RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, May 27, 2009

Banyak lagi yang tak tahu

Seharian ni menghadiri kursus komputer MS word 2007 anjuran JKN Perak..tengok yang datang ramai yang bertugas dipejabat2 hospital seluruh Perak..mesti diaorang dah pandai2,nak banding dgn saya yang masih baru nak celik komputer..tapi masa tgh belajar tu terdengar lah suara2 mereka...o...macam tu ke..mcm ni ke...betul la kat org,lagi bnyak yg kita belajar,lagi bnyk la yang kita tak tahu..kursus ni sekurang2 nya menambah pengetahuan kita.
Bandaraya Ipoh panas sangat beberapa hari ni,minum air berbotol2 terasa tak cukup,berjalan sekejap tgh panas dah berpeluh2,masa balik kerumah masih ada yang membakar sampah dijln Sultan Azlan Shah..sampai hitam asap berkepul2...tercemar nya udara...semua yang disedut masuk kedalam paru2..agak nya hitam berongga,,itu lah banyak lagi yang tak tahu membakar sampah begitu mencemarkan udara..kesian anak2 kecil,menyedut udara kotor...masa menaip catatan ni..suami saya sibuk membancuh kopi,buat bekalan kejap lagi nak tengok perlawanan akhir bola antara Barcelona dgn MU..kesian anak kesayangan saya tak dapat tengok sebab sedang berkursus induksi..esok ada exam pulak..Kalau tengok jugak mahu terlena masa jawap exam..

No comments:

Post a Comment