RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Friday, October 16, 2009

Jamuan lagi......

Pedas2...lambat nya air ni keluar....salah seorang Doktor dari wad saya.
Minum cendol ni dulu sebelum makan yang lain2...sejuk nya tekak...

Joget lambak...kenapa la gambar ni tak terang....he.he...Dato Ahmad Razin no 2 dari kanan bertali leher...seronok tengok bos berjoget...


Asyik menonton persembahan Hari Raya dalam auditorium HRPB,Ipoh



15 Oktober 2009-pagi bertugas macam biasa.Sekarang tengah ramai students nurse dalam wad saya..comel2 dan ramai dari pantai timur..saya dah mula sesuaikan diri..pagi2 naik guna tangga ke tingkat 4..penat jugak la...tunggu lif memang lambat walau pun ada 6 lif tapi keutamaan diberi pada pesakit.





Dalam wad saya ada beberapa orang pesakit yang muda tapi tak dapat berjalan kerana kemalangan jalan raya...terlantar dijaga olih isteri dan ibu..





Tengok keadaan ni buatkan diri insaf dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...





Dari sihat cergas tiba2 lumpuh tak bermaya...Ya ALLAH..lindungi lah hamba mu yang kerdil ini..





Tengahari,ada jamuan hari raya anjuran Hospital Raja Permaisuri Bainun...sebelum makan tengok persembahan oleh staf..acara akhir joget lambak beramai ..he..he...teruja tengok Dato Pengarah berjoget..





Banyak nya makanan..mee rebus..bihun sup...laksa.nasi himpit,lemang,rendang,mee dan kueteow goreng,kek,bahulu,cendol dan macam2 lagi...mana satu nak makan?..





Saya ambik cendol dan minum dulu sambil rileks2 tengok staf yang ramai menghadiri jamuan raya tahun ni...pelbagai ragam.Kelakar pun ada tengok Doktor2 dari wad saya yang terkial2 cari kuah mee rebus yang entah kenapa diletak jauh sangat ...





Tak jumpa kuah mee,cedok je kuah laksa..jadi makan la mee laksa..he..he...yang ambik mangkok laksa tak jumpa kuah laksa ceduk je kuah mee jadi lah laksa mee..





Bila ramai yang dah ambik makanan baru lah releks nak ambik makanan dan makan..em..m..tak habis pun,banyak makanan yang lebeh dan dapat la saya bawak kewad beberapa biji karipap untuk staf saya yang tak dapat pegi sebab sibuk..ya lah..kalau semua pegi sapa nak jaga pesakit kat wad tu...

No comments:

Post a Comment