RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, October 17, 2009

Sunyi kerana esok Deepavali

Ni dia gambar treler bawak kereta yang berhenti depan wad saya...bahaya ni kalau keta tu menggelungsur kebelakang...


Pagi Jumaat....suasana ditempat kerja agak sunyi...ialah ramai yang dah bercuti Deepavali..olih sebab semangat satu Malaysia,staf Cina dan Melayu pun ramai yang bercuti,nak buat maruku kut...atau nak sediakan bahan masak tose..


Dalam wad saya walau pun sibuk macam biasa tapi tetap terasa sunyi...ramai Doktor2 siswazah yang berbangsa India dah bercuti..mereka yang ramai2 ni la yang memeriahkan wad saya..


Memang meriah dengan kehadiran mereka memeriksa pesakit....setiap masa 3-4 orang sentiasa ada dalam wad..sentiasa cergas bertenaga kehulu kehilir memeriksa pesakit..semua nya muda2..cantik dan hensem2 belaka...


Waktu minum dalam pantri, sempat la saya meluaskan pandangan mata dengan memerhati jalan raya depan hospital yang sentiasa sibuk..dan sempat la saya merakam gambar2 treler yang membawa kereta berhenti untuk membetulkan kedudukan kereta yang mungkin nak tergelungsur kebelakang..bahaya ni...treler ni berhenti betul2 didepan wad saya...mujur la pemandu treler tu sedar kan,kalau tak...kenderaan yang bergerak dibelakang treler tu tak tau apa jadi...


Petang balik kerumah memasak dua tiga juadah sebab ada tetamu akan datang.Menantu saya Aida dan Adam balik bersama Abang Long nya untuk melawat Tok Ayah Adam dihospital.Umi Aida sekeluarga dari Baling pun singgah dan makan bersama2.Riuh rendah lah rumah saya yang selalu sunyi tu...Bersembang punya pasal terlupa la nak tengok Nur Kasih kat TV3....Seronok tengok citer tu...semua nama anak saya ada....bermula dari Aidil sampai la Adam dan Ailia...

No comments:

Post a Comment