RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, September 29, 2009

Ambik darah lagi

Minggu lepas cuti raya,jadi hari ni 190 orang pesakit perlu diambik darah mereka....he..he..bersama Pembantu Perubatan Shamsol,kami menjadi dracula sampai berpeluh dalam kedinginan...duduk,berdiri,tunduk..tepuk2 sikit lengan pesakit supaya urat timbul..lama2 kepala pun pening,leher pun sakit dan rasa nak muntah pun ada...

Rileks..rileks...saya memberi semangat pada Shamsol...dan dalam rileks2 sempat la dia ketempat penjual minuman dalam kawasan klinik kami dan membeli dua tin soyabean sejuk..sruppp....sekali sedut je abis...ya Allah...dahaga nya..depan pesakit saya minum tak peduli dah...entah macam dijanji2 ramai pesakit yang datang pagi ni berbadan saiz xxl...cukup susah nak dapatkan urat diaorang..cucuk..cucuk..tak ada darah pun...cabut jarum,cucuk lagi.Dua tiga tiub nak diisi darah.

Pesakit lagi pandai siap tunjuk tempat nak cucuk,diaorang ingat boleh cucuk macam tu je...sabo je la..

Hampir kul 12 baru selesai, loya semacam je..perut kosong buatkan rasa semacam..tak pe la lagi 3 hari saya bertugas diklinik ni, Isnin ni lapo diri dan tak tau bertugas dimana,kemungkinan besar diHospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.Jangan hantar saya bertugas jauh2 dah la...
Nanti kena mencari bilik atau rumah sewa pulak...susah jugak,tua2 kena sewa bilik atau rumah..
Duduk diasrama memang dah jemu sangat..

No comments:

Post a Comment