Pagi Jumaat keauditorium dengar presentation...
Pukul 11 meeting dengan Dato' Rama iaitu ketua Jabatan Orthopedik HRPB,Ipoh.
Balik kewad bertugas macam biasa ,ada rombakan staf dan penempatan..kerana ada yang naik pangkat dan kena tukar ketempat lain.
Saya pun terlibat,menggantikan mereka,masih dalam Jabatan orthopedik tapi bertukar wad..
Tahniah untuk pasukan futsal jabatan kami yang dapat tempat kedua untuk perlawanan antara jabatan semalam.Pemain semua nya doktor2 siswazah yang masih muda dan bertenaga..
Balik kerja terus kerumah mak saya,rumah mak saya hanya kira2 10km je dari rumah kami, saje pegi tengok mak yang tinggal seorang diri.
Malam Ailia balik keIpoh memandu sendirian, sampai diTapah dia menalipon mintak abah atau abang Mie nya menjemput diTapah..Sebenarnya Ailia baru balik bertugas diTerengganu.
Tanya punya tanya rupa nya dia takut memandu berhampiran Gua Tempurung..memang kat situ gelap,dan tengok bukit2 batu kapur kat situ memang lah menggerunkan...nampak semacam je kalau malam...jadi abah dan abang Mie nya pegi menjemput ditol Tapah, jauh jugak dari rumah kami diIpoh.Hampir 30 minit perjalanan.Kebetulan abang Mie nya keja shif pagi.
Sampai dirumah banyak lah cerita tentang Terengganu ....ole2 yang dibawak,tentu lah keropok leko..
Sempat lah saya memasak serba ringkas untuk Ailia dan Hilmie makan malam.
Sedikit tentang Gua Tempurung..terletak kira2 1km saje dari susur keluar tol Gopeng, kalau dari selatan gua tu disebelah kiri, kita akan mendaki bukit dan kemudian menurun selepas melepasi bukit batu kapo yang ada Gua Tempurung didalam nya.Melalui lebuhraya kita tak boleh pergi keGua Tempurung tu, tapi kena keluar ditol Gopeng dan melalui pula jalan raya Perseketuan atau jalan raya lama hala keselatan. Kalau nak masuk kegua tak dibenarkan masuk sendiri kena ada guide yang boleh ditempah kat situ,kena bayar sikit,digalakan masuk cara berkumpulan.Yang lemah semangat pun tak digalakan masuk dalam gua tu,kawan sekerja saya (lelaki) pernah histeria masa kat dalam gua tu,mungkin rasa lemas atau terkepung sebab tak nampak pe2 selain dari dinding gua ...tapi banyak benda menakjubkan boleh kita tengok dalam gua tu...
RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN
JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....
Saturday, October 31, 2009
Thursday, October 29, 2009
Studio mini saya
31 Okt 2009, studio mini saya..tak siap lagi..
Studio mini saya yang dalam pembinaan..dari dalam dan luar...comel kan..sendiri puji la pulak..ha..ha...
Ni dia talam ubi kayu yang dibuat hari tu..selamat mencuba...
Dah 3 minggu saya kurang berada didapo..Sedang diubahsuai...
Yang best studio mini saya sedang dalam pembinaan...mini dan comel...
Distudio ni la saya akan habiskan masa ...apa lagi sambil mendengar lagu2 ...tentu ilham mencurah..
he..he...ilham memasak..Dapo lama yang lebeh besar mungkin nak dijadi kan kelas memasak...ramai dah call mintak mulakan balik kelas memasak saya yang dah lama berhenti sejak saya tak sihat dulu,Insya ALLAH.semuga saya diberi kesihatan untuk sama2 berkongsi ilmu dengan sesiapa saja..student saya yang belajar memasak dulu ada yang dah berniaga dan hantar kue ke hotel..syabas...saya berbangga dengan salah seorang yang begitu rajin iaitu Liza dari Rapat Setia..kue2 Liza saya dah nampak diKafetaria HRPB,Ipoh.
Kalau komposer lagu mencurah ilham distudio,saya pun ada jugak studio...studio memasak..
Pagi Isnin rasa malas sangat nak keja..
Sedap nya kalau dapat tido waktu hujan dan dalam cuaca sejuk,tapi keja tetap keja..kena pegi jugak,rajin atau malas..tak ada beza.
Meeting jabatan macam biasa..setiap petang Rabu...
13 dan 14 Nov ni, Jabatan saya akan anjurkan konferen peringkat kebangsaan..saya terlibat secara langsung..incharge cenderahati untuk penceramah dari luar negara, dan tolong apa2 yang patut.
Banyak benda dan perkara perlu disediakan..kad jemputan,tempahan hotel untuk tetamu,jamuan,dewan,cenderahati,nametax dan macam2..semua yang incharge dah dilantik.Harap semua nya ok.
