RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, May 30, 2009

Gambar pertama

Anak dah belikan kamera dan ini lah gambar pertama kamera baru .Ha..ha..jadi model diblog sendiri..memang lah anak2 banyak akal dan kerenah ,masing2 ada kelebihan tersendiri.Merekalah yang sibuk mengajar saya membina blog ini dan mengajar saya menaikturun gambar2..Sekurang2 nya masa saya terisi selain dari menghabiskan masa dengan hobi saya iaitu m embaca dan memasak.

Belajar komputer

Sabtu,anak2 berkumpul dirumah,riuhrendah suasana didapur saya yang kecil.seawal 6 pagi saya dah mula memasak rendang ayam dan mengukus pulut kuning.saje nak meraikan 4 orang anak yang dah lulus dalam final exam masingmasing.Bangga dan bersyukur sangat dgn pencapaian ank2,bermula dgn Shafeeq,adik,Hilmie dan akhir sekali Nain...
Suami menalipon ank sulung dan menantu tp tak dapat blk,sebab anak sulung saya kena kerja.anak kedua saya diKajang menalipon dan jeles dengar suasana riuh dirumah.kakak nak balik kata nya dan 2 jam kemudian dia dah terpacul didepan rumah disambut adik2nya yang mmg ternanti2 kehadiran nya untuk lebeh menceriakan suasana.
Kenapa blog mama tak masuk gambar?tanya anak2..Ha...ha..kamera lama dah teruk kata saya,ptg kekinta city beli kamera baru,lepas ni boleh masuk gambar banyak2.Balik dari kintacity,sibuk pulak anak2 ajar macamana nak masuk gambar dalam blog.Sebenar nya saya baru nak celik2 komputer ni,tapi tak lah teruk sangat kan...lambat sikit je,jangan tak tau langsung.Belajr komputer pun masapergi kursusposbasik dulu,lepastu hujung tahun lalu suami belikan laptop,baru lah bersemangat nak ngadap komputer,selalunya bukak MYRESIPI..

Friday, May 29, 2009

Manusia Biasa

Ailia(Adik) bersama abang nya Mohd Shafeeq
Senyuman manis dari 3 orang Jururawat KK Simee,Ipoh.nak kena cucuk takut jugak kan?




Hari ini rasa nya tiada peristiwa penting untuk dicatitkan..tapi hati terasa bangga dgn kejayaan anak yang dpt 3.90 pointer dlm final exam..begitu juga dgn kejayaan anak2 lain sebelum ni..bersyukur sangat ,semuga Allah memberkati segala usaha anak2 mama... Yang dah bekerja Mohd.Aidil,Aida ,Aiza,Shafeeq dan Mohd Hilmie semuga bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawap.Dua anak bungsu saya Nain dan Ailia (kami panggil adik)InsyaALLAH,semuga bila bekerja nanti akan bekerja dengan baik.

Pagi td semua staf diminta mendapatkan vaksin Influenza,masa sinsing lengan baju masing2 berkerut muka...tau pun takut,masa cucuk pesakit siap cakap..tahan sikit ya,sakit sikit je..tp bila diri sendiri nak kena cucuk,macam nak lari ...yang kelakar baik Doktor atau MA atau Jururawat sama je..

Memang bertugas dalam bidang kesihatan dan perubatan,rasa takut kalau sakit apa2 lebeh dari orang lain,kalau sakit perut bahagian tepi kanan,hati tertanya2 appendiks ke?begitu jugaklah kalau sakit yang lain2 ..hati tertanya2 malah kadang2 dah tau penyakit apa...dah boleh
diagnos kan sendiri...ya lah masa berkursus 3 tahun untuk Jururawat dan Pembantu Perubatan atau MA semua jenis penyakit dan tanda2 dah belajar....jadi rasa takut kalau sakit apa2 akan lebeh dari orang lain..

Apa2 pun memang tabik dengan kakitangan klinik dan hospital yg bertugas siang dan mlm,yg sanggup bergelumang dgn najis dan darah..berdepan dgn mayat dan segala macam kerenah ,yg kadang2 kena marah dan makihamun dari pesakit dan keluarga mereka..walaupun selalu dikecam jika ada yg terkasar dan tersalah tapi mereka juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan.jadi kita cuba lah memahami keadaan mereka...mereka pun manusia biasa

Thursday, May 28, 2009

Sambal tumis 6 ekor udang

Pagi yang kelabu dalam perjalanan ketempat kerja,bukan jerebu tapi rasa nya asap entah dari mana..ramai yg datang kerja dgn wajah lesu...tengok bola sampai subuh ...yg sokong MU nampak tak ceria..adat lah kalau dua2 menang siapa pulak yang nak kalah.
Balik kerumah petang hujan renyai2 sepanjang jalan...ke Batu Gajah bersama anak2 yg teringat nak makan ayam goreng cikgu (Yg jual ayam tu cikgu sekolah) balik sampai kerumah dah kul 8 malam,keluar 7 pg,balik 8 malam, leteh sgt...tapi sempat lagi memasak sambal tumis udang untuk anak yg baru habis exam induksi pagi tadi..sebab yang nak makan sorang saja saya hanya keluarkan beberapa ekor udang saja dari peti ais..masa masak baru kira udang tu,ha..a..6 ekor..jadi la sambal tumis udang 6 ekor..mama bukan kedekut tapi masak banyak takut tak habis sebab yang lain dah kenyang makan ayam goreng cikgu..berselera sgt ank mkn nasi ngan sambal tumisudang..em...m..rindu mama masak la tu..hari2 mkn nasi beli tentu dah jemu..semua anak2 saya ada makanan kegemaran masing2.Tapi saya bersyukur kerana anak2 tak memilih apa yang saya masak.makanan kegemaran mereka pun yang simple2 je,sambal tumis,sambal kuini,mihun goreng,sup sayur,ikan rebus goreng dan yang senang2 je untuk saya masak.

