RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, October 10, 2009

Leteh nya...

Hari2 berlalu ,dengar ceramah dan taklimat sampai Khamis..Tengahari pegi makan dikafetaria hospital,anak2 saya yang bertugas disini,sedang berkursus jadi tak nampak la kelibat diaorang kat unit kecemasan tu..

Buat suspen je,penempatan tak tau lagi...kenapa la siksa kami..30 minit sebelum pukul 5 baru lah penempatan diberitahu..Alhamdulillah..saya akan bertugas diwad orthopedik lelaki . Dulu masa keja di Hospital Melaka,saya pernah bekerja diwad ortopedik..memang happening la...

Kesian kat kawan2 yang kena bertugas ditempat yang tak terfikir pun..he..he...tak pe,ni cabaran tau...Selamat bertugas dipenempatan baru...semuga maju jaya semua nya..

Pagi Jumaat,dengar presentation kat dewan CME,ramai la staf yang datang,Habis pukul 10 dan saya serta kawan setugas kewad tempat saya akan bertugas..orientasi pun bermula,semua nya ok je..jumpa dan berkenalan dengan Ketua Jabatan kami, Pakar2 kat situ juga Dr2 yang bertugas..Berkenalan jugak dengan staf..ramai jugak..

Sempat la ikut Dr memeriksa pesakit.

Harap saya dapat sesuai kan diri secepat mungkin.

Balik pukul 5 dah terperangkap dalam kesesakan jalan raya pulak.Ada jamuan raya kat Dataran Bandaraya Ipoh..ramai nya orang.

Sampai dirumah dapat tau anak jiran saya dapat kemalangan jalan raya.Ya Allah semuga cepat sembuh..dengar cerita keadaan nya agak teruk masuk ICU...kalau tau tadi boleh la saya pegi melawat,sebab ICU tu kat tingkat 3 dan wad tempat saya bertugas ditingkat 4 .Hampir malam Hilmie datang dan bersama abah nya dan jiran2 mereka kehospital melawat anak jiran kami .

Amir..makcik sekeluarga mendoakan kesejahteraan Amir,tabahkan hati,kuatkan semangat.Untuk Laila,sama2 kita doakan ..bersabar lah dengan ujian Tuhan.
Sampai rumah..leteh nya ...tido seawal 8 malam..

No comments:

Post a Comment