RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, November 25, 2009

Lama tak jumpa

Kawan lama tak jumpa...dah beruban pun... Bergambar kenangan ...suami saya (ditengah )bersama kawan2....


Petang Selasa ke batu 8, Tanjung Rambutan mengambil seluar yang ditempah disana.Balik singgah di Giant berhampiran Lost World of Tambun, beli barang dapo. Suami saya terjumpa kembali kawan baik sekampung yang tak pernah bersua begitu lama , hampir30 tahun..seronok nya dia bersembang..dan kemudian mengajak kerumah. Kawan suami saya ,riuh rendah lah dengan cerita2 lama..



Masing2 ketawa tengok rambut masing2 dah mula memutih..yang kelakar habis keluar loghat negeri sembilan mereka..memang saya tak berapa nak paham.



Saya memasak sambal sardin dan menggoreng roti boom...makan panas2 memang sedap.Habis sepinggan,tambah sepinggan lagi...anak saya Hilmie pun datang makan bersama...habis la roti boom sekilo tepung.



Malam ni terasa rindu sangat kat Adam.Lama tak jumpa tentu bertambah lasak dan nakal.Jenuh la mama dia mengikut Adam naik tangga ,turun tangga. dirumah pak long nya..mahu turun berat badan..



Tak sabar nak tunggu Adam balik beraya...begitu jugak tak sabar menanti kepulangan anak2 dan menanatu tersayang yang dirindu selalu.



Raya ni anak saya Nain bertugas,tak cuti.Shafeeq pulak bercuti selepas kerja malam dan akan balik kePerlis sementara Hilmie balik bercuti ke Kelantan.



Khamis sehari sebelum Raya Aidiladha saya masih bertugas...petang baru dapat siapkan apa2 untuk dimasak untuk juadah hariraya..



Pagi raya akan masak rendang dan kerumah mak saya.Petang akan berihat dirumah saja bersama anak2.

No comments:

Post a Comment