RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, April 27, 2010

Rindu sangat...

Masih demam,tapi bangun awal untuk memasak...
Ada tempahan dari anak di Kajang....sambal kuini,sambal tumis ikan bilis,pekasam goreng ,rendang ayam..he..he..banyak nya...
Hari ni banyak tugas menanti dipejabat...
mula2 leka lah menyiapkan tugas memasukkan points cpd dalam line...lepas tu saya dan 4 orang lagi rakan sepejabat ke Kinta medical centre..buat inspection..lama jugak disana,hampir tengahari baru balik,singgah diklinik Simee kerana kawan ingin berjumpa kawan kerana ada hal,saya mengambil kesempatan mengambil ubat difarmasi disitu...dapat la tengok anak saya yang bertugas disitu ,tapi nampak macam dia tak begitu gembira...
takpe la...mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran....
mungkin kedatangan saya mengganggu jugak....maafkan mama...
Balik terus keBuntung pulak,perlu siapkan apa2 untuk kursus anjuran unit kami hujung Mei ini...leteh,tapi banyak tugas perlu diselesaikan termasuk menulis lapuran keKMC pagi tadi...
tak sedar dah pukul 5, balik diiringi hujan renyai2 sepanjang jalan..
Memasak yang paling ringkas....makan sorang2...sunyi nya rumah tanpa anak2 yang disayang...
Rindu sangat pada Adam...
kalau sihat boleh la keKL ujung minggu ni..Adam..... nanti Tokma datang ek...Rindu sangat...

No comments:

Post a Comment