RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, April 29, 2010

Bulan Mei yang meriah

Meh kita berpoco poco......
DYTM Baginda Sultan Azlan(paling depan) sedang morning walk diPadang Polo..Daulat Tuanku!
Kami rakyat Perak berbangga dengan kehadiran Tuanku beriadah bersama rakyat
Pelangi terlindung dibalik pokok,snap gambo ni dulu....







Ni dia pelangi yang cantik masa on da way ketempat keja....gambo tak terang ,snap dari dalam keta....







7.27 pagi..baru sampai pejabat..
pagi ni Bandaraya Ipoh hujan...tak berapa lebat tapi yang best nya dikaki langit ada dua pelangi cantik....merentangi langit dan pemandangan indah ni jarang ditemui...tapi dalan tahun 2010 ni dah dua kali saya dapat tengok pelangi yang cantik tu..mungkin pada orang lain pelangi tak bawak pe2 erti tapi pada saya itu tanda kebesaran Allah...
memang dari segi sains pelangi tu terbentuk dari cahaya matahari yang menyuluh titik2 hujan..tapi macamana pulak ya ada tujuh warna cantik tu?....macamana pelangi tu terbentuk melengkung dari kaki langit kiri kekanan...dan pagi ni ada dua pulak pelangi...semua nya kerana kebesaran dan kekuasaan ALLAH YANG MAHA BESAR...
cantik sangat warna warni nya.....
sempat la mengambil gambo..nanti balik saya tempekkan gambo2 pelangitu...
oh...hari ni dah Jumaat....sekejap je masa berlalu...sekejap je seminggu berlalu berganti bulan...
esok InsyaALLAH,Adam akan balik...tak sabo menanti kepulangan anak ,menantu dan cucu tersayang....rindu sangat..kalau kat Jakarta diaorang cakap..kangen banget sama kamu...
Esok 1 Mei...kalau bukan sabtu akan bercuti....bulan Mei ramai jugak kawan2 dan kenalan akan menyambut hari ulang tahun kelahairan..harap saya tak lupa nanti nak wish diaorang...
Dr Lily..Masri..Aznur..dan ada dua tiga orang lagi yang saya kenal akan menyambut nya..bulan Mei jugak akan disambut Hari Guru,Hari Jururawat,Hari Belia,dan Hari Ibu...ada lagi ke Hari yang saya lupa?Meriah sungguh bulan Mei dengan pelbagai sambutan HARI...
oh...lagi satu dulu 13 Mei hari bersejarah dalam sejarah negara kita,masa tu saya kecik lagi,baru dalam tahun 3 sekolah rendah...em..m..lain kali boleh citer la pasal 13 Mei tu...


Hampir terlupa bulan Mei jugak ada pertandingan hoki antarabangsa kat Ipoh..Piala Sultan Azlan...he..he..Sabtu lepas morning walk dan berjoging bersama Baginda dan ramai warga Ipoh kat Padang Polo...Daulat Tuanku..!
Tapi kami ralit berpoco poco kat dataran....

No comments:

Post a Comment