Cara betul bersihkan tangan ditunjukkan masa kursus..
2 hari tak mencatat,tak terdaya bila dah sampai rumah..
Khamis ke kursus Infection control..kursus lagi..banyak nya kursus..makan lagi...
tapi dengan berkursus minda akan lebeh terbuka...pengetahuan bertambah dan dapat kawan2 baru jugak.Dulu masa kerja kat Hospital Batu Gajah saya lah yang paling banyak pergi kursus sebab orang lain tak mau pegi..alasan ank tak ada orang jaga lah,anak tuisyen tak ada orang hantar lah dan alasan lama..husband I tak bagi pegi....
Jadi saya yang tak pernah bagi alasan akan pergi kalau orAng lain tak mau pergi..sebenar nya saya pun ada anak jugak,anak saya pun tuisyen jugak dan itu bukan lah alasan bagi saya...
Banyak betul yang saya dapat pengetahuan masa berkursus Infection control, ialah dah lama tak kerja kat hospital..
balik ke wad semua pengetahuan masa kursus kena bagitau kat semua staf saya..dan kena lah dipraktikan.Sebelum balik ada jemputan jamuan hari jadi...Selamat ulang tahun kelahiran untuk semua ..tq kerana jemputan..sedap kek hari jadi tu...
Jumaat...macam biasa agak sepi walau pun diwad masih sibuk.Petang ke meeting..meeting lagi....anak saya Hilmie mesej mintak saya doakan semuga dia dapat bertugas diPerak..23 Nov ni dia kena lapur diri diJKN Perak, abah dia pun dah cuba yang termampu semuga dia bertugas dekat dengan kami.
Walau pun 3 orang anak angkat lelaki saya menjadi anak saya hanya beberapa lama ini tapi ikatan kasih sayang kami sekeluarga erat dan saya tak membezakan mereka semua..dan dia orang pun anak2 yang baik..
Petang balik kerumah dengan perasaan bebal jugak..dah la hujan,ramai ibu bapa yang menjemput anak2 disekolah dekat rumah Menteri Besar yang menunggu ditepi jalan sedangkan ada kawasan yang disediakan untuk mereka parking dan tunggu anak..jadi sesak teruk sangat...hampir 20 minit terperngkap kat situ je sedangkan rumah saya hanya 1 km lebeh sikit je dari situ...10 minit jadi 45 minit untuk sampai kerumah....tapi bila ingatkan orang tinggal kat KL lagi selalu sesak teruk ,saya bersyukur sangat bekerja kat Ipoh...
Sebelum balik tadi ramai kawan2 yang mintak saya ajarkan diaorang memasak kue esok,jadi saya singgah diBillion beli barang2 untuk buat kue ..lama dah tak bukak kelas memasak ni...
Saya tak larat sangat tapi demi kawan2 yang mengharap InsyaAllah,esok jadi cikgu memasak pulak..tak pe la ilmu yang ada tak salah dikongsi bersama..bukan nak bawak mati pun..he..he..nanti saya tempek gambar cikgu dan anak2 murid ya...
No comments:
Post a Comment