RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, September 3, 2009

Puasa ke12


Rajin nya abah dan anak2 mama tolong buat biskut raya

Abah menghantar Shafeeq kat kereta...sedeh nak berpisah ngan anak...


Selasa mula bekerja selepas cuti 3 hari diujung minggu.Mulai hari ini hingga 3 minggu saya ada students posbasik,tak boleh lah nak cuti lagi dalam 3 minggu ni.Students saya ni datang dari serata hospital diseluruh negara, ramai yang dah berumah tangga dan tinggalkan anak2 ,hujung minggu baru diaorang balik kerumah masing2.



Petang Nain sampai dari Kelantan,nak berpuasa dengan mama dan tolong mama buat biskut raya...terima kasih sebab datang dan tolong mama.Ringan la sikit kerja mama..Lewat petang Shafeeq sampai dari Perlis..



Sedeh tengok Shafeeq kemas barang2 dia untuk berpindah dan tinggal dengan kawan2.Walau pun dia menyewa rumah tak jauh dari rumah saya tapi rasa sangat ketiadaan dia dirumah.Tak ada lagi orang yang abah nak usik...Niat Shafeeq nak hidup berdikari dengan kawan2 mama restui..Mama doakan yang terbaik untuk Shafeeq...Pandai2 la bawak diri ditempat orang..
Sementara menanti waktu berbuka,sempat la anak2 bujang saya ni menolong membuat biskut London almond bersama abah diaorang.Lepas berbuka Shafeeq bali kerumah sewa dia.



Malam ni terasa leteh sangat untuk kemesjid,jadi duduk saje dirumah.Dan malam ni ada jiran yang berseliseh faham sesama jiran.Terjadi lah sedikit pergaduhan,sebagai jiran yang dapat dibuat hanya meminta mereka banyak2 bersabar.Buangkan yang keruh,ambik yang jerneh..

No comments:

Post a Comment