RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, November 21, 2009

Nasi 2 ringgit?

Suami saya, Hilmie dan kawan2 serumah sedang menikmati nasi 2 ringgit...2 dari Kelantan, 2 lagi dari Negeri 9......takpe, hal lawan bola dah lupa..
Nasi 2 ringgit,dah tengah makan baru teringat nak ambik gambar.

Pagi ahad yang sejuk kerana hujan turun tak berhenti walau pun tak lebat.langit mendung dan gelap.


Pagi melawat besan saya yang tak sihat dan kemudian keAriani mencari tudung untuk dipakai ditempat kerja.


Balik singgah di gerai nasi 2 ringgit kat stadium Perak...terjumpa Hilmie dan kawan2 serumah nya yang datang untuk makan nasi 2 ringgit jugak...


Kat Ipoh nasi 2 ringgit ni memang terkenal,seawal jam 9 pagi sampai petang penuh dengan pelanggan , kalau nak cepat kena telepon dan tempah dulu..


Nasi bungkus dengan ayam goreng,sambal dan kari ayam tu memang mengenyangkan sebab banyak nasi dan lauk2nya ...kalau tak suka ayam,boleh buat pilihan lain,ikan atau daging.


Yang malas2 masak tu,datang je kat sini ....

No comments:

Post a Comment