RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, September 24, 2009

Raya dan tetamu

Ini pulak Pak Hadi sekeluarga kenalan semasa diJakarta sedang menjamu selera...
Tetamu sedang menjamu selera dirumah saya...makan soto ayam...

Spagetti tuna pedas...sedap nya.....ni Aiza yang masak...


Raya kedua dan ketiga masa dihabiskan dirumah dengan memasak.Masak nasi himpit dan kuah kacang,masak soto dan kek gula hangus.Aiza pulak memasak spagetti tuna yang pedas dengan cili api..tak cukup sepupu2 nya makan...Ramai juga tetamu yang datang,bos Aiza sekeluarga iaitu Dr.Jalal dan kak long Raja Mazian sekeluarga serta Umi Aida dari Baling....



Anak2 jiran juga ramai yang datang.Pagi Raya ketiga sempat la saya sekeluarga beraya dirumah jiran2 terdekat.



Mula2 kerumah jiran saya abang Jamal dimana anak nya Cikgu Nini menghidangkan kami spagetti yang sedap.



Lepas tu kerumah abang Mus dan akhir sekali kerumah mak Siti yang menghidangkan kami dengan mee udang banjir....



Petang beraya diBatu Gajah...makan laksa pulak dirumah kak Ana.Dalam seminggu ni mesti berat badan bertambah 2 kg.

No comments:

Post a Comment