Pagi Jumaat keauditorium dengar presentation...
Pukul 11 meeting dengan Dato' Rama iaitu ketua Jabatan Orthopedik HRPB,Ipoh.
Balik kewad bertugas macam biasa ,ada rombakan staf dan penempatan..kerana ada yang naik pangkat dan kena tukar ketempat lain.
Saya pun terlibat,menggantikan mereka,masih dalam Jabatan orthopedik tapi bertukar wad..
Tahniah untuk pasukan futsal jabatan kami yang dapat tempat kedua untuk perlawanan antara jabatan semalam.Pemain semua nya doktor2 siswazah yang masih muda dan bertenaga..
Balik kerja terus kerumah mak saya,rumah mak saya hanya kira2 10km je dari rumah kami, saje pegi tengok mak yang tinggal seorang diri.
Malam Ailia balik keIpoh memandu sendirian, sampai diTapah dia menalipon mintak abah atau abang Mie nya menjemput diTapah..Sebenarnya Ailia baru balik bertugas diTerengganu.
Tanya punya tanya rupa nya dia takut memandu berhampiran Gua Tempurung..memang kat situ gelap,dan tengok bukit2 batu kapur kat situ memang lah menggerunkan...nampak semacam je kalau malam...jadi abah dan abang Mie nya pegi menjemput ditol Tapah, jauh jugak dari rumah kami diIpoh.Hampir 30 minit perjalanan.Kebetulan abang Mie nya keja shif pagi.
Sampai dirumah banyak lah cerita tentang Terengganu ....ole2 yang dibawak,tentu lah keropok leko..
Sempat lah saya memasak serba ringkas untuk Ailia dan Hilmie makan malam.
Sedikit tentang Gua Tempurung..terletak kira2 1km saje dari susur keluar tol Gopeng, kalau dari selatan gua tu disebelah kiri, kita akan mendaki bukit dan kemudian menurun selepas melepasi bukit batu kapo yang ada Gua Tempurung didalam nya.Melalui lebuhraya kita tak boleh pergi keGua Tempurung tu, tapi kena keluar ditol Gopeng dan melalui pula jalan raya Perseketuan atau jalan raya lama hala keselatan. Kalau nak masuk kegua tak dibenarkan masuk sendiri kena ada guide yang boleh ditempah kat situ,kena bayar sikit,digalakan masuk cara berkumpulan.Yang lemah semangat pun tak digalakan masuk dalam gua tu,kawan sekerja saya (lelaki) pernah histeria masa kat dalam gua tu,mungkin rasa lemas atau terkepung sebab tak nampak pe2 selain dari dinding gua ...tapi banyak benda menakjubkan boleh kita tengok dalam gua tu...
No comments:
Post a Comment