Harap2 doktor siswazah yang ramai2 tu akan membantu...ada 30 orang lebeh yang sedang posting diJabatan Orthopedik sekarang..disini saya nak cerita sikit hal doktor2 siswazah ni atau diHospital dipanggil HO atau dulu2 dipanggil housemen...ramai yang anak2 Melayu dan tentu lah perempuan yang ramai..lelaki ada lah 3..4 orang..sayangnya diaorang ni ramai yang sombong2...pagi2 masuk kewad langsung tak tegur kami yang sedang bertugas,lebeh2 lagi saya yang incharge wad...kalau berat mulut sangat nak bagi salam, senyum sikit pun apa salah nya...bukan kena bayar pun kalau senyum...kami seolah2 tak ujud...main redah je..bukan la kami mintak dihormati tapi dengan muka masam...tak reti2 nak senyum sikit pun....tu baru jadi HO...belum Doktor betul lagi ....tapi kalau nak mintak tolong ape2 pandai pulak...tapi ada jugak yang baik dan hormat kami staf yang pangkat 'mak' kat diaorang...(untuk Dr JUVINA MOHD JANURUDIN dan DR. SYAM kekalkan budibahasa dan kesopanan.... walau pun bila dah bergelar Doktor nanti, ibubapa anda tentu berbangga dengan anak saperti anda) bila dia orang dah jadi doktor nanti tau la langit tinggi atau rendah kalau maseh sombong macam tu...staf kat wad akan boikot..nak apa2 cari dan buat la sendiri...itu lah pengelaman saya.Dato' tak baca kut blog saya...mintak ampun Dato'....
Tapi yang berbangsa cina memang saya puji..tak sombong dan sentiasa senang untuk bekerjasama...Dah 30 tahun saya bertugas dihospital dan klinik,doktor berbangsa cina selalu nya tak banyak kerenah..tak banyak ragam...saya juga hormat dan puji habis kat doktor2 pakar kat wad saya,tak sombong,baik dan sentiasa menghormati antara satu sama lain...untuk Dr Roshan Gunalan,senyuman manis anda ada lah ubat terbaik untuk pesakit yang sedang dirawat..Dr Roshan adalah anak bekas pemain babminton negara Punch Gunalan.Begitu juga Mr.Mohd. Asni
Alias Doktor Pakar kelahiran Taiping yang baik sangat dan sentiasa memberi masa mendengar aduan dan masaalah pesakit..Doktor2 begini lah yang akan sentiasa dikenang budibaik nya oleh pesakit.Dah jadi Pakar,tak sombong pun,senyuman sentiasa dibibir...tak pernah meninggi suara pun pada staf dan pesakit...
Untuk pasukan futsal Jabatan saya ,iaitu Jabatan Orthopedik selamat berjaya dalam perlawanan futsal Khamis ni...
Minggu ni masih ada yang buat jamuan..makan lagi...baju yang dah longgar masa puasa hari tu dah ketat balik,ha..ha..ha...
Hampir terlupa ,ada kawan mintak resipi talam ubi kayu..nanti saya catatkan.Minggu lepas buat tapi tak sempat nak hantar...dah habis pun.
Labels:
Macam2
Monday, October 26, 2009
Hujung minggu diKL
Penat la uncle Nain melayan kerenah Adam yang lasak dan manja
Ni la sate Padang yang kami makan direstoren Padang di Bangi, kuah dia macam kuah kari...dihidang bersama ketupat nasi.
Penat berjalan jalan...Adam makan kentang putar disuap auntie Chu nya dibawah rumpun buluh Alamanda..
Tengok hotel ni teringat kat Ara di Jeddah...blog dia BLUE SKY AWAN BIRU...ha..ha...
Adam leka bermain komputer....bukak youtube ke....ha...ha...pegang mouse belah kiri..caya lah...
Ailia dipejabat.....duk kat KL dah gelap anak mama..he...he...
Adam terpegun melihat ikan2 cantik dalam akuarium...
4 hari tak mencatat ....
23 Okt bercuti dan keKL
Rancangan ke Melaka dibatalkan..anak2 lelaki saya semua tak dapat cuti....jadi Aiza kata tak seronok tak ada adik2 lelaki dia tu...jalan2 diKL je...
Jadi sampai diKL saya kepejabat Ailia..tengok pejabat dan tempat keja dia...risau sangat anak2 yang memulakan kehidupan sendiri..diBandaraya besar pulak...
Kemudian keJln Mesjid India..0h...sesak sangat,jadi terus keAriani..beli tudung untuk dipakai kerja dan menunggu anak saya Naik yang naik LRT dari Ampang..
Terus kerumah adik saya Ara,berjumpa mak saya yang tinggal disitu.Mengikut perancangan,Ara akan balik dari Jeddah malam ahad..
Hampir senja setelah Ailia balik dari kerja kami kerumah Aiza diKajang...leteh sungguh,terperangkap pulak dalam kesesakan jalan raya diLebuhraya Persekutuan.
Sampai dirumah Aiza ,saya memanaskan lauk yang dibawa dari Ipoh...makan bersama anak2 memang menyelerakan..
Pagi Sabtu kerumah Aidil, mengambil Adam dan menghantar Nain balik ke Ampang sebab dia bertugas petang,sempat la makan yong tau fu diAmpang dulu...menghantar Nain kerumah nya,jalan sesak dan Ailia jadi pemandu sebab Adam tak nak sesiapa pun pegang dia melainkan Wan kesayangan dia....he..he...terus ke Alamanda,Putrajaya.
Jalan2...makan2..shopping2...he..he...sampai petang baru hantar Adam kerumah nya..Petang sempat la singgah diBandar Baru Bangi..makan sate dan soto disebuah restoren Padang..tapi masakan Padang tak memenuhi citarasa kami sekeluarga, atau masakan tu yang tak berapa sedap..masa kami diJakarta dulu,sedap pulak masakan Padang yang selalu kami makan...
Malam balik kerumah Aiza, Aiza masak spaggeti dan salad kentang,malam ni jadi mat saleh tak makan nasi...lepas makan lepak2 tengok Majallah 3 dan Cerekarama ..tapi mata mengantuk nya...
Dapat mesej Ara tak jadi balik ke KL, kena kerja,terbang ke Kuwait..hampeh...!he..he...
