RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, July 20, 2009

Keluarga tercinta

Dan ini lah Mohd Wira Adam...buahati kami sekeluarga..3 Ogos ni Adam akan sambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama...
Aiza anak kedua saya yang kami panggil kakak...kakak tak makan durian tau..tapi suka makan tempoyak..macamana tu?orang Perak la katakan..he..he...




Anak saya Mohd Zulkarnain...selalu buat lawak dengan mengejutkan saya didapo dengan kehadiran nya yang tiba2 dan senyap2 je...tapi anak ni suka menolong saya memasak dan ada buku resipi sendiri...caya lah..



Anak saya Mohd Zulkarnain sedang memegang Adam...uncle Nain selalu merindui Adam,dan akan balik keIpoh cepat2 kalau tau Adam nak balik Ipoh..




Ha...a...ni anak saya Mohd Hilmie sedang mandikan Mohd Wira Adam masa berusia beberapa hari...ala..la..la... bucuk nya dia...saya pun takut nak mandikan baby yang kecik macam ni tapi Cik Mie selamba je mandikan Adam...tq ya Cik Mie..





Suami saya yang dikasihi...nampak garang semacam je...bekas tentera la katakan..tapi ada hari kelakar jugak...sekarang ni suka menyakat anak nya Shafeeq...ada saje benda nak diusik nya anak tu..tak pernah mis pegi stadium Perak tengok lawan bola...kecuali hari hujan...suka makan masak lemak cili api.lagi pedas lagi sedaaaap...orang negeri 9 la katakan...




Kenangan dihari persandingan...anak sulung dan menantu saya yang dikasihi...semuga bahagia hingga keakhir hayat...Mohd Aidil dan Aida Mazreena berjumpa masa dimatrikulasi,sama2 belajar di UPM dan kebetulan ya ....tinggal satu taman...he..he...hari raya tak payah gaduh2..pukul 7 pagi kat rumah mama Aidil...pukul 8 pagi dah kat rumah mama Aida..








Ini gambar dua orang anak saya yang tinggal bersama saya sekarang..Ailia atau adik bekerja di Hotel Regency Ipoh selepas habis belajar di Shah Alam,dan Muhammad Shafeeqbertugas diunit kecemasan Hosp.Raja Permaisuri Bainun Ipoh..dua anak ini lah yang menceriakan saya dan suami dirumah sekarang...kadang2 bergaduh jugak..tapi keceriaan tentu berganda kalau anak2 lain balik...Mohd Aidil anak sulung saya besama menantu kami yang dikasihi Aida Mazreena,anak kedua saya Aiza atau kakak dan dua lagi anak saya Wan Mohd Hilmie dan Mohd Zulkarnain..dan permata hati kami Mohd Wira Adam...


Walau pun rumah ni kecil dan ada 3 bilik tido je tapi kami sekeluarga rasa selesa dan seronok tinggal di rumah ni...tapi sekarang cuma saya ,suami dan dua orang anak yang tinggal..anak2 lain tinggal dirumah sendiri diKL.

Dapo pun comel je...tapi didapo yang comel tu la tempat yang paling saya banyak habiskan masa....he..he...memasak la...hobi utama saya...kat dapo saya ada radio yang tentu nya akan berkumandang lagu2 kegemaran saya dari stesyen radio kalsik nasional..tak ada sape pun yang berhak tukar stesyen radio tu...






Ini rumah saya diIpoh yang kecil dan comel (sendiri puji la pulak)...dulu kami sewa rumah ni tapi Allhamdulillah,akhir nya jadi rumah sendiri...terima kasih kakak...sebenar nya dulu kami tinggal dirumah sendiri di Batu Gajah dimana anak2 membesar,tapi kami rasa seronok tinggal dirumah ni yang selesa persekitaran nya dan dikelilingi jiran2 yang baik2 belaka.
Rumah ni terletak dibelakang stesyen bas ekspres Medan Gopeng dan hanya 500 km dari lapangan terbang Sultan Azlan Ipoh..nak kebandar Ipoh pun cuma 5 minit dan berhampiran tempat kerja saya. Pendekata ada kemudahan dan selesa.InsyaAllah...saya dan suami akan menetap disini...anak2 nak balik dari KL pun mudah,begitu juga jika sedara mara atau kawan2 datang,mudah sangat nak cari rumah ni....

Sunday, July 19, 2009

Setengah hari di KK

Tengok..ni Afiq anak sedara saya yang kelakar tu bersama ibu nya dalam bot menyusuri sungai Perak..
Jam antik diasrama MC KK,masih berfungsi dan cantik

Dah puas menyusuri sungai Perak...makan cendol pulak...


Istana Iskandariah dari kejauhan....



