Raya ke6 dan ke7 duk dirumah mengemas rumah apa yg patut..Isnin dah nak keja.
Maseh ada tetamu yang datang dan masak la apa2 yang patut..mee goreng,roti boom cicah sardin dan lain2 yg simple.Tapai pulut daun getah yang dibuat olih Mek Nain pun ramai yang puji..manis dan bersari..
Biskut raya masih banyak...rumah jiran2 pun dah sunyi,adik beradik yang datang beraya dah beransur balik...masing2 dah mula nak keja.
Hari ni ada kawan2 yg mesej mintak resipi rendang negeri 9 yg saya masak raya pertama.Mungkin rendang ni berbeza dgn rendang Perak,jadi diaorang nak cuba.Rendang ni lebeh sedap kalau gunakan ayam kampung.Kalau aruah mak mertua saya masak,selalu nya dicampur nangka muda...sedap nya...
Kat Ipoh susah jugak nak dapat ayam kampung tapi saya selalu beli di Pasar basah Jusco,seekor rm 9 dan dah bersih pun cuma minta pekerja kt situ potong2 berapa kita nak.Kalau tak de ayam kampung beli je ayam tua atau ayam pencen,kat pasaraya selalu ada jual,tapi kena masak lama sikit.Nak lembut kan daging nya petua orang tua2 ialah masak dengan daun nangka 3-4 helai..
Ni dia resipi rendang negeri 9-resipi saya la....orang negeri 9 mungkin sama atau beza sikit...
1 ekor ayam kampung-potong dan bersihkan
1 biji kelapa -ambil santan nya( boleh tambah santan jika suka )
3 sudu kerisik
Bahan A
Segenggam cili api kampung-yang kecik2 tu,yang panjang2 tu cili api siam punya
(boleh tambah atau kurang ikut pedas,tapi rendang ni lebeh sedap kalau lebeh pedas)
sedikit kunyit hidup
15 ulas bawang merah( boleh tambah kalau suka)
5 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
Semua bahan A ni ditumbuk,jangan blender,tak sedap tau...
6 batang serai diketuk
daun kunyit
Masuk semua bahan dalam kuali kecuali kerisik dan daun kunyit
Masak la atas api sederhana hingga hampir kering..kacau2 la,takut yang bawah hangit pulak baru masuk kerisik dan daun kunyit.Garam jangan lupa ya...
Sebenar nya orang negeri 9 tak bubuh bawang tau tapi bubuh serai banyak2...tapi saya suka buh bawang nanti banyak la serbuk dia untuk cicah lemang...Masa hari raya lupa nak ambik gambar,nnt bila saya masak lagi saya tempek gambar kat sini.

No comments:
Post a Comment