Pagi Ahad,antar Ailia dan ambik mak saya.Terus balik keIpoh dan sampai hampir 1 tengahari...dah kemas apa yang patut,basuh baju...terus tido..dan jam 5 petang dapat jemputan jamuan dirumah kawan suami saya..makan lagi...Rasa nya dah habis bulan Syawal,tapi masih ada rumah terbuka lagi...makan lagi...
Labels:
Macam2
Thursday, October 22, 2009
Rindu kat anak2
Rindu kat Ailia....he..he,...tak de orang nak bergaduh ngan mama sejak Ailia duk KL..
Selasa..Rabu dan Khamis..memandu sendiri ketempat kerja tapi kena keluar awal dari rumah..walau pun dari rumah saya ke Hospital hanya 1o-15 minit memandu kereta ,tapi sebab tempat parking terhad,kena keluar awal sebab nak berebut tempat parking.
Kerja dan dah mula sesuaikan diri..selalu petang ada meeting dan dengar talk atau ceramah dan pelbagai lagi.
Setiap pagi saya naik tangga,malas nak tunggu lift..petang pun turun guna tangga..tapi selalu sampai ditingkat 3, hati terasa sayu tengok ramai ibu bapa dan keluarga pesakit berkumpul diluar wad. Ditingkat 3 ditempatkan wad ICU..dimana anak jiran saya Amir yang terlibat dalam kemalangan juga turut dirawat disini.
Ada ibu bapa yang datang sejauh dari Perlis..kerana anak terlibat dalam kemalangan berhampiran Ipoh...jadi dirawat di Ipoh...kesian ...kalau la saya ada duit banyak..ada rumahbesar ...tentu saya ajak diaorang tinggal dirumah saya..tak la diaorang tido kat depan wad tu...tentu sejuk malam2.....angan2 la pulak..
Jumaat mungkin saya bercuti untuk keKL..rindu kat anak2 ..juga untuk tengok tempat kerja Ailia...tempat tinggal Nain..risau kalau tak tau macamana tempat keja dan tempat tinggal anak2..
Labels:
Macam2
Monday, October 19, 2009
Rancangan bercuti
Isnin....masih ramai yang bercuti...
jalan raya pun lengang kerana sekolah masih bercuti....sambung cuti Deepavali
Keadaan wad agak sibuk...
Banyak kes kemalangan....banyak yang kena operation..masukkan besi dan lain2...
Banyak la pesakityang bawak maruku untuk dimakan bersama..em..m...meriah dengan maruku la pulak..
Petang ke dewan CME,dengar ceramah.lepas ceramah ada jamuan pulak,makan lagi...
Balik kerumah dah kenyang jadi tak masak pe2..kesian Shafeeq habis keja terus kerumah..lapo la tu..tapi mama tak masak pulak...kecewa nya dia,suruh singgah kedai tak nak sebab malu pakai uniform kerja,sape la nak tengok baju dia tu...
Tengok muka Shafeeq macam bermasalah je..memang bermasaalah pun..hal ditempat keja..
Aiza call adik2nya suruh ambik cuti sebab nak belanja semua ke Melaka..tapi roster dah keluar,semua tak dapat cuti..nak buat macamana..Sape2 yang cuti boleh la pegi,yang keja kena tinggal la...Rancangan kami nak bercuti diMelaka hujung minggu ni..tapi anak2 saya yang lelaki tu semua kena kerja...tak boleh nak ambik cuti dah...
Memang seronok kalau bercuti sekali sekala bersama keluarga tersayang...dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan...selalu kerja je..
jalan raya pun lengang kerana sekolah masih bercuti....sambung cuti Deepavali
Keadaan wad agak sibuk...
Banyak kes kemalangan....banyak yang kena operation..masukkan besi dan lain2...
Banyak la pesakityang bawak maruku untuk dimakan bersama..em..m...meriah dengan maruku la pulak..
Petang ke dewan CME,dengar ceramah.lepas ceramah ada jamuan pulak,makan lagi...
Balik kerumah dah kenyang jadi tak masak pe2..kesian Shafeeq habis keja terus kerumah..lapo la tu..tapi mama tak masak pulak...kecewa nya dia,suruh singgah kedai tak nak sebab malu pakai uniform kerja,sape la nak tengok baju dia tu...
Tengok muka Shafeeq macam bermasalah je..memang bermasaalah pun..hal ditempat keja..
Aiza call adik2nya suruh ambik cuti sebab nak belanja semua ke Melaka..tapi roster dah keluar,semua tak dapat cuti..nak buat macamana..Sape2 yang cuti boleh la pegi,yang keja kena tinggal la...Rancangan kami nak bercuti diMelaka hujung minggu ni..tapi anak2 saya yang lelaki tu semua kena kerja...tak boleh nak ambik cuti dah...
Memang seronok kalau bercuti sekali sekala bersama keluarga tersayang...dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan...selalu kerja je..
Labels:
Macam2
Ebol2....
Ahad berihat dirumah....
Sebelum tengahari memancing keli dikolam kami...memancing tu memang best tapi yang best suasana damai disitu...angin bertiup perlahan,nyaman sekali,mahu terlena dibuat nya...dapat beberapa ekor ikan keli, malas nak masak yang ambik masa jadi goreng je garing2,makan dengan budu...Hilmie pulak datang..kena la orang Kelantan dengan budu...
Lepas makan Hilmie terbaring kekenyangan ...patut la ebol2...ebol2 ni bahasa jawa...Aiza yang bagi..he...he....orang jawa mesti tau ebol2 tu apa..kelam kabut dia bangun bila dapat panggilan kena keja pulak sebab ada yang ambik cuti kecemasan...habis la rancangan nak ajak babah ngan mama jalan2 ngan kereta baru dia..
