RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, September 23, 2009

Raya Pertama

Shafeeq yang segak berbaju melayu sempat la berposing dengan adik nya Ailia...baju sedondon nampak..!
Ni dia kelamai yang dah siap untuk dimakan..sedaaaap...tak caya? tanya orang Gopeng.

Kelamai yang dah dibakar...buluh dia keras tak macam buluh lemang.


Ni mesti senyum untuk mama ngan papa dia yang jauh tu..



Anak2 sedara yang segak dipagi raya




Bergambar sebelum beraya dikampung





Adam menemani Tokwan nya membakar lemang dikampong






Selamat Hari Raya dari saya dan suami...







20 September 2009-Raya Aidilfitri disambut diMalaysia.




Selepas sarapan pagi kami sekeluarga kerumah mak saya dan beraya bersama adik beradik dan anak2 sedara yang balik dari KL dan Johor.Anak sedara saya yang belajar di Jakarta pun selamat balik keMalaysia.





Sedeh jugak sebab adik saya sekeluarga di Kelantan tak dapat balik,begitu juga dengan adik saya yang bertugas diJeddah dan adik bungsu saya sekeluarga yang menetap diSydney Australia..



Harap2 tahun depan diaorang dapat beraya bersama.






Kami beramai kekubur aruah abah saya dan kemudian beraya dirumah ayah sedara diKg. Tekah..Gopeng.Beraya dikg.Tekah memang seronok sebab penduduk nya kebanyakan orang rawa yang hidangan mereka sedikit berbeza dengan kita.Yang paling istimewa ialah kelamai yang tak ada ditempat lain.Kelamai tu dimasak dalam buluh yang keras,masak macam lemang..tapi beras pulut dah digoreng dan dah ditumbuk halus dicampur gula merah yang dah dimasak dan kerisik.Sedap...

Petang rumah kami diIpoh dikunjungi oleh adik beradik saya dan hampir senja terkejut sungguh dengan kunjungan kenalan kami masa diJakarta dulu..mereka datang sekeluarga dan riuh rendah la dengan bermacam cerita..,begitu juga dengan anak saya Shafeeq yang datang bersama kawan..segak berbaju melayu...

No comments:

Post a Comment