Berbuka beramai dirumah mak...
Barangan dapo yang dibeli di Tesco,setengah troli je...
Ni bunga api yang Shafeeq beli diIpoh dan bawak balik kePerlis...Besaq2 pun ada hati nak main bunga api...he..he..
Lama tak mencatat -banyak sekali yang perlu dibuat ujung minggu bersambung cuti hari ulang tahun kemerdekaan.Aiza balik dari Kajang, dan cuti ujung minggu banyak diisi dengan memasak makanan kegemaran anak2.Shafeeq balik ke Perlis selepas bertugas malam.Terkejut tengok ada bunga api dalam keta, ada hati jugak nak main bunga api...
Petang sabtu berbuka dirumah mak bersama keluarga adik saya Azhar yang balik untuk menghantar anak nya keasrama MCKK.
Seronok berbuka beramai2.Hilmie pun berbuka dirumah tok yang selalu bertanya kan dia.Bukan selalu dapat berbuka beramai macam ni.Riuh rendah la dengan telatah anak2 sedara saya yang nakal2.
Malam beramai2 pula anak2 sedara bermalam dirumah saya.Semua nya tak mau balik,seronok nak tido dirumah saya.Seronok nak melayari internet..
Ahad ke Tesco,beli ikan dan barangan dapo,petang nanti keluarga Azhar akan berbuka dirumah saya.Selesai memasak, bersantai beramai dikolam ikan kami,yang kaki memancing apa lagi,dapat juga la ikan keli beberapa eko.Goreng garing2 dan makan dengan airasam.
Pagi Isnin Aiza balik keKL,Selesai mengemas rumah,menghantar anak sedara saya keasrama MCKK.Sempat pusing2 kat Lembah tapi tak ramai orng sebab hari masih awal pagi.Kedai2 masih tutup,mungkin sebab cuti Hari Kebangsaan.
Balik kerumah terus berihat sampai petang,baring2 dan tido sekejap.Memasak simple2 untuk berbuka ,Malam menggosok baju,esok dah nak keja...malas nya..
No comments:
Post a Comment