RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, November 10, 2009

Mai ber e-mail

Rendang ayam untuk makan malam .....
Serimuka dah dipotong untuk dibahagikan kat staf saya

Setalam seri muka untuk staf saya....



Bandaraya Ipoh hujan beberapa hari ni..pagi atau petang time balik keja..





Sejuk la sikit,tengok berita banyak tempat banjir dan kat Indonesia tanah runtuh lagi,kat sana dia orang panggil tanah longsor...ramai yang tewas( (mati).kat Amerika Selatan pun banjir dan ramai yang terkorban.

Kerja macam biasa...sibuk dengan pesakit yang ramai..staf saya pun tentu leteh tapi mereka sentiasa bertugas dengan penuh dedikasi.


Doktor siswazah pun ramai memeriksa pesakit...meriah sungguh wad saya..


Balik kerumah,sunyi sungguh rasa tanpa anak2..saya dan suami je..itu pun kalau suami saya tak kena keja kat mana2..

Rindu sangat kat anak2 dan Adam..

hanya telepon yang jadi pengubat rindu..
Betul la kata orang kalau anak ramai atau sikit tak ada beza nya bila dia orang dah keja dan bawak haluan sendiri..

Lebeh2 lagi kalau anak2 dah kawin dan ada kehidupan dan keluarga sendiri

Alhamdulillah,kalau cuti anak2 tak lupa balik ...

Studio mini saya dah siap..95%..pintu yang ditempah je tak siap lagi...

sekarang sibuk susun barang2 ..tingkap belakang mengadap Sungai Pinji..ada batu2 besar kat situ..kalau pagi keadaan persekitaran agak sejuk..Waktu pagi saya suka duduk kat situ,sejuk dan nyaman...angin pun selalu bertiup segar...


Ailia call tak jadi keja kat Kelantan sebab banjir.Harap banjir yang melanda Kelantan ,Perlis dan Kedah akan pulih saperti biasa.

Esok kat tempat keja tentu sibuk sebab Konferen anjuran Jabatan saya akan bermula Jumaat ni..tapi esok saya berkursus sehari.Harap semua nya berjalan lancar.

Malam saya dan suami memasak rendang ayam..saje je sebab lama tak masak rendang ayam..boleh la saya bawak ketempat keja sikit..bawak kue seri muka semalam habis staf saya makan dan apa lagi lepas makan semua mintak resipi...

Untuk sepupu saya Jah ,ni alamat e-mail saya Makteh_hasnah@ yahoo.com.Saya nanti e-mail nya...tahniah dah maju semua nya..pendek kata tak ketinggalan la..















No comments:

Post a Comment