RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, October 22, 2009

Rindu kat anak2

Rindu kat Ailia....he..he,...tak de orang nak bergaduh ngan mama sejak Ailia duk KL..

















Selasa..Rabu dan Khamis..memandu sendiri ketempat kerja tapi kena keluar awal dari rumah..walau pun dari rumah saya ke Hospital hanya 1o-15 minit memandu kereta ,tapi sebab tempat parking terhad,kena keluar awal sebab nak berebut tempat parking.
Kerja dan dah mula sesuaikan diri..selalu petang ada meeting dan dengar talk atau ceramah dan pelbagai lagi.

Setiap pagi saya naik tangga,malas nak tunggu lift..petang pun turun guna tangga..tapi selalu sampai ditingkat 3, hati terasa sayu tengok ramai ibu bapa dan keluarga pesakit berkumpul diluar wad. Ditingkat 3 ditempatkan wad ICU..dimana anak jiran saya Amir yang terlibat dalam kemalangan juga turut dirawat disini.


Ada ibu bapa yang datang sejauh dari Perlis..kerana anak terlibat dalam kemalangan berhampiran Ipoh...jadi dirawat di Ipoh...kesian ...kalau la saya ada duit banyak..ada rumahbesar ...tentu saya ajak diaorang tinggal dirumah saya..tak la diaorang tido kat depan wad tu...tentu sejuk malam2.....angan2 la pulak..



Jumaat mungkin saya bercuti untuk keKL..rindu kat anak2 ..juga untuk tengok tempat kerja Ailia...tempat tinggal Nain..risau kalau tak tau macamana tempat keja dan tempat tinggal anak2..

No comments:

Post a Comment