Lagi satu kat KK ada lemang besar sedang dibakar kat depan pasar..tapi tak masak2...he..he...
Kalau ke Bandar Diraja KK jangan terkejut tengok ada jet TUDM tersalah landing..he..he
Jumaat-seawal 6.50 pagi saya dan suami dah berada dilebuhraya utara selatan.Kami ke Kuala Kangsar mengambil anak sedara diMCKK.Selepas keluar dari terowong Menora,cuaca redup dan berkabus,jarak pandangan pun terhad.Kabus lebeh tebal selepas keluar dari terowong.Setengah jam dah sampai ,kami terus kepasar pagi dilembah tepi sungai Perak,hajat hati nak cari buluh lemang,sayang nya tak ada yang jual buluh lemang,kemudian kepasar pulak,pusing2 tak ada pun nampak sesiapa yang jual buluh lemang..kenapa tak ada ya...orang KK semua ada pokok buluh sendiri ke...
Balik keIpoh semula dan kemudian menghantar mak saya ke pasar Batu Gajah untuk membeli daging dan ayam..kat pasar Batu Gajah ,ramai yang berjualan buluh lemang..nak 3 lori pun ada...
Balik kerumah mula memasak sebab anak2 akan balik petang ni...em..sesak nya jalan raya ..selalu dari rumah mak saya keIpoh hanya 20 minit je..tapi kesesakan jalan raya buat masa bertambah menjadi hampir sejam.Kat simpang masuk rumah saya iaitu jalan lapangan terbang paling sesak..ingatkan ada kemalangan tapi rupa nya orang berebut beli daging fresh...Kat Ipoh memang susah nak dapat daging fresh kena tunggu hari raya baru ada orang jual..bukan macam kat Kelantan hari2 ada orang jual....
Hujan turun waktu hampir berbuka puasa...doa saya mengiringi anak2 semoga selamat dalam perjalanan.
Hampir jam 10.30 baru Aiza dan Nain sampai,riuh rendah la dengan cerita2 terkini..
No comments:
Post a Comment