Sepanjang malam tak dapat tido lena..suami demam dan kesian tengok dia yang gelisah berpeluh2...
pagi menyuruh suami keklinik,periksa darah...
selepas menghantar saya kepejabat dia terus keklinik Simee,anak yang bertugas disitu dah ditelepon memberitahu abah akan datang..dari pemeriksaan darah,suami disyaki mendapat demam Denggi...esok kena buat lagi pemeriksaan darah...balik kerumah,memasak sup ketam dan paksa suami makan...berpeluh2...ada la kawan2 suh makan sup ketam...lepas tu makan ubat dan tido...
harap demam akan berkurang....ahad saya pulak akan berkursus..risau...
macamana nak tinggalkan rumah..tinggalkan suami yang sedang demam..
Petang kat pejabat,banyak benda kena siapkan...terutama apa yang perlu dibawak untuk berkursus seminggu ni.....
Balik,petang ke Simpang Pulai membeli capati....makan kat situ dan tapau nasi ayam jugak..
Anak2 kat KL apa kabo ya...semuga semua nya baik2 je...hati2 dijalanraya dan dimana saja...
Anak2 kat Ipoh tentu ok je...takpe tak bertanya kabo mama,tak pe tak datang tengok mama, asalkan semua nya bahagia...
Waktu menaip catatan ni,kat radio sedang berkumandang lagu Cinta tak kenal siapa nyanyian Aris Ariwatan......
sayu mendayu suara penyanyi yang berasal dari Ipoh ni..
Lagu ni ada kenangan tersendiri...
No comments:
Post a Comment