RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, April 1, 2010

Selamat mendaki Gunung Korbu...

Anak mama yang sedang bercuti di Melaka,selamat bercuti..hati2 dimana saja...

best nya dengar lagu2 lama pagi ni....tapi kejap je sebab kena bertugas diluar pulak hari ni...
Balik kerumah mak dan bersembang ngan jiran2 sampai hampir magrib baru balik...Hujan lebat menyambut kami sebaik je sampai diKampung Kepayang...jalan sesak dan ambik masa lama untuk sampai kerumah kami,singgah beli nasi goreng Ailia digerai depan mesjid Kampung Melayu Sg.Rapat...
Suami pulak sibuk berkemas barang2 untuk keCameron Highland esok..ada ekspedisi mendaki Gunung Korbu...
Ramai la staf Jabatan Kesihatan negeri Perak akan turut sama...saya memang tak diajak pegi pun...sebab mesti tak sampai keatas...selalu mendaki Bukit Kledang pun tercungap2 jugak..ini kan pulak Gunung Korbu yang tinggi tu...mahu kena tinggal...atau kena dukung..he..he...
Untuk suami...selamat mendaki..hati2 dan kalau sampai dipuncak,jangan lupa isteri di bawah...untuk Am jugak...selamat mendaki..orang bujang mesti bagus stamina...

No comments:

Post a Comment