RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, April 7, 2010

Jangan terkena

Sampai awal dipejabat,punchcard dibelakang Pengarah..tapi masuk pintu perlahan2,lepas Pengarah punch dan naik tangga,cepat2 punch...
Masuk pejabat terus bukak kosmo online...banyak la berita menarik hari ni...artis ugut dan pukul isteri?eh..ingat anak orang tak de mak bapak ke...tak suka pukul2 pulak...
Hello....setakat badan sakit,hati pun sakit....memang kena pun buat lapuran polis...atau panggil adik beradik belasah dia pulak...he..he...
Kerja pejabat tak habis2...datang dan datang lagi...banyak kena habiskan minggu ni....esok ada taklimat KIK seharian..minggu depan sepanjang minggu akan berada diPerlis..kursus disana..balik tu 21 hingga 23 April kursus mikrosoft Access pulak dan 26 hingga 29 April akan berada diTaman Negara,Kuala Tahan ,Pahang...kursus jugak..rancangan untuk berihat diGunung Jerai bersama keluarga kakak dan sepupu terpaksa dibatalkan.
Rindu kat anak2...Adam jugak...sepanjang minggu ni sunyi je rumah..takde sape2...malam sebab leteh memang awal2 dah pengsan..
Kat pejabat ada ejen insuran datang,suruh masuk dan beli insuran...terpaksa hati2..seorang kawan beli insuran beberapa tahun lepas...baru2 ni masuk hospital sebab kat hospital Ipoh tak ada mesin rawatan sakit jantung tu,jadi masuk hospital swasta...seminggu kena bayar sampai 53 ribu..insuran pulak tak mau bayar satu sen pun..masa suh beli dulu,kata akan bayar kalau masuk hospital...mungkin kawan tu tak baca perjanjian insuran tu...ALASAN INSURAN TAK MAU BAYAR IALAH KAWAN SAYA TU ADA DIABETES ATAU KENCING MANIS..INSURAN TAK COVER..kesian sungguh kat kawan saya tu..dan kenapa lah insuran tu tak terangkan awal2 terma dan syarat insuran dia..jadi hati2 dan baca habis2 syarat kalau nak beli insuran atau apa2 saje lah......
Jangan terkena..berhati2 dalam apa perkara pun...
Surat perjanjian dalam bahasa Inggeris,tulis kecik2 memang malas nak baca...bahasa Malaysia lagi kecik tulisan dia..pandai sungguh..
Petang bertugas diluar sekejap,memandu kereta sendiri sebab kereta Jabatan semua keluar dan digunakan....cuaca panas..panas sangat..singgah minum diresto Ipoh Rumpun kat bandar Ipohraya..

No comments:

Post a Comment