Kubah mesjid Ubudiah nampak kejauhan dari bot kami




Bot yang membawa kami menyusuri Sungai Perak





Laksa KK, yang istimewa sudu dia...panjang kan tangkai dia...






Kelakar nya....kepala lembu dipasar pagi lembah,KK




Sabtu pagi,rumah terasa sunyi,suami saya kena bertugas diKL,anak2 saya pulak kena shif pagi,seawal 6.45 pagi dah tinggalkan rumah.Lepas kemas rumah dan masak serba sedikit saya diajak olih adik ipar yang baru sampai dari KL untuk keKuala kangsar untuk melawat anak sedara saya yang belajar diKolej Melayu .

Dari rumah saya diIpoh untuk ke KK,hanya 40 minit perjalanan saje.Selepas mengambil anak sedara saya ,kami ke dataran lembah ditepi sungai Perak yang kebetulan ada pasar pagi. Macam2 jualan yang ada termasuk sayur kampung dan ikan sungai.Meriah sungguh dengan buah durian yang berlonggok2 dan buah rambutan merah kuning...Adik dan adik ipar saya tak toleh kiri kanan terus oder laksa KK yang terkenal tu...Saya pulak tak suka sangat laksa KK sebab dibuat dari tepung gandum bukan tepung beras,jadi laksa nya macam melekat dan berat sikit...pada orang lain mungkin ok..lain orang lain selera...




Yang kelakar anak sedara saya yang berumur 3 tahun menjerit 2 tengok kepala lembu yang dijual bersama daging lembu segar..mula2 ingatkan dia takut rupa2 nya dia rasa kelakar tengok kepala lembu tu...he...he...orang ramai yang lalu lalang pun berenti tengok budak nakal tu..


Lepas puas tengok jualan dipasar pagi kami berpeluang menyusuri sungai Perak, dengan menaiki bot yang mengenakan tambang rm 8 dan rm 4 untuk kanak2.Mula2 takut jugak,ya le tengok air sungai ,dan kelebaran sungai Perak tu ,cuak jugak kata orang Perak.Tapi,bila bot tu dah mula bergerak seronok pulak,terasa sejuk dan nyaman ditambah pemandangan tepi sungai yang cantik.Kampung2 ditepi sungai masih nampak asli dengan rumah papan dikelilingi pokok buah2an...nampak kanak2 riang bermain dan mandi ditepi sungai...sempat jugak ambik gambar mesjid Ubudiah yang cantik tu yang nampai kubah nya dicelah2 pohon kayu.Begitu jugak Istana Iskandariah yang tesergam atas Bukit Candan.....pendek kata memang best la menyusuri sungai Perak pagi tu...



Lepas menaiki bot,dan berada ditebing sungai sempat la makan cendol pulak...em..m..nyaman nya tekak,ditambah angin sepoi bahasa yang bertiup...mata pun layu layuan jugak..he..he

Sos cili mama


Daun2 aloevera dibuang kulit nya

Dibasuh bersih sebelum diambil jeli nya



Khamis dan Jumaat 2 hari sibuk dengan meeting dipejabat...meeting untuk hari keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Perak 25 julai ini di Teluk Rubiah beach resort.Kupun2 dah terjual..semua unit dan peringkat kena berjualan untuk kutip duit tabung sukan..saya dan kawan2 dari unit kejururawatan pkd Kinta akan bukak gerai jualan air aloevera dan bakwan.sape lagi ketua nya,kalau bukan saya...takpe nanti sabtu depan saya cerita pasal sambutan hari keluarga ni..



Sebenar nya mula2 diaorang minta saya tolong bancuh bakwan je,tapi bila meeting diaorang lantik saya pulak jadi ketua...pandai betul...sabo je....bukan senang nak kumpulkan daun2 aloevera untuk diambil jeli nya tu..pokok aloevera yang berumur 5 tahun saje yang boleh,iaitu yang dah besar lengan kita daun nya...masak dengan gula tebu warna coklat yang wangi tu memang sedap....ramai yang kata macam nata de coco tapi jeli nya lebih lembut.sebelum ni memang saya pernah jual dan dapat sambutan tapi susah jugak nak cari daun yang besar...tapi ramai staf yang nak sponsor sebab ramai yang tanam aloevera ni tapi tak tau nak buat pe2...he..he..Rehan mesti teringin ni....tak pe datang Ipoh, kita buat atau kalau ada kat Kajang pun boleh masak...sedaaaap...gua cakap lu..lagi pun banyak khasiat..


