RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, September 5, 2009

Puasa ke13 ronda2 diKK

Puasa2 pun boleh melakukan aktiviti luar lagi
Jadi model diblog sendiri..he..he...


Meriam lama didepan Istana Kenangan



Ni gambar depan Istana Iskandariah....




Gambar didepan Istana Kenangan...kenapa gambar ni tak terang macam gambar lain ya...





Khamis, puasa ke 13 membawa kliens dan students saya keKuala Kangsar untuk aktiviti "outing'.Pergi dengan kenderaan Jabatan,perjalanan hanya 40 minit dari Ipoh keKK. Bandar KK lebeh dikenali dengan gelaran Bandar Di Raja.Mula2 kami melawat persekitaran Bukit Chandan,sempat bergambar kenangan .

Kemudian keIstana kenangan atau Istana Kuning.Masa mengatur langkah menaiki tangga ,tiba2 bulu roma tegak dan terasa seram..dulu masa datang kesini,keadaan sama saya rasakan,entah kenapa ya...atau orang lain juga merasakan apa yang saya rasakan?He...he...takut nak tanya...


Beberapa tahun dulu saya pernah bersama jiran2 pergi keIstana Raja Bilah diPapan,memang la istana tu istana lama,masa masuk dalam istana tu,memang meremang bulu roma...rasa seram pun ada..Istana Raja Bilah ni,menurut cerita masa peristiwa 13 Mei dulu pernah hilang dari pandangan masa kaum cina dan melayu berbunuhan...Pekan kecil Papan memang majoriti penduduk nya kaum cina hanya kat Istana tu saja orang melayu tinggal beberapa keluarga..kebanyakan nya waris Raja Bilah..bayangkan beberapa orang melayu berada dalam komuniti kaum cina yang tengah bersengketa..apa yang bakal terjadi?Kalau bercerita pasal istana memang kadang2 ada cerita misteri ..




Istana Kuning ni memang cantik ,dibina menggunakan kayu tanpa menggunakan sebatang paku pun.Antara yang menarik dalam Istana ni ialah koleksi gambar2 lama ,termasuk gambar Almarhum Sultan Idris Shah sedang bermain shaksefon..shaksefon tu pun ada dipamerkan...maseh cantik dan berkilat.





Petang sempat membakar biskut tart nenas,buah tangan untuk students saya yang akan bercuti hujung minggu dan balik ke negeri masing2.

No comments:

Post a Comment