Sambal telo ngan ayam wangge2....auw...terlebeh posing pulak
Hujan agak lebat mengiringi warga Ipoh ketempat kerja pagi ni.Hari ni,hari terakhir bersama students sebelum saya bertukar.Kerana cuaca tidak mengizinkan,kami melakukan aktiviti indoor sahaja.
Selepas pengajar dari kolej datang ,dan berbincang tentang pesakit,kami lakukan aktiviti memasak untuk makan tengahari.Macam2 menu la yang diaorang nak masak,teringin nak makan tu,makan ni...macam2 yang diaorang reka nak masak.Ayam wangge2 terpaksa saya masak bersama sambal telo dan pucuk paku masak lemak bersama budak2 tu..kali ni untung sangat sebab students yang datang semua rajin memasak...ooops...nama masing2 pun dah betukar...Aishah la,Naemah la.....Kalau panggil menyahut pulak tu..kalau becakap siap lentek2 jari lagi..paham2 la...Auw..! mak tak rela nyah...(INI DIAORANG YANG CAKAP)
Petang mendapat jemputan untuk jamuan perpisahan Jumaat ini.
Balik kerumah ada tetamu datang beraya dari Taiping.
Hampir senja Aiza hantar mesej bertanyakan samada kami di Ipoh ada merasa gegaran gempa bumi kerana mereka diKL merasa gegaran agak kuat dan berlari turun dari pejabat.
Cepat2 saya bukak berita,memang ada gempa bumi diSumatera dan sebelum tu di kepulauan Samoa yang mengakibatkan tsunami.
Harap2 tak ada kejadian buruk berlaku dimana2 terutama dinegara kita.Sebelum ni berlaku angin kencang dan banjir besar diFilipina.
Mengantuk sangat ..
No comments:
Post a Comment