Macam bakwan iaitu cucur udang Indonesia tu ok la...bancuh tepung dan campur sayuran yang dipotong kecil macam karet.kubis,kucai dan tauge...campur 2 3 bahan lagi dah boleh goreng.cili sos pulak buat sendiri,memang best...ramai kawan2 selalu tanya macamana nak buat cili sos sendiri yang paling simple untuk dimakan dengan cucur udang,popia dan lain2..ni saya catitkan resipi sos cili paling simple.boleh masak tak sampai 5 minit.
SOS CILI MAMA
BAHAN:
7-8 sudu cili kering blender
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sudu cuka
4 sudu gula
sedikit air ikut kepekatan yang dikehendaki
sedikit garam
CARA:
Masak diatas api perlahan hingga mendidih dan pekat sedikit.Boleh lah dimakan dengan cucur udang atau popia dan lain2..

Wednesday, July 15, 2009

Birthday adik


Kek hari jadi adik (Ailia)...HAPPY BIRTHDAY ADIK
Ni antara students perempuan saya,comel kan....


Petang Rabu,balik dari kerja terasa malas sangat nak memasak.Sempat rebus ikan kembong untuk kucing saya Ninja je,lepas tu mengadap laptop...seronok nya ya kalau dapat bermalas2..tak buat keja,tak payah memasak..tak payah buat pe2...tapi cukup bulan dah ada duit dalam bank..he..he..angan2 kejap.
Semalam 14 Julai hari jad anak bongsu saya Ailia yang ke21, kek nya comel dan kecil je,cukup la untuk kami 4 beranak makan kat umah dan adik hantar kat abang Hilmie nya 2 potong.Tak beli hadiah pe 2 cuma bagi duit je..tak tau nak beli pe,bagi duit boleh la anak2 beli sendiri barang apa yang diaorang hendak.
Pagi tadi saya menerima students perempuan, ini adalah pengambilan pertama students perempuan sebagai Penolong Pegawai Perubatan Pelatih diKolej PPP Ulu Kinta(pengambilan Januari 2008)dan sekarang mereka berada dalam sem 4 tahun 2. Sebelum ni,Penolong Pegawai Perubatan hanya dibuka untuk lelaki sahaja.

Sementara Jururawat pelatih pula sudah ada pengambilan lelaki.kadang2 keliru jugak dengan students ni...yang lelaki jadi Jururawat,yang perempuan jadi PPP.
Tapi Diploma Jururawat diiktiraf seluruh dunia, kira profesional la..sebab tu ramai Jururawat kita bekerja diseluruh dunia dan paling ramai dinegara Arab Saudi,Oman dan lain2.Sayang nya diploma PPP,tak diiktiraf,kalau tak tentu dah ramai lari bekerja keluar negara,gaji yang dapat lumayan,macam kat Arab atau Oman,gaji Jururawat dibayar antara rm 7 ribu hingga rm 10 ribu sebulan. Tapi masih ramai yang setia bertugas di Malaysia tercinta...

Orang Perak la katakan....

Petai pun tengah banyak kat Ipoh...
Durian...durian...meh le ke Perak makan durian


Minggu ni agak sibuk dengan macam2 aktiviti ditempat kerja.cuaca pulak tak menentu,panas, hujan ...panas tu panas sangat..ramai yang batuk dan demam.staf pun ramai yang sakit tekak. Ahad keSg.Siput ada kenduri kawin kawan suami saya, balik singgah sekejap di Airport dekat rumah saya,tengok ada karnival usahawan,sebenar nya nak cari durian untuk dibuat tempoyak ,tapidurian yang tinggal dah tak berapa elok...sempat tengok Jururawat dan staf horpital Pakar Ipoh masak popia dan diatur panjang diatas meja untuk dijual...hasil jualan didermakan kepada rumah anak2 yatim sekitar Ipoh.
Petang keGunung Rapat,beberapa gerai menjual durian dipenuhi pelanggan..beli beberapa biji dan balik kerumah dibantu anak saya ,kami mengasingkan isi dan biji durian untuk dibuat tempoyak.dapat lah 3 botol dan rasa nya seronok lah anak2 yang suka sangat dengan tempoyak ni.Orang Perak la katakan....

DiPerak,tempoyak boleh kita tengok dijual dipasar sepanjang tahun.tapi kena pandai jugak nak beli tempoyak yang asli..tau tak,tempoyak ada orang buat campur isi durian dengan pisang yang sudah dilenyek,,jadi yang menjual untung,yang beli tertipu...lagu doroan (durian)dah berbunga nyanyian Os,memang betul la senikata dalam lagu tu,Kalau musim doroan...deme mula bengkeng...mana tak bengkeng, durian memang mahal, jadi yang ada pokok durian yang berbuah lebat tu tau jela,poket penuh duit...bengkeng dan berlagak la...he..he....

