RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, September 19, 2009

Sehari sebelum raya

Pagi yang bz.....menyiapkan bahan untuk rendang dan lain2 masakan menyambut raya.Selesai semuanya sempat la merayau lagi keJaya Jusco ngan anak2..beli kasut raya.Ramai jugak lagi yang masih membeli keperluan raya..kasut,baju dan barangan lain.Singgah di MPH dan membeli beberapa buah buku.Turun kepasar basah dan beli 2 eko ayam kampung,suami dan anak2 saya suka rendang ayam kampung..kaalu ayam biasa tu diaorng tak makan sangat.



Petang beramai2 berbuka dirumah mak saya, penuh la bermacam hidangan dan juadah..berbuka puasa untuk hari terakhir bulan Ramadan,dentuman mercun pun mula kedengaran disana sini.

Selepas berbuka dan berbual2 sekejap balik kerumah kami diIpoh di bekal kan rendang daging yang dimasak oleh mak .Jalan raya sesak dengan kenderaan,sampai dirumah rasa lega sangat....rasa malas nak keluar dan kemana2..

Malam, ank2 berkumpul dirumah dan merasmikan lemang yang dibakar oleh abah diaorang..habis la lemang sebatang dan rendang sepinggan.Esok, diaoarng bertugas pagi dan hanya akan berada dirumah selepas jam 2 petang.kesian sungguh...
Sebelum tido memasak rendang ayam yang dibeli di Jusco dan mengemas la apa yang patut..

No comments:

Post a Comment