Saya menghabiskan masa membaca akhbar,lepas tu baring2 dan tido...best nya dapat tido...bukan selalu dapat tido disiang hari..selalu bekerja dan kalau cuti pun ada je benda yang nak dibuat.Cadang nak berjoging tapi dah malas pulak...lama sangat tak berjoging atau mendaki Bukit Kledang...Petang mengait rambutan kami yang dah masak,sedekah kat jiran2 kami..dapat la merasa sorang sikit.
Malam ada tetamu yang datang,walau pun leteh dan rasa malas sangat, masak jugak lah lauk pauk sikit dan makan malam bersama...
Sebelum tengahari memancing keli dikolam kami...memancing tu memang best tapi yang best suasana damai disitu...angin bertiup perlahan,nyaman sekali,mahu terlena dibuat nya...dapat beberapa ekor ikan keli, malas nak masak yang ambik masa jadi goreng je garing2,makan dengan budu...Hilmie pulak datang..kena la orang Kelantan dengan budu...
Lepas makan Hilmie terbaring kekenyangan ...patut la ebol2...ebol2 ni bahasa jawa...Aiza yang bagi..he...he....orang jawa mesti tau ebol2 tu apa..kelam kabut dia bangun bila dapat panggilan kena keja pulak sebab ada yang ambik cuti kecemasan...habis la rancangan nak ajak babah ngan mama jalan2 ngan kereta baru dia..
Saya menghabiskan masa membaca akhbar,lepas tu baring2 dan tido...best nya dapat tido...bukan selalu dapat tido disiang hari..selalu bekerja dan kalau cuti pun ada je benda yang nak dibuat.Cadang nak berjoging tapi dah malas pulak...lama sangat tak berjoging atau mendaki Bukit Kledang...Petang mengait rambutan kami yang dah masak,sedekah kat jiran2 kami..dapat la merasa sorang sikit.
Malam ada tetamu yang datang,walau pun leteh dan rasa malas sangat, masak jugak lah lauk pauk sikit dan makan malam bersama...
Labels:
Macam2
Muffin pisang berwalnut
Sabtu cuti Deepavali,duk rumah masak2 dan bermain ngan Adam.Tengahari Hilmie datang antar beras yang dipesan abah nya dari Kelantan.Kalau tak ada beras ni suami saya tak makan nasi..beras lain tak sedap...macam tu pulak..he..he..
Ada keropok leko jugak dari Kelantan.Cik Mie Adam ke KFC belikan kentang putar untuk Adam.
Petang Adam balik keKL diambik oleh Pak Long nya.
Saya ke Taman Cempaka dan kemudian ke Giant beli barang dapo..orang tak ramai jadi tak lama sangat ambik masa membayar macam selalu.Hujan turun mencurah,untuk keparking tentu basah..jadi makan2 dulu kat foodcourt, jalan2 kat kedai kaset dan kedai tudung.
Terlupa pulak nak bagi resipi muffin yang dimintak oleh Umi Aida kat Baling,harap resipi ni dapat membantu mempelbagaikan roti dan muffin dikedai roti nya diBaling tu...
MUFFIN PISANG BERWALNUT
BAHAN:
5 biji pisang dilecek-pisang apa pun boleh.pisang emas paling sesuai
4 auns gula perang
1 cawan minyak masak
8 auns tepung naik sendiri atau tepung kek
100 gm serbuk walnut dipanggang dulu sekejap
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh soda bicarbonate
CARA:
Pukul gula dengan minyak, masukkan telur-dengan mixer
Masukkan tepung sedikit2 dan selang seli dengan pisang.- boleh gunakan senduk
Akhir sekali masukkan walnut
Gaul rata ,masukkan dalan cawan kertas sederhana besar.
Bakar 20-25 minit.
Akan dapat 12 biji muffin yang besar atau 14 yang sederhana.
Harap Umi Aida akan cuba la resipi yang dimintak ni..sori,buat hari tu terlupa nak ambik gambo..nanti saya buat lagi ,saya tempek gambo ya....
Ada keropok leko jugak dari Kelantan.Cik Mie Adam ke KFC belikan kentang putar untuk Adam.
Petang Adam balik keKL diambik oleh Pak Long nya.
Saya ke Taman Cempaka dan kemudian ke Giant beli barang dapo..orang tak ramai jadi tak lama sangat ambik masa membayar macam selalu.Hujan turun mencurah,untuk keparking tentu basah..jadi makan2 dulu kat foodcourt, jalan2 kat kedai kaset dan kedai tudung.
Terlupa pulak nak bagi resipi muffin yang dimintak oleh Umi Aida kat Baling,harap resipi ni dapat membantu mempelbagaikan roti dan muffin dikedai roti nya diBaling tu...
MUFFIN PISANG BERWALNUT
BAHAN:
5 biji pisang dilecek-pisang apa pun boleh.pisang emas paling sesuai
4 auns gula perang
1 cawan minyak masak
8 auns tepung naik sendiri atau tepung kek
100 gm serbuk walnut dipanggang dulu sekejap
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh soda bicarbonate
CARA:
Pukul gula dengan minyak, masukkan telur-dengan mixer
Masukkan tepung sedikit2 dan selang seli dengan pisang.- boleh gunakan senduk
Akhir sekali masukkan walnut
Gaul rata ,masukkan dalan cawan kertas sederhana besar.
Bakar 20-25 minit.
