RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, October 6, 2009

Boring ...menanti hari esok

Jawatan baru,unifom baru...selamat maju jaya semua nya


Seharian ini mendengar ceramah dan taklimat ..



Banyak sekali pengetahuan berguna yang disampaikan pada kami..tak boring sangat sebab yang bagi ceramah pandai pulak buat lawak..he..he..kalau tak mahu tersengguk2...



Tengahari,malasnya nak ke kafetaria..waktu makan ramai sekali kat situ..Staf hospital,students,jugak orang ramai yang merupakan pesakit dan pelawat.tak selesa sangat sebab kafetaria tu sempit dan peredaran udara tak begitu baik..jadi tengahari,beli epal dan makan sambil berihat..



Petang masih dengar ceramah,balik jam 5 terus pegi ambik gambar dan balik kerumah.masak2 sikit dan kemudian menonton berita.Dalam seminggu dua ini banyak berita bencana serata dunia...Gempa bumi diIndonesia, Banjir dan ribut melanda Filipina dan Vietnam jugak.Kat Itali dan India jugak banjir besar...


Boring jugak dengan aktiviti seharian yang tak berkesudahan...bila la nak bagitau dimana akan bertugas...boring

No comments:

Post a Comment