RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, October 29, 2009

Studio mini saya

31 Okt 2009, studio mini saya..tak siap lagi..


Studio mini saya yang dalam pembinaan..dari dalam dan luar...comel kan..sendiri puji la pulak..ha..ha...






Ni dia talam ubi kayu yang dibuat hari tu..selamat mencuba...

Dah 3 minggu saya kurang berada didapo..Sedang diubahsuai...

Yang best studio mini saya sedang dalam pembinaan...mini dan comel...


Distudio ni la saya akan habiskan masa ...apa lagi sambil mendengar lagu2 ...tentu ilham mencurah..
he..he...ilham memasak..Dapo lama yang lebeh besar mungkin nak dijadi kan kelas memasak...ramai dah call mintak mulakan balik kelas memasak saya yang dah lama berhenti sejak saya tak sihat dulu,Insya ALLAH.semuga saya diberi kesihatan untuk sama2 berkongsi ilmu dengan sesiapa saja..student saya yang belajar memasak dulu ada yang dah berniaga dan hantar kue ke hotel..syabas...saya berbangga dengan salah seorang yang begitu rajin iaitu Liza dari Rapat Setia..kue2 Liza saya dah nampak diKafetaria HRPB,Ipoh.

Kalau komposer lagu mencurah ilham distudio,saya pun ada jugak studio...studio memasak..

Pagi Isnin rasa malas sangat nak keja..


Sedap nya kalau dapat tido waktu hujan dan dalam cuaca sejuk,tapi keja tetap keja..kena pegi jugak,rajin atau malas..tak ada beza.


Meeting jabatan macam biasa..setiap petang Rabu...

13 dan 14 Nov ni, Jabatan saya akan anjurkan konferen peringkat kebangsaan..saya terlibat secara langsung..incharge cenderahati untuk penceramah dari luar negara, dan tolong apa2 yang patut.

Banyak benda dan perkara perlu disediakan..kad jemputan,tempahan hotel untuk tetamu,jamuan,dewan,cenderahati,nametax dan macam2..semua yang incharge dah dilantik.Harap semua nya ok.

Harap2 doktor siswazah yang ramai2 tu akan membantu...ada 30 orang lebeh yang sedang posting diJabatan Orthopedik sekarang..disini saya nak cerita sikit hal doktor2 siswazah ni atau diHospital dipanggil HO atau dulu2 dipanggil housemen...ramai yang anak2 Melayu dan tentu lah perempuan yang ramai..lelaki ada lah 3..4 orang..sayangnya diaorang ni ramai yang sombong2...pagi2 masuk kewad langsung tak tegur kami yang sedang bertugas,lebeh2 lagi saya yang incharge wad...kalau berat mulut sangat nak bagi salam, senyum sikit pun apa salah nya...bukan kena bayar pun kalau senyum...kami seolah2 tak ujud...main redah je..bukan la kami mintak dihormati tapi dengan muka masam...tak reti2 nak senyum sikit pun....tu baru jadi HO...belum Doktor betul lagi ....tapi kalau nak mintak tolong ape2 pandai pulak...tapi ada jugak yang baik dan hormat kami staf yang pangkat 'mak' kat diaorang...(untuk Dr JUVINA MOHD JANURUDIN dan DR. SYAM kekalkan budibahasa dan kesopanan.... walau pun bila dah bergelar Doktor nanti, ibubapa anda tentu berbangga dengan anak saperti anda) bila dia orang dah jadi doktor nanti tau la langit tinggi atau rendah kalau maseh sombong macam tu...staf kat wad akan boikot..nak apa2 cari dan buat la sendiri...itu lah pengelaman saya.Dato' tak baca kut blog saya...mintak ampun Dato'....


Tapi yang berbangsa cina memang saya puji..tak sombong dan sentiasa senang untuk bekerjasama...Dah 30 tahun saya bertugas dihospital dan klinik,doktor berbangsa cina selalu nya tak banyak kerenah..tak banyak ragam...saya juga hormat dan puji habis kat doktor2 pakar kat wad saya,tak sombong,baik dan sentiasa menghormati antara satu sama lain...untuk Dr Roshan Gunalan,senyuman manis anda ada lah ubat terbaik untuk pesakit yang sedang dirawat..Dr Roshan adalah anak bekas pemain babminton negara Punch Gunalan.Begitu juga Mr.Mohd. Asni
Alias Doktor Pakar kelahiran Taiping yang baik sangat dan sentiasa memberi masa mendengar aduan dan masaalah pesakit..Doktor2 begini lah yang akan sentiasa dikenang budibaik nya oleh pesakit.Dah jadi Pakar,tak sombong pun,senyuman sentiasa dibibir...tak pernah meninggi suara pun pada staf dan pesakit...

Untuk pasukan futsal Jabatan saya ,iaitu Jabatan Orthopedik selamat berjaya dalam perlawanan futsal Khamis ni...




Minggu ni masih ada yang buat jamuan..makan lagi...baju yang dah longgar masa puasa hari tu dah ketat balik,ha..ha..ha...




Hampir terlupa ,ada kawan mintak resipi talam ubi kayu..nanti saya catatkan.Minggu lepas buat tapi tak sempat nak hantar...dah habis pun.

No comments:

Post a Comment