Wednesday, May 27, 2009

Banyak lagi yang tak tahu

Seharian ni menghadiri kursus komputer MS word 2007 anjuran JKN Perak..tengok yang datang ramai yang bertugas dipejabat2 hospital seluruh Perak..mesti diaorang dah pandai2,nak banding dgn saya yang masih baru nak celik komputer..tapi masa tgh belajar tu terdengar lah suara2 mereka...o...macam tu ke..mcm ni ke...betul la kat org,lagi bnyak yg kita belajar,lagi bnyk la yang kita tak tahu..kursus ni sekurang2 nya menambah pengetahuan kita.
Bandaraya Ipoh panas sangat beberapa hari ni,minum air berbotol2 terasa tak cukup,berjalan sekejap tgh panas dah berpeluh2,masa balik kerumah masih ada yang membakar sampah dijln Sultan Azlan Shah..sampai hitam asap berkepul2...tercemar nya udara...semua yang disedut masuk kedalam paru2..agak nya hitam berongga,,itu lah banyak lagi yang tak tahu membakar sampah begitu mencemarkan udara..kesian anak2 kecil,menyedut udara kotor...masa menaip catatan ni..suami saya sibuk membancuh kopi,buat bekalan kejap lagi nak tengok perlawanan akhir bola antara Barcelona dgn MU..kesian anak kesayangan saya tak dapat tengok sebab sedang berkursus induksi..esok ada exam pulak..Kalau tengok jugak mahu terlena masa jawap exam..

Tuesday, May 26, 2009

Dari ALLAH kita datang..

Allahyarham Mohd Nor Sharul Nizam ( berdiri).....semua nya tinggal kenangan......dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali


Nanti kita sambung lagi cerita bayangan kenangan waktu kecil saya..pagi ni saya masak kek coklat untuk seorang anak sedara yang mmg suka sangat kek ni,tapi..kek ni buatkan saya teringat pada seorang student saya yang terlibat dalam tragedi diLubuk Timah,jalan Cameron Highland 9 mei 2009 lalu..

Masa arwah datang ketempat saya bertugas,pada 29 April 2009, saya masakan kek coklat ini untuk arwah dan kawan2..tapi sebab ramai,setiap seorang hanya dapat makan 2 biji je..arwah bertanya pada saya samada boleh tak masak sekali lagi..saya kata boleh sebab semua bahan maseh ada dan saya nak arwah yang masak sebab dari awal tadi dia saja yang nampak berminat dan berdiri disebelah saya tengok saya masak..hanya dia yang beria2 menyalin resipi yang dipotong2 nya berulang kali sebab salah salin ..dan dengan setia nya dia membancuh dan mengukus kek tu hingga masak.

Kalau la masa arwah minta nak masak kek tu saya tak benarkan tentu la saya menyesal tak sudah...

Teringat arwah tido disofa waktu lepas makan tengahari,mungkin leteh dan kepenatan.Tak sangka semua nya tinggal kenangan..



Allahyarham Mohd.Nor Sharul Nizam meninggal dunia bersama seorang lagi student saya kerana lemas sewaktu mandi di tapak perkelahan Lubuk Timah pada 9 hb mei 2009.Dari Allah kita datang,kepada Nya lah kita kembali..AlFatehah..

Terima kasih cikgu

Sempat bergambar disekolah saya dulu

Mungkin sebab ramai bejalan kaki pegi dan balik sekolah membuatkan saya tak pernah merungut kepenatan.ya lah semua bejalan kaki...tak terasa berulang alik kesekolah tu setiap hari.tapi ada jugak sesekali saya dan kawan2 ditumpangkan oleh cikgu dgn kereta..seronok sangat..tak rasa naik kereta kalau cikgu tu tak tumpangkan..masih ingat lagi,cikgu tu balik kerumah dia dipekan Parit Buntar,lalu simpang kampong kami,jd dia tumpangkan,em..kereta Fiat warna putih,kecik sangat kereta tu comel sangat...tentu cikgu kesian tengok kami berpeluh2 berjalan kaki,merahpadam muka2 comel kami dibakar panas matahari..he...he...


Ingat lagi cikgu tu,nama dia cikgu Zakaria bin Abdullah..masa tu dia bujang lagi..mungkin berumur dalam lewat dua puluhan.Cikgu Zakaria ni pandai main muzik dan kalau ada apa2 pementasaan disekolah dia lah yg akan bermain muzik saperti arcordian..guru2 lain yang maseh saya ingat nama mereka ialah cikgu Don (guru besar -Allahyarham)Cikgu Ahmad(gelaran cikgu Mad bahulu)Cikgu Yusof Lazim...oh ya saya bersekolah di Sek. keb Sungai Megat Aris,Bagan Tiang dekat Parit Buntar Perak.tapi bangunan sekolah lama dah takada ,sekarang bangunan baru sekolah dah didirikan ditapak baru dekat bekas tapak lama.Apa pun terima kasih pada guru2 yang pernah mengajar saya dulu.