Akan dapat 12 biji muffin yang besar atau 14 yang sederhana.
Harap Umi Aida akan cuba la resipi yang dimintak ni..sori,buat hari tu terlupa nak ambik gambo..nanti saya buat lagi ,saya tempek gambo ya....
Labels:
Resipi
Saturday, October 17, 2009
Sunyi kerana esok Deepavali
Ni dia gambar treler bawak kereta yang berhenti depan wad saya...bahaya ni kalau keta tu menggelungsur kebelakang...
Pagi Jumaat....suasana ditempat kerja agak sunyi...ialah ramai yang dah bercuti Deepavali..olih sebab semangat satu Malaysia,staf Cina dan Melayu pun ramai yang bercuti,nak buat maruku kut...atau nak sediakan bahan masak tose..
Dalam wad saya walau pun sibuk macam biasa tapi tetap terasa sunyi...ramai Doktor2 siswazah yang berbangsa India dah bercuti..mereka yang ramai2 ni la yang memeriahkan wad saya..
Memang meriah dengan kehadiran mereka memeriksa pesakit....setiap masa 3-4 orang sentiasa ada dalam wad..sentiasa cergas bertenaga kehulu kehilir memeriksa pesakit..semua nya muda2..cantik dan hensem2 belaka...
Waktu minum dalam pantri, sempat la saya meluaskan pandangan mata dengan memerhati jalan raya depan hospital yang sentiasa sibuk..dan sempat la saya merakam gambar2 treler yang membawa kereta berhenti untuk membetulkan kedudukan kereta yang mungkin nak tergelungsur kebelakang..bahaya ni...treler ni berhenti betul2 didepan wad saya...mujur la pemandu treler tu sedar kan,kalau tak...kenderaan yang bergerak dibelakang treler tu tak tau apa jadi...
Petang balik kerumah memasak dua tiga juadah sebab ada tetamu akan datang.Menantu saya Aida dan Adam balik bersama Abang Long nya untuk melawat Tok Ayah Adam dihospital.Umi Aida sekeluarga dari Baling pun singgah dan makan bersama2.Riuh rendah lah rumah saya yang selalu sunyi tu...Bersembang punya pasal terlupa la nak tengok Nur Kasih kat TV3....Seronok tengok citer tu...semua nama anak saya ada....bermula dari Aidil sampai la Adam dan Ailia...
Labels:
Macam2
Friday, October 16, 2009
Jamuan lagi......
Pedas2...lambat nya air ni keluar....salah seorang Doktor dari wad saya.
Minum cendol ni dulu sebelum makan yang lain2...sejuk nya tekak...
Joget lambak...kenapa la gambar ni tak terang....he.he...Dato Ahmad Razin no 2 dari kanan bertali leher...seronok tengok bos berjoget...
Asyik menonton persembahan Hari Raya dalam auditorium HRPB,Ipoh
15 Oktober 2009-pagi bertugas macam biasa.Sekarang tengah ramai students nurse dalam wad saya..comel2 dan ramai dari pantai timur..saya dah mula sesuaikan diri..pagi2 naik guna tangga ke tingkat 4..penat jugak la...tunggu lif memang lambat walau pun ada 6 lif tapi keutamaan diberi pada pesakit.
Dalam wad saya ada beberapa orang pesakit yang muda tapi tak dapat berjalan kerana kemalangan jalan raya...terlantar dijaga olih isteri dan ibu..
Tengok keadaan ni buatkan diri insaf dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...
Dari sihat cergas tiba2 lumpuh tak bermaya...Ya ALLAH..lindungi lah hamba mu yang kerdil ini..
Tengahari,ada jamuan hari raya anjuran Hospital Raja Permaisuri Bainun...sebelum makan tengok persembahan oleh staf..acara akhir joget lambak beramai ..he..he...teruja tengok Dato Pengarah berjoget..
Banyak nya makanan..mee rebus..bihun sup...laksa.nasi himpit,lemang,rendang,mee dan kueteow goreng,kek,bahulu,cendol dan macam2 lagi...mana satu nak makan?..
Saya ambik cendol dan minum dulu sambil rileks2 tengok staf yang ramai menghadiri jamuan raya tahun ni...pelbagai ragam.Kelakar pun ada tengok Doktor2 dari wad saya yang terkial2 cari kuah mee rebus yang entah kenapa diletak jauh sangat ...
Tak jumpa kuah mee,cedok je kuah laksa..jadi makan la mee laksa..he..he...yang ambik mangkok laksa tak jumpa kuah laksa ceduk je kuah mee jadi lah laksa mee..
Bila ramai yang dah ambik makanan baru lah releks nak ambik makanan dan makan..em..m..tak habis pun,banyak makanan yang lebeh dan dapat la saya bawak kewad beberapa biji karipap untuk staf saya yang tak dapat pegi sebab sibuk..ya lah..kalau semua pegi sapa nak jaga pesakit kat wad tu...
Labels:
Macam2
Wednesday, October 14, 2009
Lepak2....
Suasana malam dipersimpangan Jalan Lapangan Terbang dekat rumah saya..Pemandangan dari tingkat atas Old Town kopitiam
Hampir seminggu bertugas dah mula sesuaikan diri...banyak perkara berlaku dalam seminggu ni..ujung minggu kami sekeluarga ceria dengan kepulangan Adam...
Kat hospital pulak ramai la students saya yang menegur dan sempat la bertanya kabar..Terharu sangat sebab diaorang tak lupakan saya..malah ada yang mengeko saya ke kafetaria ...