Saturday, July 11, 2009

Mohd Wira Adam

Mohd.Wira Adam....yang sentiasa dirindui oleh kami di Ipoh
Mohd.Wira Adam ..penghibur hati kami sekeluarga



Minggu ni semua nya berjalan saperti biasa ,cuti semester students saya dah habis, semua dah balik kekolej semula...students semester 5 dan 6 masing2 ditempatkan dihospital dan klinik seluruh Perak dan ada juga dihospital diKelantan.
Students sem 4 yang akan ketempat saya bermula minggu ini adalah batch pertama yang ada students perempuan...sebelum ni semua students saya lelaki..harap semua nya akan berjalan dengan baik...InsyaALLAH...
Petang Jumaat selepas sampai dari Cameron Hihgland, suami saya mengajak ke KualaLumpur ,kerana rindu pada permata hati kami sekeluarga Mohd. Wira Adam. Bertolak ke KL jam hampir 7 petang,dalam remang senja hujan turun renyai2...sampai diKajang hampir jam 10 malam.Terus kerumah kakak,sempat memasak sayur rampai tempoyak yang dibeli dipasar malam Simpang Pulai dan kemudian terus tidor kerana leteh .Pagi kerumah anak sulung saya Mohd. Aidil,disambut menantu saya Aida dengan mee goreng...dan puas lah bermain dengan Adam...tengahari mereka sekeluarga bertolak ke Ulu Langat untuk aktiviti reunion bersama teman2 seuniversiti.

Saya dan suami singgah di butik Ariani dibandarbaru Bangi dan kemudian berehat sebentar dirumah kakak sebelum bertolak balik ke Ipoh.Sampai diipoh jam 8 malam dan sempat pula ke karnival usahawan sempena pendaratan sulung FireFly di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
yang hanya beberapa meter dari rumah kami.sempat singgah kegerai2 yang ada ,sayang nya hujan pulak turun...hujan rahmat barangkali..kesian para peserta ,terpaksa tutup gerai awal,esok akan sambung lagi sebab karnival ni akan berakhir esok.

Thursday, July 9, 2009

Ni bukan lelong majalah tapi jemur majalah....sehari selepas banjir
Ha...a....ni beg2 jiran saya yang basah dibawah katil...sehari selepas banjir

Dua dalam satu...jemur majalah dengan tilam....sehari selepas banjir






Jemur novel atas pagar...sehari selepas banjir




Lama tak buka laptop dan mencatat apa2, demam yang disebabkan keletehan,tapi telan panadol 2 biji dan tido tak juga kebah...lama2 buat taktau je,pegi keja macam biasa dan buat kerja macam biasa...rasa ok...
Pagi ada presentation dan meeting diklinik Gunung Rapat,balik tengahari berihat sekejap kemudian ke tempat kerja semula. Anak saya Shafeeq dan Hilmie baru balik makan nasi wage wage kat belakang mesjid negeri..ketagih la tu....
Cuaca panas tapi beransur mendung sebelah petang.,dekat pukul 4 petang dah nampak gelap sangat dan terdengar guruh sayup2 dikaki langit...takut juga hujan lebat dan air naik..

Kawasan rumah saya diTaman Maju Rapat dekat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah memang agak rendah dan pernah banjir Disember tahun lepas...selalu tengok dalam tv atau surat khabar je,tapi bila terkena sendiri memang banyak masaalah...Ingatkan hujan macam biasa tapi bila air mula naik ,panik dan kelam kabut jugak.Mujur suami dan anak saya Hilmie ada dirumah masa tu.
Tapi bila air masuk dalam rumah memang taktau nak selamatkan apa...fail2 yang mengandungi surat2 mustaha, buku2, majalah, novel, buku resipi kesayangan saya..eh...memang panik...sofa lagi....tv,barang lektrik....tau2 air dah separas lutut....itu pengelaman pertama dilanda banjir....Alhamdulilah , itu banjir kilat je..hanya beberapa jam. Lepas tu nak cuci rumah pulak....nak basuh dan jemur pakaian, barang2, buku2 dan macam2.... Masa tu pulak saya lagi 3 hari akan keJakarta...punya la penat dan bimbang...
Teringat pada mereka yang selalu kena banjir sampai tenggelam rumah,kesian dan simpati sangat...
Jiran saya yang balik kampung dan tak ada kat rumah masa tu lagi teruk...habis laptop,tv,petiais,sofa dan lain2 ..kereta pun air masok sampai kekusyen...apa pun pengelaman ini beri pengajaran supaya sentiasa berhati2 dan menyimpan barang2 mustahak dengan selamat.Contoh surat2 yang mustahak saperti surat2 kereta ,surat rumah,sijil kelahiran anak2 dan lain2.
Simpan lah dalam fail dan senang dicapai jika berlaku perkara yang tak diingini.Harap2 banjir ini tak berulang lagi...amin...