pagi.Sebelum tuang kepala,ambik garfu dan garis2 atas ubi supaya kepala melekat dengan elok.
Sebelum tido malam ni,sempat la mengukus apam kampung kegemaran suami saya yang dimasak gunakan gula kabung atau gula merah...apam ni biasa dimasak oleh mak saya masa saya kanak2 dulu..tak tau na mak masak guna bahan apa,tapi saya punya resipi sendiri...sedap dimakan dengan kelapa parut.


No comments:

Post a Comment