Tengahari Selasa pergi melawat Amir..entah la tengok dia yang terlantar tak sedar..hati terasa sebak dan airmata tak dapat ditahan...terbayang senyuman manis dia setiap kali berjumpa...selalu la dia menegur suami saya yang kebetulan selalu bermain badminton bersama...Doa restu semuga Amir cepat sembuh..
Malam terasa sunyi sangat,rindu pada anak2,menantu dan Adam yang dah pandai itu ini...
Apa kabar la anak saya Nain di Ampang...Shafeeq pulak balik kePerlis dan Hilmie balik ke Kelantan...Ailia ke KL...sunyi dan rindu sangat...Nasib baik la Aiza selalu menalipon....
Boring pun ada, jadi malam Rabu,lepak2 di Old Town Kopitiam dekat rumah kami sambil menikmati suasana malam yang sibuk di persimpangan lapangan terbang.Best sungguh lepak2 kat situ...sejuk nya,sambil saksikan suasana malam...makan roti bakar dan menghirup kopi putih Ipoh yang sedap tu...Selain dari tido,lepak2 macam ni la paling best....
Balik kerumah dah jam 11,membaca Kosmo dan Metro..berita gempa bumi di Padang paling banyak...Rasa nya perancangan untuk keIndonesia hujung tahun ini terpaksa dibatalkan...Lebeh2 lagi dengan ada nya ancaman dari segelintir rakyat nya yang mahu menganyang rakyat Malaysia..Sabo je la...
Leteh kerana sepasang kasut
Ha...kasut baru yang kurangkan keletehan kaki setelah seharian meronda dalam wad...tayang kasut baru la pulak...
O..lama nya tak bukak laptop.lama nya tak post...leteh nya...Keja diwad orthopedik sebenar nya tak la sibuk sangat tapi wad saya sekali dengan wad spinal care..pesakit ramai juga,mujur la berselang hari dgn wad lain menerima pesakit baru.Jadi sehari aktif sehari pasif...
Pesakit semua nya berkaitan tulang,patah tulang la yang paling banyak..dan kebanyakan nya terlibat dalam kemalangan jalan raya...remaja dan golongan muda paling ramai..kesian tergantung kaki dan tangan...luka sana sini..
Doktor Pakar,Doktor,Doktor pelatih semua nya bertukar ganti meronda wad dan memeriksa pesakit,jadi ini la yang buat kami leteh..tapi kerana tugas semua nya tak jadi hal.Tapi bila pesakit sembuh...memang terasa satu kepuasan...Lebeh2 lagi bila pesakit ucapkan terima kasih bila dah sembuh dan nak balik kerumah.
Saya pulak terasa leteh sangat sebab pakai kasut yang tak sesuai,kehulu kehilir dalam wad kalau kira mahu la beberapa kilometer sehari...kasut bertumit walau pun cantik tapi memang meletehkan kaki..balik rumah lenguh sungguh kaki...jadi kena beli kasut tak bertumit tinggi..Tak boleh ikut orang Perak kata ..bio pape asalkan begaye...
Jadi,petang Selasa lepas keja terus keParkson Grand dibelakang hospital dan beli sepasang lagi kasut keja ..ha..ha..dah ada 3 pasang kasut keja..Nasib baik la kasut keja saya warna hitam ,memang senang nak cari...cuma saiz jadi masaalah sebab kaki saya memang besar..saiz 10.
Labels:
Macam2
Saturday, October 10, 2009
Leteh nya...
Hari2 berlalu ,dengar ceramah dan taklimat sampai Khamis..Tengahari pegi makan dikafetaria hospital,anak2 saya yang bertugas disini,sedang berkursus jadi tak nampak la kelibat diaorang kat unit kecemasan tu..
Buat suspen je,penempatan tak tau lagi...kenapa la siksa kami..30 minit sebelum pukul 5 baru lah penempatan diberitahu..Alhamdulillah..saya akan bertugas diwad orthopedik lelaki . Dulu masa keja di Hospital Melaka,saya pernah bekerja diwad ortopedik..memang happening la...
Kesian kat kawan2 yang kena bertugas ditempat yang tak terfikir pun..he..he...tak pe,ni cabaran tau...Selamat bertugas dipenempatan baru...semuga maju jaya semua nya..
Pagi Jumaat,dengar presentation kat dewan CME,ramai la staf yang datang,Habis pukul 10 dan saya serta kawan setugas kewad tempat saya akan bertugas..orientasi pun bermula,semua nya ok je..jumpa dan berkenalan dengan Ketua Jabatan kami, Pakar2 kat situ juga Dr2 yang bertugas..Berkenalan jugak dengan staf..ramai jugak..
Sempat la ikut Dr memeriksa pesakit.
Harap saya dapat sesuai kan diri secepat mungkin.
Balik pukul 5 dah terperangkap dalam kesesakan jalan raya pulak.Ada jamuan raya kat Dataran Bandaraya Ipoh..ramai nya orang.
Sampai dirumah dapat tau anak jiran saya dapat kemalangan jalan raya.Ya Allah semuga cepat sembuh..dengar cerita keadaan nya agak teruk masuk ICU...kalau tau tadi boleh la saya pegi melawat,sebab ICU tu kat tingkat 3 dan wad tempat saya bertugas ditingkat 4 .Hampir malam Hilmie datang dan bersama abah nya dan jiran2 mereka kehospital melawat anak jiran kami .
Amir..makcik sekeluarga mendoakan kesejahteraan Amir,tabahkan hati,kuatkan semangat.Untuk Laila,sama2 kita doakan ..bersabar lah dengan ujian Tuhan.
