RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, September 27, 2009

Masih raya...

Ronda2 diGerbang Malam,Ipoh...macam2 adaaaaa...
Tengok budak ni...orang ambik gambar dia,dia tunjuk jag air pulak...ni bekas student saya ,dah keja kat klinik kesihatan Kepala Batas,PPinang...datang beraya kat rumah saya raya ke7..

Raya ke 8....sebenar nya dah bersedia untuk memulakan tugas kembali setelah bercuti raya selama 9 hari.Rumah pun dah siap kemas ,cuma sibuk menempah unifom baru dan membeli kasut baru untuk memulakan tugas jawatan baru....terima kasih untuk kawan2 yg hantar msj ucapkan tahniah kerana kenaikan pangkat saya.


Tengahari pergi memancing bersama suami,dapat la ikan hampir 10 ekor.Balik kerumah terus masak kari...kari utara...hampir pukul 2 petang adik lelaki saya sekeluarga datang makan tengahari.Mereka dalam perjalanan ke Kuala Kangsar menghantar anak sedara saya ke asrama.


Tertunggu2 jugak students saya yang janji nak datang beraya,tapi bayang pun takada...hari ni budak2 tu dah balik keasrama dari kampung masing2...segan nak datang kut..atau tak ada transport.Dari Sabah dan Sarawak dah sampai lebeh awal..tak datang mama simpan la balik duit raya..he..he...


InsyaALLAH,buat praktikal diHospital Raja Permaisuri Bainun nanti kita boleh jumpa lagi..good luck semua nya,sedeh la..dah 4 tahun jadi LP diaorang..

No comments:

Post a Comment