RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, October 3, 2009

Hari terakhir diKK Simee

Ni antara buku2 yang masih tak sempat dibaca lagi...terperuk dalam laci..
Antara kawan2 yang hadir dalam majlis perpisahan diExcelsior




Jumaat pagi,sampai saje ditempat keja terus siapkan bahan untuk masak mihun kung fu...nasib baik,Saadiah datang membantu.Jadi tak la beban sangat.
Dah janji nak bagi kawan2 makan sebab hari ni hari terakhir saya bertugas diKlinik Kesihatan Simee..Isnin dah bertukar ketempat baru..
7 tahun bertugas diPusat Pemulihan Psikososial KK Simee,Ipoh banyak lah kenangan yang terhimpun..Setiap hari Rabu ,saya bersama students Pembantu Perubatan,Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta,setiap Isnin pula saya keluar melawat pesakit dirumah mereka disekitar Ipoh dan pada hari lain jika perlu saya membantu mengambil darah pesakit dimakmal,atau bertugas dibilik rawatan.Pada hari2 lain saya ada students posbasik dari Kolej Kejururawatn,Ipoh .Hari2 lain saya membawa pesakit outing ketempat2 menarik ,atau bawak diaorang membeli barangan dipasaraya.Kadang bagi kaunseling kat pesakit atau keluarga mereka.Jadi tugas saya tak la boring sangat..sentiasa bergerak dan bertukar tugasan.



Dalam sibuk2 tu,sempat lagi siapkan surat serah tugas..periksa barang bersama pegawai yang menggantikan tempat saya

Tengahari bergegas keEXCELSIOR sebab ada majlis perpisahan untuk saya dan rakan2 yang yang akan bersara, naik pangkat dan bertukar.
Makan tengahari sambil berbual dan ramai jugak yang hadir.Sesekali berjumpa kawan2 memang seronok,bukan selalu dapat jumpa,masing2 bertugas diklinik2 seluruh Kinta.Kalau ada kursus atau lain2 acara baru berjumpa,malah ada juga staf yang saya tak kenal walau pun pernah tengok.

Tak sangka ada students saya yang datang dan bagi hadiah yang saya suka sangat.Terima kasih Nas sebab susah payah datang..dan terima kasih jugak untuk semua students posbasik psikiatri grup1/2009...tudung pink tu cantik dan menarik...Hadiah dari kawan2 ditempat keja pun cantik dan ribuan terima kasih untuk semua.
Petang berderai jugak airmata tika berjumpa dan bersalaman dengan semua staf dan kawan2 yang akan saya tinggalkan.7 tahun bersama...lama tu...dan buat pertama kali selama ada punchcard..saya balik jam 4.50 petang dan tentu la waktu punch dakwat merah yang keluar...
Malam tak kemana,ingin sekali dapat bersantai sambil membaca buku2 dan majalah yang masih
banyak terperuk dalam almari,apakan daya mata tak mengizinkan..mengantuk sangat...
Sebelum tido dapat berita bangunan lama runtuh dekat Fairpark dan mengorbankan 2 orang remaja..Takziah untuk keluarga yang terlibat...dengar cerita berlaku sedikit kekecohan kat hospital lepas kejadian tu..sampai MB Perak datang dan campur tangan baru ok...Ya Allah ,kalau berlaku waktu siang memang ramai yang akan terkorban sebab tempat tu sentiasa sesak diwaktu siang sebab dekat lampu isyarat.Selalu kalau lampu merah,kereta berbaris panjang dari lampu isyarat depan mesjid hospital sampai la kat depan bangunan lama tu..
Semuga kejadian ni tak berulang kerana yang tak bersalah apa2 menjadi korban...

No comments:

Post a Comment