Sampai rumah..leteh nya ...tido seawal 8 malam..
Buat suspen je,penempatan tak tau lagi...kenapa la siksa kami..30 minit sebelum pukul 5 baru lah penempatan diberitahu..Alhamdulillah..saya akan bertugas diwad orthopedik lelaki . Dulu masa keja di Hospital Melaka,saya pernah bekerja diwad ortopedik..memang happening la...
Kesian kat kawan2 yang kena bertugas ditempat yang tak terfikir pun..he..he...tak pe,ni cabaran tau...Selamat bertugas dipenempatan baru...semuga maju jaya semua nya..
Pagi Jumaat,dengar presentation kat dewan CME,ramai la staf yang datang,Habis pukul 10 dan saya serta kawan setugas kewad tempat saya akan bertugas..orientasi pun bermula,semua nya ok je..jumpa dan berkenalan dengan Ketua Jabatan kami, Pakar2 kat situ juga Dr2 yang bertugas..Berkenalan jugak dengan staf..ramai jugak..
Sempat la ikut Dr memeriksa pesakit.
Harap saya dapat sesuai kan diri secepat mungkin.
Balik pukul 5 dah terperangkap dalam kesesakan jalan raya pulak.Ada jamuan raya kat Dataran Bandaraya Ipoh..ramai nya orang.
Sampai dirumah dapat tau anak jiran saya dapat kemalangan jalan raya.Ya Allah semuga cepat sembuh..dengar cerita keadaan nya agak teruk masuk ICU...kalau tau tadi boleh la saya pegi melawat,sebab ICU tu kat tingkat 3 dan wad tempat saya bertugas ditingkat 4 .Hampir malam Hilmie datang dan bersama abah nya dan jiran2 mereka kehospital melawat anak jiran kami .
Amir..makcik sekeluarga mendoakan kesejahteraan Amir,tabahkan hati,kuatkan semangat.Untuk Laila,sama2 kita doakan ..bersabar lah dengan ujian Tuhan.
Sampai rumah..leteh nya ...tido seawal 8 malam..
Labels:
Macam2
Tuesday, October 6, 2009
Boring ...menanti hari esok
Jawatan baru,unifom baru...selamat maju jaya semua nya
Seharian ini mendengar ceramah dan taklimat ..
Banyak sekali pengetahuan berguna yang disampaikan pada kami..tak boring sangat sebab yang bagi ceramah pandai pulak buat lawak..he..he..kalau tak mahu tersengguk2...
Tengahari,malasnya nak ke kafetaria..waktu makan ramai sekali kat situ..Staf hospital,students,jugak orang ramai yang merupakan pesakit dan pelawat.tak selesa sangat sebab kafetaria tu sempit dan peredaran udara tak begitu baik..jadi tengahari,beli epal dan makan sambil berihat..
Petang masih dengar ceramah,balik jam 5 terus pegi ambik gambar dan balik kerumah.masak2 sikit dan kemudian menonton berita.Dalam seminggu dua ini banyak berita bencana serata dunia...Gempa bumi diIndonesia, Banjir dan ribut melanda Filipina dan Vietnam jugak.Kat Itali dan India jugak banjir besar...
Boring jugak dengan aktiviti seharian yang tak berkesudahan...bila la nak bagitau dimana akan bertugas...boring
Labels:
Macam2
Monday, October 5, 2009
Hari lapur diri
Ni gambar udang masak lemak dengan pucuk asam gelugur..gambar di request oleh Aiza
5 Okt 2009, ke JKN untuk lapur diri.
Jumpa la kawan2 yang lama tak jumpa.Ada yang bertukar balik dari negeri2 lain,dan ada yang bertukar dari daerah lain.Semua nya melapur diri diJKN Ipoh.
Pengarah JKN bagi taklimat,nasihat dan macam2 cerita...saje nak bagi semangat kepada mereka2 yang kena bertugas dipendalaman dan kawasan2 terpencil...ada la Dato' buat lawak sikit2 nak jaga kan mereka yang mengantuk..lepas tu penyelia Jururawat pulak.Kesian kat dia..ramai yang tak puas hati kena tukar ketempat yang tak diingini..ha...ha...
Dapat surat lapur diri kat Hosp.Raja Permaisuri Bainun ...dah agak kena keja kat sini..Alhamdulillah...
Isi macam2 borang sampai 1 tghari..pegi kafetaria makan nasi dan jumpa ramai la students yang praktikal kat sini...mama..mama...ramai yang memanggil dan menegur..
Petang dengar taklimat lagi,isi borang lagi...
Balik jam 5 petang terus kekedai gambar,ambik gambar pulak...
Pegi photostat macam2 ...i/c,slip gaji,buku bank,dan lain2..
Balik kerumah dah leteh,tapi sempat la masak sikit2 untuk makan malam.Masak lemak udang ngan pucuk asam gelugur semalam masih ada..panas je..
Malam menalipon anak sedara saya Tengku Iman bertanya kabar mak saya yang tinggal bersama diKL..
Dan malam jugak dapat berita kemalangan staf pergigian Parit Buntar yang dalam perjalanan balik dari JKN Ipoh...seorang meninggal dunia..takziah...esok pagi2 suami saya dan staf JKN akan keParit Buntar,menziarahi Allahyarham dan keluarga..
Baru tadi berbual dengan Allahyarham kata suami saya...
Jodoh..ajal dan maut semua nya ditangan Tuhan...
Labels:
Macam2
Sunday, October 4, 2009
Burung misteri...
Sangkar yang dibeli untuk burung comel bernama Abu..he..he...
Manja nya dia....kenapa tak nak terbang?
Burung misteri yang datang kerumah kami..comel kan?
Pagi sabtu rileks2 je...tak perlu masak hari ni sebab dapo saya dalam proses ubahsuai,tak mau ganggu yang bekerja kat dapo tu..malas yang lebeh nya..he..he...
Tapi bila pukul 11 lebeh teringat pulak nak memasak..kesian yang bekerja tu apa salah nya saya masak dan bagi diaorang makan tengahari ni..hari2 saya keja tak bagi makan pe2 pun...dan saya pun masak la pe yang patut...
Petang Shafeeq datang ,terus kedapo dan makan..lapar la tu dan rindu masakan mama...
Petang ni satu peristiwa pelik berlaku dirumah kami,seekor burung yang cantik tersesat dan tak mau terbang kemana2..burung tu berjalan tergedek2 atas meja ruang tamu dan langsung tak terbang walau pun kita pegang dia.comel sangat bewarna biru dan kuning..Shafeeq nampak teruja sangat dan saya cadangkan dia membela burung tu..dan tanpa berlengah masa Shafeeq keluar nmembeli sangkar bersama abah nya..Sangkar comel beharga rm36...dan burung tu terus dibawa balik..sebelum tu Shafeeq nama kan burung tu Abu....he..he,..kelakar betul..klasik betul nama burung tu..Sempat la saya pesan jangan letak sangkar tu rendah sangat nanti kucing cuba tangkap burung tu.Nanti Shafeeq ajar dia bercakap,sebulan lagi pandai la bercakap gurau Shafeeq.
Dekat nak senja Shafeeq cal bagitau burung tu dah mati...terkedu la kami semua..burung tu memang nak mati la mama sebab tu dia datang menyerah diri kat kita kata Shafeeq..tak pe la nak buat camana..pujuk saya.
Labels:
Macam2
Saturday, October 3, 2009
Hari terakhir diKK Simee
Ni antara buku2 yang masih tak sempat dibaca lagi...terperuk dalam laci..
Antara kawan2 yang hadir dalam majlis perpisahan diExcelsior
Jumaat pagi,sampai saje ditempat keja terus siapkan bahan untuk masak mihun kung fu...nasib baik,Saadiah datang membantu.Jadi tak la beban sangat.
Dah janji nak bagi kawan2 makan sebab hari ni hari terakhir saya bertugas diKlinik Kesihatan Simee..Isnin dah bertukar ketempat baru..
7 tahun bertugas diPusat Pemulihan Psikososial KK Simee,Ipoh banyak lah kenangan yang terhimpun..Setiap hari Rabu ,saya bersama students Pembantu Perubatan,Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta,setiap Isnin pula saya keluar melawat pesakit dirumah mereka disekitar Ipoh dan pada hari lain jika perlu saya membantu mengambil darah pesakit dimakmal,atau bertugas dibilik rawatan.Pada hari2 lain saya ada students posbasik dari Kolej Kejururawatn,Ipoh .Hari2 lain saya membawa pesakit outing ketempat2 menarik ,atau bawak diaorang membeli barangan dipasaraya.Kadang bagi kaunseling kat pesakit atau keluarga mereka.Jadi tugas saya tak la boring sangat..sentiasa bergerak dan bertukar tugasan.
Dalam sibuk2 tu,sempat lagi siapkan surat serah tugas..periksa barang bersama pegawai yang menggantikan tempat saya
Tengahari bergegas keEXCELSIOR sebab ada majlis perpisahan untuk saya dan rakan2 yang yang akan bersara, naik pangkat dan bertukar.
Makan tengahari sambil berbual dan ramai jugak yang hadir.Sesekali berjumpa kawan2 memang seronok,bukan selalu dapat jumpa,masing2 bertugas diklinik2 seluruh Kinta.Kalau ada kursus atau lain2 acara baru berjumpa,malah ada juga staf yang saya tak kenal walau pun pernah tengok.
Tak sangka ada students saya yang datang dan bagi hadiah yang saya suka sangat.Terima kasih Nas sebab susah payah datang..dan terima kasih jugak untuk semua students posbasik psikiatri grup1/2009...tudung pink tu cantik dan menarik...Hadiah dari kawan2 ditempat keja pun cantik dan ribuan terima kasih untuk semua.
Petang berderai jugak airmata tika berjumpa dan bersalaman dengan semua staf dan kawan2 yang akan saya tinggalkan.7 tahun bersama...lama tu...dan buat pertama kali selama ada punchcard..saya balik jam 4.50 petang dan tentu la waktu punch dakwat merah yang keluar...
Malam tak kemana,ingin sekali dapat bersantai sambil membaca buku2 dan majalah yang masih
banyak terperuk dalam almari,apakan daya mata tak mengizinkan..mengantuk sangat...
Sebelum tido dapat berita bangunan lama runtuh dekat Fairpark dan mengorbankan 2 orang remaja..Takziah untuk keluarga yang terlibat...dengar cerita berlaku sedikit kekecohan kat hospital lepas kejadian tu..sampai MB Perak datang dan campur tangan baru ok...Ya Allah ,kalau berlaku waktu siang memang ramai yang akan terkorban sebab tempat tu sentiasa sesak diwaktu siang sebab dekat lampu isyarat.Selalu kalau lampu merah,kereta berbaris panjang dari lampu isyarat depan mesjid hospital sampai la kat depan bangunan lama tu..
Semuga kejadian ni tak berulang kerana yang tak bersalah apa2 menjadi korban...
Labels:
Macam2
Subscribe to:
Posts (Atom)